----- Original Message ----- 
From: Rosmawati Zainal 
To: wanitajim 
Sent: Friday, January 18, 2008 12:30 AM
Subject: KU TEMUI JALAN PULANG (10) – DAH JADI OPAH!


“Wahh Ros… dapat cucu lagi ya?” Gitu lah nampaknya tiap kali berangkut 
pelatih-pelatih RS dari hospital. Setiap kali ada kelahiran bayi, maka setiap 
kali itu juga akan terfikir berapa ramai lagi cucu-cucu yang akan kami terima. 
Bukan tu saja malah bila acapkali menemuduga anak-anak remaja yang ada masalah 
ni, ramai yang datang dengan membawa perut yang tak boleh ditutup dari 
pandangan mata lagi. Yang hairannya tu, boleh pulak anak-anak ni meneruskan 
kegiatan mereka..yang bekerja tetap pergi kerja, yang melepak tetap dengan ke 
hulu kehilir singgah mana-mana shopping complex yang penuh dengan handai taulan 
yang sehati sejiwa dengannya. Alhamdulillah yang memboyot sebegitu tidak 
memakai pakaian yang menunjukkan pusat dan seluar dalam mereka…kalau tidak, 
tentu la bertambah haru kita dibuatnya!

Ingat tak dulu kak ros pernah cerita tentang musim? Melahirkan ni pun ada 
musimnya. Setakat ini yang paling ramai adalah keluaran bulan MERDEKA. Konsep 
merdeka apa yang dibawak oleh anak-anak ni? Memenuhi ruang hospital yang memang 
padat pada ketika yang sama. Paling letih masa sakitnya yang berbeza menjadikan 
kami keluar masuk hospital membawa pelatih yang merengek-rengek 
kesakitan…takkan boleh nak ditunggu kumpul semua yang sakit dan bawak mereka 
sekali gus. Buatnya ada yang dah tak tahan nak beranak, siapa pulak di antara 
kami yang kena jadi bidan? Ni betul-betul bidan terjun! Hisy… tak tergamak 
memikirkan kecemasan begini.

Semua bayi yang lahir tiada yang tak comel… Subhanallah… semuanya anugerah 
Allah. Senarai menunggu untuk mengangkatkan bayi-bayi ni memang agak bersusun.  
MasyaAllah… rupanya dalam kehidupan ni ada ramai insan yang Allah izinkan 
sangat budiman untuk berkongsi masa, harta dan kasih sayang…. membesarkan, 
mendidik serta membimbing bayi-bayi kelahiran pelatih RS. Subhanallah! 
Alhamdulillah! Inilah ketentuan dan anugerah Allah Bagaimana pun, bagi pihak 
pengurusan RS, semua bayi yang lahir adalah menjadi hak keluarga untuk memilih 
sama ada mahu terus membelanya atau menyerahkan kepada keluarga angkat. Kami 
hanya sebagai pengantara sahaja. Kami akan membantu mendapatkan yang terbaik 
dan menguruskannya mengikut undang-undang. Namun yang lebih utama, anak-anak 
ini akan terpelihara mengikut syariat dan menjadi anak-anak soleh wa solehah 
yang mendoakan ibu-ibu mereka yang telah bertaubat nasuha untuk tidak kembali 
mengingkari perintah Allah swt. Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiiin…   

Memang sangat cantik perancangan Allah …Subhanallah. Antara yang terpilih untuk 
menjadi mak ayah angkat kepada bayi-bayi kelahiran pelatih RS ini adalah dari 
kalangan mereka yang belum dikurniakan zuriat sendiri.Kiranya yang memohon 
biasanya telah pun melewati 6 tahun lebih perkahwinan… maka kesunyian langsung 
terasa apabila setiap kali pulang berhari raya atau menghadiri keraian di 
kampung yang penuh dengan hiruk pikuk hilai tawa anak-anak saudara. Air mata 
merindui kehadiran seorang anak jangan dikenangkan lagi…sudah melebihi paras 
bahaya… baik isteri mahu pun suami.

“Assalamualaikum puan… saya Rosmawati dari Raudhatus Sakinah” begitu la Kak Ros 
memulai perbualan menalipon bakal ibu angkat untuk bayi RS. “Puan apa kabar? 
Masih berminat untuk mendapatkan bayi dari RS? Kami ada seorang bayi lelaki 
baru lahir dalam seminggu. Mak dan ayah pelatih RS ni dah bagi persetujuan 
untuk menyerahkan bayi kepada keluarga angkat. Kalau puan suami isteri 
berminat, bolehlah confirmkan dengan saya untuk tengok bayi ni ye.” Beginilah 
celoteh panjang kak ros mengingatkan kembali keluarga yang telah memohon anak 
angkat dengan kami beberapa bulan yang dulu. Biasanya tak sampai habis satu 
hari kami dah pun mendapat pengesahan dari keluarga angkat untuk datang melihat 
dulu bayi tersebut di RS. Bila bakal mak dan ayah angkat datang untuk melihat 
bayi, biasanya cukup susah nak mintak mereka balik dulu sebab masing-masing 
rasa tak mahu melepaskan bayi tersebut. Emmm… bukan sekali dua macam ni. 
Bayangkan bagaimana bayi-bayi sebegini sanggup dibuang begitu sahaja seperti 
yang dipaparkan di dada akhbar sejak akhir-akhir ini.   

Bila tiba masa penyerahan, jarang sekali tiada tangisan mengiringi malah yang 
menerima dan menyambut bayi ini pun beriya mengalirkan airmata… gembira 
mendapat anak yang dinanti-nantikan... sedih melihat ibu yang melahirkan 
terpaksa melepaskan bayinya… diiringi pulak dengan berbagai wasiat dan nasihat. 
Itu pun kalau boleh terkeluar ayat-ayat dari mulut si ibu… kalau tidak, hanya 
terlekat di kerongkong la saja. Memang mencengkam perasaan ketika terpaksa 
menyaksikan drama berat ini.   

Inilah bayi-bayi yang kita harapkan suatu hari nanti bakal menerajui kepimpinan 
negara. Bermula dengan memelihara, mendidik dan membimbing dengan penuh kasih 
sayang, bayi-bayi ini bakal membesar dengan ibu dan ayah yang hebat penghayatan 
Islamnya. Alhamdulillah…inilah ibu dan ayah yang terpilih memenuhi Jannatul 
Firdaus insyaAllah.  Kak ros yakin pewaris yang kita nantikan ini bakal 
‘menyerlah jauh dari yang biasa’ dalam menggerakkan islah dan dakwah demi 
memartabatkan syariat di muka bumi Allah ini… Subhanallah, Allahuakbar! Terus 
doakan supaya Allah menerima taubat semua anak-anak di Raudhatus Sakinah .  


nukilan
[EMAIL PROTECTED] Zainal 

http://ummiroses.blogspot.com

Kirim email ke