[ipjps] HKR: Pendirian dan harapan Mahasiswa           Thursday, May 30,
2013 6:01 PM                                                  From:
"azali rahman" <a...@mail.com>             View contact details
<http://us.lrd.yahoo.com/_ylc=X3oDMTBtcDcxYXVrBF9TAzM5ODMwMTAyNwRhYwN2aW\
V3QUI-/SIG=1od8u9vmm/EXP=1371117911/**http%3A//address.mail.yahoo.com/ya\
b%3Fv=YM%26A=t%26simp=1%26em=ar60%2540mail.com%26fn=azali%2Brahman%26.do\
ne=http%253A%252F%252Fus.mc1404.mail.yahoo.com%252Fmc%252FshowMessage%25\
3FsMid%253D0%2526filterBy%253D%2526.rand%253D765734678%2526midIndex%253D\
0%2526mid%253D2_0_0_1_601977_AJfrHkgAAAxjUacjzQAAABXllqo%2526f%253D1%252\
6fromId%253D%2526m%253D2_0_0_1_601977_AJfrHkgAAAxjUacjzQAAABXllqo%25252C\
2_0_0_1_600455_AEZ3k0UAAAuCUacdxgAAACoDS4Q%25252C2_0_0_1_599171_ACDvHkgA\
APeVUabs8AGiByOP8kM%25252C2_0_0_1_597876_APvuHkgAAJxxUabRWQujZwDOLRE%252\
52C2_0_0_1_592083_AJbqHkgAAAtCUaYfDwAAAMGSvhI%25252C2_0_0_1_587096_ACJ3k\
0UAABLnUaYegQAAAH3WrJo%25252C%2526sort%253Ddate%2526order%253Ddown%2526s\
tartMid%253D0%2526.jsrand%253D6332068%2526acrumb%253D.8tHxVxNLBg%2526enc\
%253Dauto>                                                     To:
"Ipjps" <ip...@yahoogroups.com>



HKR: Pendirian dan harapan Mahasiswa 
<http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedi\
ted/15870-hkr-pendirian-dan-harapan-mahasiswa>

Hafis Firdaus Mohamad,
Negara  sekali lagi digemparkan dengan himpunan berskala besar yang
bakal  dianjurkan di Stadium Merdeka. Kami mahasiswa mengharapkan agar 
kerjasama dan rundingan kesemua pihak yang terlibat berjalan dengan 
lancar. Pihak polis dan kerajaan Malaysia harus diberi pujian kerana 
dilihat telah memberi jaminan kerjasama yang sebaiknya sepanjang 
himpunan kebangkitan rakyat yang bakal berlangsung 12 Januari ini.

Kami  sebagai Mahasiswa berpendirian untuk menyokong kepada hak dan
kebenaran  yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Fasal 10  yang jelas tertera bahawa  warga negara diberi hak untuk
berhimpun.

Perlembagaan  adalah  dokumen induk untuk rujukan sesebuah negara
bangsa. Hal ini  jelas menunjukkan bahawa himpunan aman bukanlah suatu
jenayah di dalam  negara kita bahkan mana-mana negara yang
memperjuangkan demokrasi.

Justeru,  kami menasihatkan agar mana-mana pihak dan institusi seperti
institusi  pengajian tinggi dan kerajaan tidak seharusnya mengeluarkan
sebarang  ancaman dan ugutan kepada mana-mana individu terutamanya
kepada  Mahasiswa yang ingin terlibat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Rakyat  semestinya diberi kebebasan untuk mempuyai pendirian politik
mereka  sendiri dan kebebasan untuk menunaikan hak yang telah dijamin di
dalam  perlembagaan persekutuan.

Kepada Rakan Mahasiswa

Sebagai  seorang yang selayaknya berfikir secara matang dan rasional,
apa-apa  sahaja tindakan kita seharusnya didahului dengan pertimbangan
yang sihat  dan betul.

Tiada masalah bagi mahasiswa untuk bersama-sama  rakyat untuk menunaikan
hak mereka, bahkan mahasiswa seharusnya lebih  terkehadapan untuk
mempejuangkan hak dan kebenaran sepertimana yang  telah ditujunkkan oleh
aktivis mahasiwa terdahulu.

Mahasiswa yang  ingin bersama rakyat dalam himpunan ini dipersilakan.
Kepada mahasiswa  yang tidak ingin terlibat dalam himpunan ini
disebabkan ada masalah  tertentu dan juga mungkin disebabkan pendirian
politik, juga tiada  masalah, itu adalah hak kita sebagai Mahasiswa.
Perbezaan pegangan  politik dan ideologi tidak seharusnya menjadi sebab
untuk mahasiswa  bermusuhan antara satu sama lain.

Sikap hormat kritis haruslah  kita semaikan. Cuma diharapkan agar
idealisma haruslah dibentuk bermula  daripada sekarang agar kita mampu
menjadi seorang mahasiswa yang  sentiasa berfikir untuk kemaslahatan
ummat.

Harapan Mahasiswa.

Kebangkitan  dan suara rakyat sememangnya mustahil untuk disekat dan
dihalang oleh  mana-mana pihak sekalipun, begitu juga dengan penganjuran
Himpunan  Kebangkitan Rakyat pada kali ini. Justeru kami berharap agar:

1)     Kerjasama yang cukup baik antara pihak penganjur dan pihak
kerajaan  terutamanya daripda Kementerian Keselamatan Dalam Negeri,
pihak PDRM dan  pengurusan Stadium Merdeka sama ada sebelum, semasa dan
selepas  himpunan.

2)    Pihak polis mengambil tindakan keras terhadap  mana-mana individu
yang mencuba atau mencetuskan provokasi yang boleh  mendatangkan bahaya
kepada peserta himpunan.

3)    Pihak polis  tidak lagi melakukan tangkapan kepada peserta
himpunan yang berkelakuan  baik, bukannya melakukan penangkapan secara
'tangkap muat' seperti yang  berlaku di dalam himpunan sebelum ini.
Pastikan yang benar-benar  bersalah dan yang melakukan tindakan
berbahaya sahaja ditangkap.

4)     Pihak Universiti dan pemberi biasiswa tidak mengeluarkan sebarang
ancaman dan ungutan kepada mahasiswa yang ingin terlibat dalam himpunan 
ini. Jika berlaku sedemikian, hal ini menunjukkan pihak tersebut telah 
menyekat mahasiswa untuk mennuaikan hak mereka dan menafikan kebebasan 
mahasiswa.

5)    Tidak timbul budaya khianat dan fitnah daripada mana-mana pihak
sekalipun sepanjang himpunan ini berlangsung.

6)     Pemimpin yang mengetuai perarakan peserta ke tempat himpunan
mampu  untuk mengawal pergerakan peserta supaya berada dalam keadaan
terkawal  dan aman.

7)     Peserta himpunan hendaklah sentiasa mengikuti  arahan yang
dikeluarkan oleh pimpinan yang mengetuai pergerakan dan  tidak bertindak
mengikut emosi sehingga boleh mendatangkan situasi  bahaya.

8)    Peserta himpunan menjaga kebersihan sepanjang  pergerakan dan juga
di Stadium Merdeka. Tunjukkan imej rakyat Malaysia  yang baik dan
pembersih.

Negara Malaysia seharusnya menuju kearah  politik yang lebih matang dan
membuka ruang dan peluang yang luas untuk  rakyat berfikir dan menilai
terutamanya dalam kalangan Mahasiswa.

Zaman  sekarang bukan lagi zaman untuk menerapkan politik ketakutan
kepada  rakyat tetapi harus mengetengahkan politik harapan kepada
rakyat.

Suasana  politik yang membenarkan usaha untuk memperkukuhkan demokrasi
daripada  segenap lapisan rakyat mestilah terbuka luas demi mencapai
negara yang  lebih aman dan makmur.


Hafis Firdaus Mohamad
Setiausaha Agong,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

PERINGATAN: Komentar  yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah
milik peribadi akaun  laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar
yang disiarkan TIDAK  menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang
disiarkan menjadi  tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar
dinasihatkan  bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar
melampau dan berbaur  perkauman.

Kirim email ke