Apakah sindiket penipuan jemaah haji mengambil peluang dari kuota haji yang 
amat terhad. Sesiapa yang baru mendaftar untuk mengerjakan haji akan menunggu 
34 tahun akan datang jika panjang umur untuk menunaikan haji. Sudah pasti 
sindiket penipuan haji mengambil kesempatan dari keadaan sebegini.
 
Rujuk dulu TH
5 Sep 2012
 
KUALA LUMPUR: Ketika musim haji ini, mereka yang mahu mengerjakan rukun Islam 
kelima diminta supaya terlebih dahulu merujuk Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai 
syarikat atau individu yang dilantiknya bagi menawarkan pakej haji.
 
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail 
berkata, ini berikutan sejak akhir-akhir ini banyak berlaku kes penipuan 
dilakukan pihak yang tidak dilantik TH.
 
“Sindiket penipuan ini sangat licik dengan antara lain menawarkan pakej haji 
lebih murah berbanding yang ditetapkan TH serta peluang mendapat giliran 
menunaikan haji lebih cepat,” katanya pada pemberita pada majlis meraikan 
Sahabat Korporat TH dan sambutan Aidilfitri di sini, semalam.
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RujukduluTH/Article/index_html 
 
Jika kita sudah ada 963,000 rakyat Malaysia yang sudah mendaftarkan diri untuk 
menunaikan haji dengan hanya 28,000 kuota setiap tahun, ini bermakna siapa yang 
mendaftar selepas ini akan menunggu 34 tahun lagi untuk pergi menunaikan haji. 
 
Dari 28,000 kuota haji ini, berapakah yang diberikan kepada Tabung Haji dengan 
kos RM9,980, dan berapa pula yang diberikan kepada syarikat pengendali swasta 
dengan kos yang berlipat kali ganda? 
 
Kuota kekal 28,000
3 Sep 2012
 
Kerajaan Arab Saudi setuju mengekalkan kuota seramai 28,000 jemaah Malaysia 
untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana 
Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.
 
“Sehingga kini, 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia 
lebih 75 tahun sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji,” katanya pada 
sidang media selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah 
Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, semalam.
 
Jamil Khir berkata, penerbangan haji bagi kumpulan pertama ke Makkah 
dijadualkan pada 17 September depan membabitkan seramai 400 jemaah. Menurutnya, 
bagi jemaah haji muassasah, kerajaan masih mengekalkan kos menunaikan ibadat 
itu seperti tahun lalu iaitu RM9,980.
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kuotakekal28_000/Article/index_html   
 
Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji
28 Ogos 2012 
 
Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan 
Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci 
Mekah pada tahun ini.
 
Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad 
(1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri 
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri 
Perdana di sini semalam.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
 

Kirim email ke