(gambar hiasan sahaja)"Kasihnya ibu... membawa ke syuurgaa...".Terbayang 
kelunakan suara Sharifah Aini menyanyikan lagu ini. Lagu ini tak pernah gagal 
membuatkan diriku insaf akan pengorbanan ibu terhadapku. Memang menusuk kalbu 
dan membuatkan diri sebak setiap kali mendengarnya. Petang tadi, aku teringat 
kembali lagu ini.     Petang tadi aku ketika di pejabatku ACT Malaysia, aku 
menerima panggilan dari isteriku meminta dibelikan satay bila aku pulang nanti. 
Walaupun kami tinggal di Kajang, Satay Samuri bukan pilihan keluarga kami. Kami 
sekeluarga sukakan Satay Willy di Food Court Sungai Ramal Luar. Memang lebih 
sedap, lembab 'moist' walaupun kuahnya kurang sedap sikit.     Aku pun terus ke 
sana dalam pukul 6.30 petang setelah selesai urusanku di pejabat. Apa nak buat, 
hari Sabtu pun kena kerja sebab ada beberapa hal yang mesti diselesaikan hujung 
minggu ini. Seperti biasa Warung Satay sibuk dengan si pembakar-pembakar satay 
dan juga orang-orang
 yang nak mengorder samada untuk makan ataupun bungkus. "Bang... satu jam boleh 
tunggu ke?", tanya budak yang mengambir pesananku. "Ok, tak apa", kataku. Apa 
nak buat... isteri dan anak-anak memang suka satay ni, tak apalah bersusah 
sikit biar mereka happy.      Sambil menunggu aku memakan nasi lemak (2 
bungkus! kecil aje... RM1 satu) dan teh panas. Aku memang tak suka teh tarik, 
sebab cepat sangat sejuk. Teh yang aku suka nikmati ialah teh yang suhunya 
bawah sedikit suhu yang membakar bibir... baru ada kick! :-).      Sambil makan 
aku melihat kelibat seorang ibu yang bergegas dari satu meja ke satu meja 
menjual kerepeknya. Mula-mula aku ingin menghindari beliau dengan merenung ke 
arah lain, tetapi hati ini seperti biasa tidak sanggup. Bila bertentang mata 
sahaja, aku tahu aku akan kalah... Aku yang seperti biasa ringan mulut terus 
bertanya, "makcik dari mana?". Dia lalu menjawab, "makcik dari Kuala Selangor 
nak... kerja dengan orang. Ini bukan
 makcik punya. Alhamdulillah makcik ada kerja ni. Kami datang naik van 
ramai-ramai. Ada yang di Bangi dan tempat-tempat lain. Tempat makcik di sini. 
Alhamdulillah, adalah rezki untuk anak-anak, 2 orang masih di universiti, ada 
lagi di sekolah menengah..". Kata ibu itu lagi,.. "InsyaAllah untuk anak-anak 
makcik sanggup buat kerja ni. Suami makcik kerja kampung aje, tapi biasalah 
orang laki-laki mana sanggup buat kerja jualan seperti ini. Tak pa, untuk 
anak-anak... moga-moga bila mereka dah senang nanti mereka akan kenang 
makcik..."    Sebak dan sebu hatiku mendengar kata-kata makcik ini. Lalu aku 
terus membeli 3 bungkus kerepeknya dan membayar RM10. Sayang, aku tiada duit 
banyak masa tu, kalau tak RM 100 pun tak apa akan ku beli insyaALlah. Setelah 
membeli dia pun berterima kasih kepadaku dan kami saling doa mendoakan.    
Terus aku termenung, lagu Sharifah Aini tiba-tiba timbul dalam 
ingatan..."..biar pun jiwa... raga tersiksa.. ikhlas dan rela...
 asalkan bahagia..."      Waktu pun dah maghrib.  Satay belum siap lagi. Aku 
pun terus menuju ke surau berdekatan. Selepas solat aku pun terus kembali ke 
warung dan satay pun dah siap terbungkus.  Aku masih memerhatikan kelibat 
makcik tersebut menjaja dari meja ke meja tanpa jemu dan malu.      Semuga 
Allah SWT mengampunkan dosa-dosa ibu-ibu kita samada mereka masih hidup atau 
meninggal dunia dan menjadikan kita anak-anak yang soleh yang mengenang jasa 
ibu mereka, ameen.--
Wassalamu 'alaikum warahmatullah~
“Sedekah itu akan menjadi penghalang kepada sesuatu bencana" 
(Maksud Hadith)
Dato' Hj. Mustafa Kamal bin Mohd Zaini (hp: 019-2149345)
President, ACT Malaysia www.actmalaysia.org.my 
Special Project 1431-1432 Hijrah: Projek Wakaf Telaga 
(http://sumuract.blogspot.com)
Projek Wakaf telaga untuk umat Islam Mindanao dan Kemboja.  Setakat ini sudah 
lebih 180 telaga diwakafkan.  Program ini program berterusan.  Infaq anda, 
hanya RM1,100 satu telaga sahaja.  
Saad ibn Ubadah bertanya kepada Rasulullah SAW:  
“Umm Saad (emaknya Saad) telah meninggal dunia; (Ya Rasulullah) apakah jenis 
sedekah yang terbaik?"Rasulullah SAW bersabda “Air (yg terbaik)."  Saad 
menggali sebuah perigi dan berkata: “Ini untuk Umm Saad”. 
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Berminat? Hubungi kami di 03-87395871 atau e-mail:actmy.c...@gmail.com. Sila 
rujuk blog:  http://sumuract.blogspot.com untuk laporan dan status terkini 
projek.  Akaun Bank: AKSI CEPAT TANGGAP (M) BERHAD. Maybank: 562142713126
LAPORAN-LAPORAN PROJEK-PROJEK 1431 HIJRAHhttp://qurbanact.blogspot.com/Projek 
Al-B.I.R. (Bantuan Iftar Ramadan) http://al-bir3.blogspot.comLaporan tahun lalu 
1430 Hijrah: http://al-bir2.blogspot.com/

Kirim email ke