dari: http://fikrah-dakwah.blogspot.com

Risalah Mursyid: Memperingati Nakbah… Warga Arab mengepung rejim Zionis 
Author: Fikrah dan Dakwah | Posted at: 9:36 AM | Filed Under: Risalah Mursyid   
     

Risalah daripada Prof. Dr. Mohammed Badie
– Mursyid Am Ikhwan Muslimun

20 Mei 2011

"Palestin" … negeri  yang berkat, negeri para anbiya’; tempat turun pelbagai 
risalah; negeri  jihad dan ribat (perjuangan) sehingga hari kiamat. Ia terukir 
di  kedalaman jiwa, menjadi jantung yg sentiasa berdenyut dan merupakan urat  
nadi dengan setiap titisan darah yang tumpah ke bumi. Negeri ini adalah  
sebahagian dari aqidah umat.

Isu Palestin  merupakan isu umat yang telah membina suatu kesatuan yang 
menggabungkan  tanahair, bangsa dan akidah. Oleh kerana itu ia menuntut sebuah  
perjuangan menyeluruh bagi umat Islam di serata pelosok dunia Islam. Ia  juga 
masih lagi menjadi tenaga membara bagi membangkitkan sensitiviti  Islam 
terhadap 
ancaman Amerika-Zionis yang terus menodai Masjid al-Aqsa,  Jerusalem (Al-Quds) 
dan negeri bagi rakyat Palestin secara keseluruhan.

Islam telah  menjadikan Masjid Al Aqsa salah satu daripada tiga buah masjid 
yang  
digalakkan melakukan perjalanan kepadanya. Justru, isu Palestin telah  menjadi 
tumpuan isu-isu Islam yang menarik setiap orang Muslim melakukan  perjalanan 
dari serata ceruk negara, benua dan dunia Islam.

Ikhwan dan Palestin

Ketika Imam al-Banna  mengasaskan Ikhwan Muslimun pada tahun 1928, beliau telah 
menjadikan  isu Palestin sebagai isu yang paling penting yang diurus oleh 
Jamaah.  Beliau memberikannya perhatian yang sangat istimewa. Imam al-Banna  
meneliti isu Palestin dengan penuh minat sehingga di mana sahaja beliau  
berucap 
pasti akan menyentuh isu Palestin. Beliau pernah menggambarkan  hal ini dengan 
mengatakan: "Palestin menduduki tempat dalam jiwa dan roh  kita yang 
kesuciannya 
mengatasi makna nasionalisme semata-mata. 

Ini kerana kita  telah dikurniakan kota Baitulmuqaddis yang penuh berkat, 
keberkatan para  anbiya’ dan siddiqin, dan tempat kelahiran Nabi Isa as. Semua 
ini dapat  menyegarkan jiwa dan menghidupkan roh." Imam al-Banna telah  
menghabiskan sebahagian besar hidupnya membela Palestin; dengan pena,  lidah, 
wang dan dirinya sendiri – sehingga beliau terkorban syahid.  Beliau 
benar-benar 
syahid kerana Palestin sungguhpun tidak mati di  negeri itu.

Ikhwan Muslimun  tidak membataskan usaha mereka sekadar mengingatkan tentang 
bahaya  Zionis tetapi turut membangkitkan umat seluruhnya dan memobilisasi 
usaha  
untuk melawan bahaya tersebut. IM juga mempamerkan - dan akan terus  
mempamerkan 
- pengorbanan demi pengorbanan untuk membela Palestin.  Justeru IM terus 
menyedarkan orang yang lalai, membangunkan orang yang  tidur, mengorbankan wang 
ringgit, dan menyerahkan para syuhada’ yang  berkorban untuk Palestin, sehingga 
Palestin bebas sepenuhnya dan kembali  ke pangkuan umat Islam.

Pada bulan Mei 1948  Imam al-Banna telah mengutus surat kepada para pemimpin 
Arab yang  bertemu di Lubnan. Beliau menegaskan kesediaan Ikhwan Muslimun untuk 
 
menyediakan sepuluh ribu Mujahid yang bersedia untuk mati syahid pada  jalan 
Allah demi membela Palestin. 

Ketika bermula  perang di Palestin pada tahun 1948, pasukan Inggeris telah 
berundur  selepas kewujudan tentera bersenjata Israel. Tentera Arab yang berada 
di  bawah pimpinan yang dikuasai pegawai Inggeris turut campur tangan.  Rakyat 
Palestin pula berada di persimpangan antara tentera Zionis dan  pemimpin Arab 
yang secara rasmi mengalah dan tunduk dengan kemahuan  Inggeris. Mereka tidak 
menemui seorang pun penolong yang sebenar selain  Ikhwan Muslimun.

IM telah berjuang  dalam pertempuran sengit menentang tentera Israel. 
Pertempuran paling  terkenal ialah "Ramat Rahil" ketika sekumpulan Mujahidin IM 
menyerang  kubu penjajah pada malam  26 Mei 1948. Mereka berjaya menguasai 
kawasan  tersebut dan membunuh lebih dari 200 tentera Israel. Begitu juga  
mujahidin Ikhwan berjaya mengembalikan kedudukan "panitera 86" setelah  tentera 
kerajaan gagal menguasainya. Bagaimanapun, pihak pemerintah di  Mesir telah 
berkomplot dengan musuh. Mereka telah mengistiharkan  resolusi tentera untuk 
membubarkan Jamaah Ikhwan pada tahun 1948.  Selepas sehari resolusi ini, 
tentera 
Mesir yang ditempatkan di Gaza  diperintah untuk mengumpulkan semua senjata 
milik Mujahidin Ikhwan  Muslimun Mesir.

Pada tarikh 12  Februari 1949 berlaku pembunuhan Imam Hassan al-Banna di pusat 
bandar  Kaherah pada waktu tengah hari. Dua hari selepas pembunuhan itu, keluar 
 
pula arahan penangkapan mujahidin Ikhwan Muslimun. Mereka disumbatkan di  
penjara Rafah sehingga  18 Jun 1949. Namun mereka kemudian dipindahkan  ke 
Mesir 
dalam keadaan dikurung dengan jeriji besi untuk mendekam di  penjara Mesir; 
sebagai balasan yang setimpal dari jihad dan keinginan  mereka untuk mati 
syahid 
demi Palestin. Mujahidin Ikhwan Muslimun  menunjukkan reaksi mereka seperti 
yang 
dinyatakan Allah dalam firmanNya  (bermaksud):

“Dan tatkala  orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, 
mereka  berkata: ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita’. Dan  
benarlah Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah  kepada 
mereka kecuali iman dan ketundukan”. (Al-Ahzab: 22).

Generasi selepas mereka pula mengulang-ulang ayat yang berikutnya (bermaksud): 

“Antara orang mukmin  itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka 
janjikan 
kepada  Allah; Maka antara mereka ada yang gugur. Dan antara mereka ada (pula)  
yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya)”.  (Al-Ahzab:  23).

Revolusi Mesir mengembalikan Palestin menuju era baru

Melalui Revolusi  Mesir yang diberkati dan dengan kembalinya kuasa Mesir serta 
peranan  kepemimpinannya di rantau Arab, telah memberikan kesan terbesar 
sehingga  kedua-dua pihak menandatangani persefahaman politik di Palestin, 
iaitu  
antara "Fatah" dan "Hamas". Perjanjian rekonsiliasi dan menamatkan  pembahagian 
Palestin ini merupakan perkembangan utama yang disambut  gembira oleh umat.

Sesungguhnya  kesatuan warga Palestin telah kembali. Dengan itu mereka telah  
mensejajarkan dirinya selaras dengan revolusi yang meluas di  negara-negara 
Arab 
untuk menentang diktator yang korup, terutama rejim  Mesir yang merupakan teras 
rejim ini. Rejim diktator itu juga merupakan  ‘tiang yang longgar’ yang disebut 
sebagai “ruang kesederhanaan” Arab,  yang telah memohon untuk berdamai dengan 
rejim Zionis dan meneruskan  hubungan dengannya serta bersekongkol dalam 
menghapuskan gerakan  perjuangan dan jihad melawan Zionis.

Jelasnya  pemuafakatan rekonsiliasi akan terus kukuh, bukan hanya kerana 
wujudnya  aspirasi rakyat Palestin, tetapi juga kerana ia didasarkan pada asas  
Revolusi Mesir yang keluar dari timbunan korupsi dan perhambaan kepada  Amerika 
dan rejim Zionis. Lanjutan dari itu, isu Palestin kembali  menerbitkan babak 
yang baru sebagai isu bangsa Arab dan umat Islam yang  utama tanpa dapat 
disangkal. 

Inilah bangsa Arab  dan umat Islam, semua bangkit untuk mengingati Nakbah 
sambil 
mengatakan:  Kita telah memulakan era pembebasan untuk semua manusia terutama 
sekali  untuk rakyat Palestin. Mereka telah mengharungi penjajahan terburuk  
yang pernah dikenali manusia iaitu penjajahan Zionis. Semua orang  
mengulang-ulang firman Allah swt yang bermaksud: 


“Sesungguhnya Allah  pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. 
Sesungguhnya Allah  benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al-Hajj: 40)

Hak untuk kembali tidak akan gugur dengan lamanya masa

Sesungguhnya pemuda  Arab dan Palestin yang menggerakkan usaha memperingati 63 
tahun Nakbah  Palestin, kemasukan sempadan Palestin, halangan dari Zionis di 
Maroun  al-Ras di Lubnan selatan, Majdal Shams di Dataran Tinggi Golan, dan pos 
 
pemeriksaan Qalandiya di Tebing Barat dan Beit Hanoun di Semenanjung  Gaza 
adalah usaha-saha mendapatkan kembali hak dan mengingatkan isu  terbesar dan 
terpenting. Gerakan dan usaha ini tampil dari utara dan  selatan, timur dan 
barat untuk mengesahkan bahawa hak kembali tidak  gugur dengan lamanya masa. 

Rejim Zionis cuba  untuk melupakan generasi baru tentang hak sejarah yang suci 
yang  merupakan asas isu Palestin. Bagi Zionis, ia suatu pertaruhan yang  
merugikan kerana ia diperjuangkan oleh kuasa rakyat bukan sahaja di  Tebing 
Barat dan Gaza, namun di Lubnan, Syria, Jordan, Mesir dan di  seluruh dunia 
Arab 
tanpa kecuali, serta para syuhada’ yang telah bangkit  dalam hal ini. Hari ini, 
semua pihak menegaskan bahawa senjata  berbahaya Zionis tidak membezakan antara 
orang Islam dan Kristian,  lelaki atau wanita, orang Sunni atau Syiah. Justeru, 
Zionis adalah musuh  setiap orang …

“Maka anggaplah ia musuh(mu)”. (Fathir: 6)

Kuasa rakyat lebih kuat daripada rejim pemerintah

Revolusi rakyat Arab  telah berjaya menumbangkan rejim pemerintah yang terlalu 
korup yang  selama ini berlutut tanpa malu di kaki Zionis. Mereka menjalin 
hubungan  dengan mereka dan menyerah kepada arahan Amerika. Sebaliknya rejim  
Zionis tidak pernah menghormati ketetapan-ketetapan Majlis Keselamatan  PBB dan 
tidak pernah setia dalam apa jua perjanjian… Firman Allah swt  (bermaksud):

“Sesudah itu mereka mengkhianati janjinya pada setiap kalinya. (Al-Anfal: 56)

”dan setiap kali mereka mengikat janji, segolongan mereka melemparkannya?“ 
(Al-Baqarah: 100)

Demikianlah firman  Allah tentang mereka … Revolusi yang diberkati ini adalah 
permulaan  untuk menamatkan kekejaman dan keangkuhan Zionis, membebaskan  
tempat-tempat suci dan menamatkan kebiadapan Zionis dalam segala  bentuknya. 
Kini tibalah hari peringatan Nakbah pada 15 Mei 2011; ia akan  menjadi ‘nakbah’ 
kepada rejim Zionis dan sesiapa sahaja yang  menolongnya. Firman Allah swt 
(bermaksud): 


“dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai”. 
(Al-Isra’: 7)

Bangsa Arab telah  membuktikan bahawa mereka lebih kuat daripada rejim 
pemerintah,  seterusnya lebih kuat dari rejim Zionis. Ini kerana setelah 
berjaya  
memecahkan rasa takut kepada rejim pemerintah yang korup, kini menjadi  lebih 
mudah untuk memecahkan rasa takut kepada rejim Zionis. 

Revolusi Arab telah  mengembalikan sinar dan mengambilnya melalui sumber 
pemberontakan dan  ketidakstabilan yang sebenar, bukan hanya di rantau ini, 
bahkan si  seluruh dunia. Rejim Zionis tidak akan lena tidur selepas hari ini.  
Mereka tidak akan mengenal erti keamanan dan kestabilan selama mereka  
menggadaikan hak-hak rakyat Palestin, tidak menghormati perjanjian, dan  
menodai 
tempat-tempat suci Islam dan Kristian. Mereka akan menikmati  minuman dari 
gelas 
yang sama selama mereka masih memberinya kepada orang  lain. 


Sesungguhnya rejim  Zionis suatu ketika pernah merasai situasi tenang hasil 
dari 
kesombongan  kuasa yang mereka miliki selama perang enam hari bersama Arab. 
Tetapi  ia kini digantikan dengan rasa takut dan cemas selepas serangan dari  
rakyat yang tidak memiliki apa-apa selain kehendak , keteguhan dan  keazaman. 
Sebagaimana rakyat telah berjaya menumbangkan diktator korup,  maka tanpa 
diragui lagi mereka akan berjaya dalam menunduk dan  menumpaskan rejim Zionis … 


“dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak 
mengetahuinya”.
(Yusuf: 21)

Allah Maha Besar dan bagi Allah pujian, dan segala puji bagi Allah, Tuhan 
semesta alam.

http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=84620

Kirim email ke