Salam~
Baru sahaja kelmarin 5 Oktober 2010,  Aksi Cepat Tanggap (M) Berhad telah 
diluluskan oleh SSM untuk ditukar namanya kepada ACTION CARING TEAM (M) BERHAD. 
 Nama yang lama itu sebenarnya agak mengelirukan kebanyakan orang, jadi itu 
antara sebab utama penukarannya.  Boleh kata 50% dari yang menyebut ACT 
Malaysia secara penuh akan menyebut AKSI CEPAT TANGKAP!  
 Namun, organisasi ini akan terus dikenali sebagai ACT MALAYSIA, singkatan 
kepada nama baru (dan lama). 
Disebabkan ada pertukaran nama tersebut, ACT MALAYSIA merancang untuk menukar 
logo korporatnya dengan kadar segera.  Oleh itu. satu pertandingan mencipta 
logo dianjurkan oleh ACT MALAYSIA.
Butir-butir pertandingan ada dilampirkan.  Tarikh tutup: 16 Oktober, 2010.
Saya usulkan anak-anak muda dan sesiapa juga yang berminat silalah menunjukkan 
bakat design anda.  Hadiah yang berupa RM200 (tempat pertama), Rm 100 (tempat 
kedua) dan 5 sijil penghargaan akan diberi kepada yang terpilih.
Harap maklumkan kepada rakan-rakan yang berminat.
Wsalam.
Dato' Hj. Mustafa Kamal bin Mohd Zaini (hp: 019-2149345)
President, ACT Malaysia www.actmalaysia.org.my sila 
lihat www.sumuract.blogspot.com untuk sumur-sumur wakaf yg telah dilaksanakan.  
Sijil-sijil penyertaan sedang disiapkan untuk para peserta dan dijangka siap 
dalam 1 minggu lagi.dan sila lihat  www.qurbanact.blogspot.com untuk projek 
QURBAN FOR HUMANITY & SOLIDARITY.
WAKAF SUMUR UNTUK PAKISTAN:RM 1,100 SAHAJA.Trip ke Pakistan akan dibuat oleh 
team ACT Malaysia pada sekitar 22 Oktober ini. Setakat ini sudah 13 telaga 
diwakafkan.  InsyaALlah team dari ACT Malaysia akan berada di sana selama 1 
minggu melihat pelaksanaan telaga-telaga tersebut di kawasan-kawasan yang 
dulunya bekas kawasan banjir besar dan juga kawasan yang kering kontang.  
Sesiapa yang berminat harap sangat dapat menyumbang seberapa segera.


“Umm Saad (emaknya) telah meninggal dunia; apakan jenis sedekah yang terbaik?” 
Rasulullah SAW bersabda “Air (yg terbaik:.  Saad menggali sebuah perigi dan 
berkata: “Ini untuk Umm Saad”. (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Berminat? Hubungi kami di 03-87395871 atau e-mail: actmy.c...@gmail.comakaun 
Bank: AKSI CEPAT TANGGAP (M) BERHAD. Maybank: 562142713126


      

Kirim email ke