Penduduk bantah jual arak terbuka Sinar Harian 10 Ogos 2011 SEREMBAN - Seramai 276 penduduk Islam di Taman Matahari Heights di Senawang dekat sini, kesal dengan kegiatan menjual arak yang didakwa berlaku di premis perniagaan berhampiran kawasan perumahan berkenaan.
Imam 1 Surau Taman Matahari Heights, Mohd Nazri Esa berkata, kegiatan itu tidak sepatutnya berlaku di kawasan perumahan yang didiami kira-kira 95 peratus masyarakat Melayu. “Kami memang sangat kecewa dengan kegiatan menjual minuman keras secara terang-terangan di salah sebuah kedai di sini. “Ia dikhuatiri mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam, lebih-lebih lagi golongan remaja untuk berjinak-jinak dengan arak,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurutnya, ada penduduk mendakwa mereka pernah melihat remaja Melayu membeli arak di premis perniagaan terbabit. Selain itu katanya, dua kafe siber yang beroperasi berhampiran Taman Matahari Heights dipercayai menjalankan kegiatan perjudian Internet. “Saya difahamkan dua premis berkenaan pernah beberapa kali diserbu pihak berkuasa namun pengusahanya tetap meneruskan operasi tanpa rasa bersalah. “Penduduk di sini bimbang anak mereka akan terpengaruh dengan gejala judi Internet sekiranya kegiatan ini tidak dibendung,” katanya. Susulan dua isu itu, beliau berkata, seramai 276 penduduk Taman Matahari Heights menandatangani memo bantahan yang akan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9415722.asp ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: islah-net-dig...@yahoogroups.com islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com <*> To unsubscribe from this group, send an email to: islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/