Salam,

Kini Portal IKRAM dan Malaysia Harmoni berwajah BARU yang lebih mantap:

http://ikram.org.my

http://www.malaysiaharmoni.com


Berikut salah satu berita terbaru:

==============================================


Perasmian Ibu Pejabat Ikhwan Muslimin            
 
SERDANG – Pertubuhan Ikram Malaysia  (IKRAM) mengucapkan tahniah kepada Ikhwan 
Muslimin Mesir atas perasmian  Ibu Pejabat mereka pada Sabtu malam, 21 Mei yang 
lalu, yang telah  disempurnakan oleh Mursyid Amnya, Prof Dr Muhammad Bade’.
IKRAM merasa amat berbesar hati kerana telah diundang secara rasmi  untuk 
menghadiri majlis yang bersejarah dan gilang gemilang ini.
Dr Badi' menggunting pita sebagai tanda pembukaan rasmi ibu pejabat 
(gambar ihsan: www.ikhwanonline.com)
IKRAM telah diwakili oleh Ust Haris  Bain, Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM, Datin 
Paduka Hajjah Che Asmah  Ibrahim, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Pusat yang juga 
merupakan Ahli  Jawatankuasa Pusat IKRAM. Turut hadir adalah Dr Hafizal Yunus 
yang  mewakili IKRAM UK-Eire dan Ustaz Zahid Naser yang mewakili Pemuda IKRAM.
Majlis perasmian ini dihadiri oleh  Mohamed Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan 
sebelumnya dan beratus-ratus para  pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan di Mesir, dan 
sejumlah besar pemimpin,  wakil-wakil parti politik serta tokoh politik dan 
delegasi asing.
Wakil-wakil gerakan Islam seluruh dunia  juga hadir dalam majlis ini antaranya 
Dr Hammam Saeed, Ketua Ikhwanul  Muslimin di Jordan, Hamzah Mansur, Setiausaha 
Agung Parti Amal Islam,  Jordan dan Mustafa Osman Ismail, Penasihat Presiden 
Sudan, serta  delegasi daripada Turki, Australia, Sudan dan Somalia. 

Kirim email ke