Assalamualaikum war wab.

Alhamdulillah pada 30 Oktober 2008
telah termaktub satu kerjasama antara Al Affan Endowment Fund (AEF) 
yang berpusat di California(USA) , Wanita JIM dan Hidayah Center(HC)
untuk menjayakan projek penulisan yang berkisar pengalaman saudara baru
aka muallaf.

Projek ini akan mengumpulkan penulisan mengenai
kehidupan dan pengalaman  saudara baru, suka dan duka, manis dan pahit dalam
mengungguli kehidupan sebagai seorang muslim yang beramal. 

Penulisan
dan pengalaman HC dan para aktivis lain yang menolong dan memberi
sumbangan dalam menangani permasalahan saudara baru juga di alu-alukan.
Cerita cerita perkongsian pengalaman yang penuh inspirasi dan 
menginsafkan perlu diketengahkan untuk menyemarakkan dakwah kita kepada
muslim dan non muslim. 

Dalam kehidupan kita sepanjang beberapa dekad
mesti kita ada menemui dan berinteraksi dengan saudara baru. Tentu ada
banyak cerita suka duka mereka, maka sungguh baik kita kongsikan dalam
bentuk penceritaan yang menarik dan menginsafkan.

Dengan
itu kita boleh menyuntik semangat dan daya juang kepada saudara baru
agar lebih yakin  dalam mengharungi kehidupan baru setelah ber 'hijrah'
yang penuh cabaran dan kesukaran.

Dengan itu juga diharapkan
Muslim lain akan rasa terkesan,lebih perhatin dan lebih responsif 
terhadap nasib  saudara baru dan dengan itu dakwah Islam  akan terus
bersemarak dan menyerlahkan sebagai 'Rahmatan lil Alamin'.

Kami
menyeru dan menjemput sesiapa sahaja  untuk menyumbang artikel,
cerita,musings, bloggers writing dan sebarang penulisan yang berbentuk
'inspirational' dan menginsafkan kepada kami melalui emel kepada saya di emel 
[EMAIL PROTECTED]

Sebagai projek buku pertama ini kami memerlukan sebanyak 30 artikel yang 
panjangnya lebih kurang  5 muka
 surat(1000-1200 perkataan).Jika mendapat sambutan yang menggalakan kami akan 
terbitkan siri ke dua pula.

Tarikh tutup penyertaan  ialah 31Disember 2008.

Disamping itu kami akan memilih dan menilai 3 artikel terbaik untuk diberikan 
hadiah istimewa. 

Selamat Menulis dan Berkarya untuk kepuasan diri dan membahagiakan orang lain.

IrHjh Endok Sempo bt H M Tahir (012-2292604)
Unit Penulisan dan Penerbitan
Wanita JIM Pusat


      

Kirim email ke