YANG MANA KACA YANG MANA INTAN?
   
  12.  ‘Bukti’ berdasarkan pengalaman seseorang individu selebriti atau 
‘kesembuhan’ penyakit kronik.
   
  Di samping testimoni terpilih, satu perkara lain yang hampir sama juga sering 
diutarakan oleh ejen penjual produk atau terapi kesihatan iaitu kisah kejayaan 
secara petikan kisah yang menakjubkan.  Biasanya ia berbentuk petikan satu 
peristiwa yang tertonjol mungkin kerana status selebriti yang terlibat atau 
mungkin kerana  ‘kesembuhan’  berlaku bagi penyakit yang kronik.
   
  “Mr X yang mengidap lumpuh selama 20 tahun dapat berjalan semula sesudah 
memakan serbuk ini selama satu minggu!”... “ Seorang artis yang disahkan oleh 
doktor mengidap kanser payudara kini sihat seperti sedia kala apabila 
mengamalkan meminum kopi ini”.
   
  Ia sama seperti testimoni  terpilih, menggembar-gemburkan ‘kejayaan’ yang 
sedikit berbanding  beratus kegagalan.  Cuba bandingkan  gembar-gembur 
‘kejayaan’ ini dengan apa yang berlaku di Bandar Fatima di Portugal, Sungai 
Gangga  di India dan Basilica Lourdes di Perancis. 
   
  Church of Lady Fatima di Portugal sering dikunjungi oleh pesakit yang 
mengharapkan kesembuhan. Kononnya, di bandar Fatima ini,  Maryam ibu Nabi Isa 
pernah muncul pada awal abad ke 20.  Berbondong-bondonglah manusia dari seluruh 
dunia mencari keampunan dan kesembuhan, mengharapkan mukjizat.  Lagi sekali, 
memang terdapat kes yang sering diceritakan bahawa ibu sifulan atau  anak 
sifulan yang sembuh dari beberapa penyakit kronik. Inilah juga yang 
digembar-gemburkan sedangkan kisah 99% pengunjung lain yang tidak memperoleh 
apa-apa kesan  disenyapkan. 
   
  Di antara kisah yang  menarik ialah kesembuhan kepada suami Presiden Arroyo 
Macapagal.
   
  Pada bulan Jun yang lalu, Presiden Filipina tersebut dilaporkan sebagai 
mengunjungi Church of Lady Fatima untuk mengucapkan kesyukuran di atas 
kesembuhan bagi suaminya  Jose Miguel Arroyo yang mengidap sakit 
jantung.(lihat: Arroyo in Fatima thanks Our Lady for husband’s cure 
http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/ 
nation/view_article.php?article_id=69721)
   
   Adakah dengan peristiwa kesembuhan Encik Jose Miguel Arroyo meyakinkan kita  
bahawa lawatan ke Church of Lady Fatima mendatangkan kesembuhan? 
   
  Jika kisah ‘kesembuhan’ seseorang selebriti boleh   dijadikan ukuran 
kebenaran sesuatu ubat atau terapi, maka bolehlah dikatakan bahawa  ‘kejayaan’ 
Church of Lady Fatima di Portugal menyembuhkan suami Presiden Arroyo Macapagal 
‘membuktikan’ kebenarannya!  
   
  Pasti kita tidak boleh menerima hujjah atau 'bukti' sedemikian.
   
  Bersambung inshaAllah..
   
  Nota: Siri lengkap  artikel  YANG MANA KACA YANG MANA INTAN? boleh diperolehi 
di www.freewebs. com/omar63

       
---------------------------------
Ready for the edge of your seat? Check out tonight's top picks on Yahoo! TV. 

Kirim email ke