YANG MANA KACA YANG MANA INTAN?
    
   8. Pembuktian mesti ke tahap Yakin, jangan menyeleweng dari fakta yang 
dimaklumi umum. 
   
 
 Kes minuman tongkat Ali yang dihuraikan di dalam Laporan Kahs Berita Harian 
semalam jelas menunjukkan perlunya kita berhati-hati dengan dakwaan tidak 
berasas, tanpa bukti oleh penjual yang ingin mengaut keuntungan. 
 
 
 Jika anda pembeli, pastikan kesahihan semua dakwaan. Jika anda penjual, 
bawalah bukti dan hujjah anda dengan jujur; bawa dalil naqli dan aqli.
 
   Melalui dalil aqli, sekiranya seseorang ingin mendakwa keberkesanan  sesuatu 
produk, maka ia perlu membuktikan ke tahap yang yakin, atau setidak-tidaknya 
dzhan. Ia perlu dibuktikan bahawa tahap keberkesanan atau kemujaraban sesuatu 
penawar atau terapi tersebut melebihi 75%. Ini bermakna,keberkesanan perlu 
berlaku pada sekurang-kurangnya  8 orang dari 10 orang yang mencubanya. 
     Jika ada tidak mempunyai tahap keyakinan ini dalam produk anda; anda 
berdusta jika mengatakan produk yang anda jual boleh melakukan itu dan ini.
    
   Dakwaan keupayaaan produk juga mesti tidak tersasar daripada fakta dan teori 
saintifik yang telah diterima umum kebenarannya.  Misalnya sesuatu produk yang 
mendakwa boleh memecahkan molekul air kepada yang lebih kecil dengan sendirinya 
palsu kerana molekul air H2O tidak boleh dikecilkan lagi melainkan menjadi atom 
hidrogen dan oksigen!  Malangnya fakta menyeleweng sedemikian digunakan bagi 
menipu ‘orang kampung’.
    
   Dakwaan yang bukan-bukan juga ialah dengan membawa konsep ‘aura’ atau 
‘energised’.  Ini adalah sesuatu yang berdasarkan sangkaan dan , hampir serupa 
dengan kepercayaan karut  ‘feng shui’ yang sering diamalkan oleh manusia yang 
tidak mempunyai neraca Islam. 
    
   Air adalah air. Tenaga hanya wujud dalam bentuk-bentuk tertentu; tenaga 
kinetik, upaya, thermal dan seumpamanya.  Jika tenaga diberikan kepada air ia 
tidak dapat menyimpannya kecuali dalam salah satu bentuk yang termaklum. Air 
yang sekadar melalui sebuah penapis tidak mungkin dapat di’tenaga'kan atau 
ditambah tenaga.
    
   Bersambung inshaAllah..

 
---------------------------------
Don't pick lemons.
See all the new 2007 cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke