"Kecemerlangan tidak akan tercapai tanpa kebersihan hati. Untuk memantapkan 
hati beberapa ramuan diperlukan antaranya ialah ilmu, mujahadah dan zikrullah. 
Ilmu yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah akan memastikan landasan yang 
digunakan untuk membersihkan hati tidak terbabas dari garis panduan syariat. 
Untuk membersihkan hati mujahadah diperlukan. Mujahadah mengawal perjalanan 
hawa nafsu sehingga hati tidak terpengaruh dengannya. Dengan itu, mujahadah 
menyediakan hati untuk di tingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Peningkatan 
itu dicapai melalui zikrullah kerana zikrullah boleh dikiaskan seperti cahaya 
yang mampu menyinari hati. Cahaya ini akan menyerap masuk ke seluruh jasad dan 
anggota badan sehingga mempengaruhi setiap tindak tanduk yang dilakukan 
manusia. Zikrullah yang paling penting ialah solat. Berhubung dengan ini, Allah 
berfirman dalam surah Taha ayat 14, "Tegakkanlah solat agar kamu dapat 
mengingatiKu." Imam Abul Laith As-Samaqandi dalam kitab Tanbihul Ghafilin 
mengutarakan lima penawar yang dapat membersihkan hati iaitu,

 

1.      Bergaul dengan orang-orang yang soleh.      

2.      Sentiasa membaca Al-Quran. 

3.      Memelihara perut dari makanan haram.       

4.      Melakukan solat malam. 

5.      Zikir dan berdoa kepada Allah selalu terutamanya ketika waktu subuh. 

 

Berbekalkan ramuan-ramuan ini potensi dan prestasi hati akan meningkat sehingga 
akhirnya manusia mencapai makam yang amat mulia, iaitu takwa."


Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/  (Dalam proses penyenggaraan)


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke