"Rugilah mereka yang memperkecilkan takwa dan bergelumang dengan maksiat. 
Berhubung dengan ini nabi bersabda, 'Sesungguhnya Allah mengharamkan rezeki ke 
atas seseorang yang melakukan maksiat. Dan tidak ada sesuatu yang mampu menolak 
takdir melainkan doa, dan tidak akan bertambah umur melainkan dengan melakukan 
kebaikan.' Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, An-Nasai dan Ibn Majah.

 

Demikianlah juga keadaannya dengan kota atau negeri yang penduduk-penduduknya 
mengabaikan takwa. Allah akan menimpakan bala serta menyempitkan pintu-pintu 
rezeki ke atas penduduk-penduduk itu. Berhubung dengan ini Allah berfirman 
dalam surah An-Nahl ayat 112 yang bermaksud, Dan Allah membuat satu perumpamaan 
dengan sebuah negeri yang dulunya aman lagi tenteram, rezeki datang secara 
mencurah-curah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari 
nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah menimpakan pakaian kelaparan dan 
ketakutan ke atas mereka, disebabkan  apa yang mereka lakukan.' Justeru bagi 
kita yang hidup di negara yang makmur ini janganlah alpa dan terpedaya dengan 
kemakmuran yang ada sehingga menjadikan kita lupa tentang ancaman Allah ini. 
Nikmat hari ini boleh bertukar kepada bala besok. Mereka yang cemerlang tidak 
lupa untuk terus mengabdikan diri kepada Dia yang mengurniakan nikmat. Syukur 
mereka semarakkan dan kufur mereka pinggirkan."

 


Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/    (LAMAN WEB FORMULA CEMERLANG BERWAJAH 
BARU!!!)

Diari: Dr. Danial di Mutiara FM Rabu 19 April 5.15 ptg dlm "Islam Moden".


[Non-text portions of this message have been removed]



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke