Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan 
perancangan yang teliti. Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, "Manfaatkan yang 
lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum 
sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu 
sebelum mati." Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang 
merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang 
ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. 

 

Nabi Yusof adalah contoh yang baik berhubung perkara ini. Berdasarkan mimpi 
yang dialami oleh raja Mesir, baginda menyedari bumi Mesir bakal mengalami 
musim kemarau yang gawat justeru baginda mengutarakan beberapa strategi ekonomi 
untuk menghadapinya. Strategi Menghadapi Kegawatan ini difirmankan Allah dalam 
surah Yusof ayat 47-49 yang bermaksud, "Yusof berkata, 'Hendaklah kamu bertanam 
selama tujuh tahun sebagaimana biasa dan apa yang kamu tuai hendaklah kamu 
biarkan di bulirnya kecuali sedikit yang kamu ambil untuk dimakan. Kemudian 
sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit yang memerlukan kamu 
memakan apa yang kamu simpan kecuali sedikit yang kamu biarkan dalam simpanan. 
Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia dikurniakan hujan 
dan ketika itu mereka memerah anggur'."

 

Ayat-ayat ini menunjukkan Allah menuntut umat Islam merancang kehidupan mereka 
dengan baik sebelum bertawakal. Strategi menghadapi kegawatan yang diutarakan 
oleh Nabi Yusof begitu relevan dengan kehidupan kita pada hari ini. Baginda 
menyarankan agar perancangan dibuat ketika iklim ekonomi berada di tahap yang 
baik sebelum kegawatan menimpa masyarakat. Baginda juga menunjukkan perancangan 
yang baik ialah yang mempunyai keterikatan dengan jangka masa tertentu  atau 
timeframe kerana ia akan melahirkan kesungguhan atau sense of urgency untuk 
mencapai matlamat di kalangan setiap orang yang terlibat. Ia juga dapat 
memastikan agar setiap individu tidak cuai dan leka dalam melaksanakan tugas. 
Di samping itu nabi Yusof juga mementingkan amalan menabung dalam semua keadaan 
sama ada di waktu senang atau gawat. Mereka yang cemerlang ialah mereka yang 
tidak mengabaikan perancangan yang strategik dalam hidup. Gagal untuk merancang 
bermaksud, merancang untuk gagal.



Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/    (SUDAH BEROPERASI!!)

Diari: Motivasi Mutiara di Mutiara FM 7.30 pagi Selasa 25 April 2006.


[Non-text portions of this message have been removed]



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke