Kecaman Keras dari Hizbut Tahrir
  Akhbar Eropah Mempersenda Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam
  Bukti Permusuhan Terhadap Islam dan Muslim
   
  Hizbut Tahrir Britain, melalui juru bicaranya Dr Imran Waheed secara keras 
mengecam pencetakan semula karikatur tentang Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi 
wa sallam oleh akhbar di Eropah. Gambaran karikatur Nabi Muhammad atas nama 
kebebasan bersuara (freedom of Speech) sekali lagi telah menunjukkan bahawa 
perang melawan keganasan yang dikempen oleh Barat bererti perang terbuka 
terhadap muslim dan Islam. Pemerintah Barat mengibarkan bendera kebebasan 
berpendapat ketika mereka menghina Islam dan muslim. Sementara itu mereka 
berusaha untuk melindung diri melalui penyebaran rasa takut, ancaman dan 
undang-undang 'draconian' muslim yang mengkritik polisi luar negera Barat. 
Mereka juga lebih banyak diam atas nama sekularisasi dan kebebasan ketika 
jilbab (muslimah) dilarang. 
   
  Akhbar-akhbar Perancis dan Jerman telah memaparkan kembali 
karikatur-karikatur Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam yang telah 
mencetuskan gelombang bantahan umat islam. France Soir mengatakan tindakan kali 
ke-12 karikatur itu adalah untuk menunjukkan bahawa tidak ada dogma agama yang 
dapat memaksa pandangannya pada masyarakat sekular dan demokratik. 
   
  Akhbar itu juga memapar karikatur Budha, tuhan-tuhan Kristian dan Yahudi dan 
Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam. Salah seorang tuhan itu 
mengatakan,"Jangan mengeluh, Muhammad, kita semua diolok-olokkan disini." 
Akhbar Jerman Die Welt juga memaparkan salah satu dari karikatur itu. 
Karikatur-karikatur itu pertama muncul di akhbar Denmark Jyllands-Posten bulan 
September tahun lepas.
   
  Para pegawai pemerintah Perancis kembali menekankan komitmen mereka pada 
kebebasan kewartawanan. Namun, kata mereka, kebebasan itu perlu dilaksanakan 
dalam semangat menghormati keyakinan beragama. Pimpinan Masjid Paris Dalil 
Bubakeur mengecam akhbar Perancis itu, dengan mengatakan karikatur itu 
menyinggung perasaan umat Islam. 
   
  Dr. Imran Waheed, juru bicara HT Britain, mengatakan : Hizbut Tahrir mengecam 
provokasi yang digerakkan oleh media massa Barat dengan melakukan penghinaan 
murahan untuk menyerang Islam berbanding melalui perdebatan yang tulus. 
Sementara itu pemerintah di Barat berusaha melindungi sikap kritik kaum 
muslimin terhadap polisi brutal mereka di Iraq melalui undang-undang dan 
melarang wanita muslimah untuk memakai jilbab. Mereka berharap kaum muslim 
merima kebebasan untuk menghina dan meremehkan Islam dan kaum muslim. Sementara 
kaum muslim menyambut perdebatan intelektual, Barat melakukan penghinaan 
murahan dengan bersembunyi atas nama kebebasan . Hal ini menjadi bukti yang 
lebih luas bahawa mereka telah kalah dalam perang merebut hati dan pemikiran 
kaum muslim. 
   
  Hizbut Tahrir Britain akan segera menghubungi kedutaan besar Eropah di London 
untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap aksi provokasi ini. Imran Wahid juga 
mengatakan akan mendorong umat Islam di Eropah untuk menghubungi kedutaan besar 
negeri-negeri umat Islam agar mereka mengambil tindakan terhadap penerbitan 
karikatur yang menghina Nabi ini. 
   
  Akhirnya Imran Wahid mengatakan inilah kebusukan masyarakat liberal sekular 
yang percaya pada kebebasan untuk menghina komuniti agama samada muslim, 
Kristian atau Yahudi. Khilafah Islam terbukti dalam sejarah telah menjamin 
perlindungan terhadap muslim dan non muslim dari penghinaan yang tidak 
terhormat itu.
   
  Hizb ut-Tahrir Britain
  Email: [EMAIL PROTECTED] 
  Web: www.hizb.org.uk/pressnew 
  Phone: 07074-192400


                
---------------------------------
Brings words and photos together (easily) with
 PhotoMail  - it's free and works with Yahoo! Mail.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke