KEMASLAHATAN UMAT YANG SEBENAR
  Asas wujud dan tidaknya interaksi antara sesama manusia adalah kerana 
wujudnya kemaslahatan (kepentingan bersama). Oleh itu, maslahatlah yang 
sebenarnya membentuk interaksi di antara sesama manusia. Interaksi tersebut 
akan terbentuk sekiranya terdapat kemaslahatan. Sebaliknya, interaksi tersebut 
tidak akan pernah terbentuk, sekiranya tanpa adanya kemaslahatan. Sedangkan 
kemaslahatan itu diasaskan kepada pemikiran tentang sesuatu yang dianggap 
sebagai maslahat. Interaksi di antara sesama manusia itu akan terbentuk, 
sekiranya pemikiran-pemikiran mereka tentang sesuatu perkara yang dianggap 
maslahat tersebut sama dan selari. Jika pemikiran-pemikiran mereka tentang 
sesuatu, apakah sesuatu itu maslahat ataukah tidak, berbeza, maka sebarang 
interaksi di antara mereka tidak pernah terbentuk. 
  Oleh yang demikian itu, maka yang membentuk interaksi di antara sesama 
manusia adalah persamaan pemikiran tentang sesuatu yang dianggap sebagai 
maslahat. Inilah perkara pertama berkenaan dengan wujud dan tidaknya interaksi 
tersebut. Akan tetapi tidak cukup setakat itu, sebab mestilah wujud kesamaan 
perasaan terhadap kemaslahatan tersebut. Ertinya, mestilah ada persamaan dalam 
masalah suka dan tidak suka terhadap maslahat tersebut, sehingga interaksi 
tersebut boleh terbentuk. Demikian juga sistem yang memelihara kemaslahatan 
tersebut wajib sama, sehingga interaksi (yang dibina di atasnya) terbentuk dan 
tidak saling bercanggah. 
  Realiti kemaslahatan adakalanya berupa memperolehi kemanfaatan atau mencegah 
mudharat, yang dalam masalah ini, tidak wujud sebarang perbezaan diantara 
sesama manusia terhadap realiti tersebut. Sebab, dari segi fitrah, mereka telah 
dijadikan sedemikian. Namun begitu, pandangan mereka terhadap kemaslahatan 
tersebut berbeza-beza, sebabnya adalah kerana perbezaan pandangan hidup mereka. 
Oleh itu, dengan mengubah pandangan hidup mereka bererti juga telah mengubah 
pandangan mereka terhadap kemaslahatan. Pandangan manusia terhadap 
kemaslahatan, iaitu terhadap manfaat (kebaikan) dan mafasid (kerosakan) 
tersebut merupakan penilaian, hukum atau kesimpulan mereka ke atas perbuatan 
manusia serta apa-apa yang berkaitan dengannya. Sesuatu yang mereka nilai baik, 
pastinya akan mereka lakukan, dan mereka anggap maslahat. Sedangkan sesuatu 
yang mereka nilai buruk, pastinya akan mereka jauhi, dan mereka anggap 
mudharat. Jadi, kemaslahatan tersebut dinilai mengikut penilaian tentang
 perbuatan dan benda. Sekiranya dinyatakan oleh syara', maka pastinya wujud 
pula kemaslahatan. Sedangkan penilaian tersebut tidak akan terkeluar dari dua 
bentuk, samada dari Allah SWT atau manusia, iaitu samada ia mengikut ketentuan 
syara' atau 'akal dan hawa nafsu. Standard (miqyas) tersebut tidak terlepas 
daripada halal atau haram, atau manfaat kebendaan. 
  Sesiapa yang menelusuri nas-nas syara' (nushus asy-syar'iyyah) dalam Islam 
akan mendapati bahawasanya nas-nas tersebut menunjukkan, bahawa pandangan orang 
Islam terhadap perbuatan dan benda wajiblah diasaskan kepada standard (miqyas) 
halal dan haram. Pandangan inilah yang menentukan pendiriannya terhadap 
perbuatan dan benda. 
  Firman Allah SWT : "Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu 
hukum):Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk 
manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan 
sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan 
bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta 
terhadap Allah?. " [TMQ. Yunus:59]
  Firman-Nya lagi : "Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah 
diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu. " [TMQ. Al-An'aam:151]
  Allah berfirman dalam ayat yang lain : "Dan janganlah kamu berdusta dengan 
sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu:Ini halal dan ini haram, untuk 
mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah. " [TMQ. An-Nahl:116]
  Rasulullah SAW bersabda : "Akan tiba suatu masa ada seseorang di antara kamu 
duduk di atas katilnya, menceritakan hadis dariku, kemudian dia menyatakan, 
bahawa di antara kami dan kamu wujud Kitabullah, maka apa-apa hukum halal yang 
kita temukan darinya, maka kami akan halalkan, dan apa-apa hukum haram yang 
kita temukan darinya, maka kami pula akan haramkan. Ketahuilah, bahawasanya 
apa-apa yang diharamkan oleh Rasulullah SAW adalah sama juga dengan apa-apa 
yang diharamkan oleh Allah SWT. "
  Sabdanya lagi : "Sebenarnya hukum halal itu nyata, dan hukum haram pula 
nyata, dan diantara kedua-duanya itu wujud perkara-perkara syubhat. "
  Dan begitulah seterusnya. Maka standard kehidupan itu pada pandangan orang 
Islam adalah halal dan haram. Oleh itu, kemanfaatan dan kemaslahatan bukanlah 
merupakan asas atau standard bagi orang Islam, yang menghadkan pandangannya 
terhadap kemaslahatan tersebut. Sebab, dunia itu tiada lain, melainkan jalan 
menuju akhirat, di mana manusia tidak diciptakan di dunia ini, kecuali 
semata-mata untuk beribadat kepada Allah SWT. 
  Firman Allah SWT : "Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, 
dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar):bergembira dengan 
kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan 
yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat. " [TMQ. 
Ar-Ra'd : 26]
  Oleh itu, matlamat manusia adalah akhirat. Dunia sebenarnya merupakan cubaan 
dan tempat laluan, bukan merupakan kehidupan yang hakiki. 
  Firman Allah : "Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala 
kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak 
lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu 
ialah kehidupan yang sebenar-benarnya. " [TMQ. Al-'Ankabut : 64]
  Namun dorongan maslahat keduniaan terpaksa juga dipenuhi dan dipertahankan, 
sebab ia merupakan satu perkara yang mutlak dan manusia pula berkehendak 
kepadanya. Oleh itu, mestilah ada kekuasaan di tengah-tengah umat pada setiap 
masa, sebab kewujudannya secara mutlak diperlukan oleh tabiat kehidupan umat. 
Ketiadaan pemerintah dari tengah-tengah umat tidak patut berlaku pada sebarang 
masa. Dari sinilah, maka dapat difahami bahawa pemerintahan itu akan memelihara 
kemaslahatan manusia. Pandangan terhadap kemaslahatan ters ebut juga merupakan 
asas dalam mengambil kekuasaan. Pandangan ini merupakan kumpulan daripada 
pemikiran (fikrah), kefahaman (mafahim) dan standard (maqayis) tentang 
kehidupan, yang juga merupakan asas untuk mengubah dan membina kekuasaan di 
tengah-tengah umat. Maka, sebarang percubaan yang bersungguh-sungguh untuk 
mewujudkan kekuasaan wajiblah dimulakan dengan membina fikrah, mafahim dan  
maqayis di atas di tengah-tengah umat. Ini bermakna bahawa perlunya
 melakukan seruan kepada masyarakat, yang juga merupakan jama'ah yang dibentuk 
dengan fikrah, mafahim dan maqayis di mana kekuasaan ingin dibina dengan asas 
tersebut merupakan perkara yang sangat penting. Di samping perlu juga melakukan 
seruan kepada pelbagai golongan dan individu umat. 
  Perkara tersebut tidak terhad pada setakat menyampaikan seruan kepada mereka, 
tetapi bagi orang yang ingin mendapatkan kekuasaan juga wajib menetang 
bentuk-bentuk interaksi  yang wujud yang dibina dengan asas-asas yang 
bercanggah atau bertentangan dengan apa-apa yang hendak diwujudkan dan ingin 
dilaksanakan. Kemaslahatan manusia tersebut adakalana berterusan dan adakalanya 
semasa. Terhadap bentuk yang pertama, caranya adalah dengan serangan pemikiran 
(ghozwul fikri) dan pembinaan secara intensif (tatsqif murakkazi) serta juga 
secara kolektif (tatsqif jama'ie). Sedangkan terhadap bentuk yang kedua 
dilakukan dengan cara perjuangan politik (kifahus siyasi), di mana tabanni 
(mengambil dan mengusahakan) kemaslahatan merupakan bentuk usaha yang tidak 
dapat dilepaskan daripadanya. Tabanni kemaslahatan tersebut tidak sama dengan 
ri'ayat (menguruskan) kemaslahatan. Sebab, ri'ayat kemaslahatan tersebut 
dilaksanakan oleh pemerintah yang mempunyai kekuasaan dan autoriti. Sedangkan
 tabanni kemaslahatan dijalankan oleh ahli politik (politikus) yang tidak 
memiliki kekuasaan dan pemerintahan, tetapi ia berusaha dengan 
bersungguh-sungguh untuk menjadikan kemaslahatan yang diambil dan diusahakan 
itu menggantikan kedudukan ri'ayat tersebut. 
  Oleh itu, seorang ahli politik muslim mestilah menentang sebarang bentuk 
interaksi yang wujud di tengah-tengah orang ramai dalam sesebuah masyarakat. Ia 
juga mesti menjelaskan, bahawa interaksi tersebut tidak diasaskan kepada 
pandangan Islam. Begitu pula ia mesti menentang bentuk interaksi antara 
pemerintah dengan rakyat, serta mengemukakan kerjaya para penguasa untuk 
kepentingan musuh umat Islam yang kafir itu. Juga mengemukakan, bahawa cara 
mereka menguruskan hal-ehwal umat itu adalah cara yang tidak benar. Cara mereka 
menyelesaikan masalah-masalah umat pula malah menambah beban mereka. Begitu 
juga tidak dibenarkan mengabaikan interaksi di antara sesama Negara muslim. 
  Semuanya itu wajib diasaskan kepada hubungan persaudaraan dalam satu negara. 
Begitu pula interaksi orang Islam dengan orang Islam yang lain, juga wajib 
dinyatakan, bahawa kita adalah umat yang sama, yang sama-sama membawa risalah 
langit ini ke seluruh dunia dengan dakwah dan jihad. 
  Kemaslahatan orang Islam yang berterusan, yang paling penting ada tiga, iaitu:
  Pertama: Memelihara 'Aqidah Islam. 
  Kedua: Mewujudkan Khilafah dan mempertahankannya. 
  Ketiga: Wujudnya Jihad Fi Sabilillah secara berterusan. 
  'Aqidah merupakan asas negara, masyarakat dan asas kehidupan Islam. Khalifah 
adalah penjaga 'aqidah, negara dan manusia. Sebarang perkara yang tidak 
mempunyai asas, maka pastinya akan runtuh. Sedangkan sebarang perkara yang 
tidak mempunyai penjaga, maka pastinya akan hilang (musnah). Adapun jihad 
bertujuan untk melawan musuh dan memikul risalah Islam. Allah SWT berfirman : 
  "Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang 
mengerjakan haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama 
seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada 
jalan Allah?" [TMQ. At-Taubah:19]
  Firman-Nya lagi : "Katakanlah (wahai Muhammad):Jika bapa-bapa kamu, dan 
anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) 
kamu, dan kaum kelu arga kamu, dan harta-benda yang kamu usahakan, dan 
perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang 
kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih 
daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka 
tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya), kerana 
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang fasik (derhaka). " [TMQ. 
At-Taubah:24]
  Ini merupakan ancaman yang jelas, disertai dengan ancaman azab Allah untuk 
orang yang menjadikan perkara-perkara yang disebut dalam ayat di atas lebih 
disukai daripada Allah, Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya. Oleh itu, 
seorang muslim tidak diizinkan untuk menjadikan kehidupannya, anak-anaknya dan 
kemewahan lebih utama nilainya daripada Islam dan jihad. Kerana, apabila dia 
berbuat demikian, dia telah berdosa dan berhak untuk menerima azab Allah SWT. 
Sesiapa yang tidak memelihara urutan ini, dan wujud kegelisahan dalam keagungan 
ini, maka pastinya dia tidak akan kekal dalam parti ini, dan akan jatuh 
daripada peringk at keagungan yang paling tinggi. 
  Ketiga-tiga bentuk kemaslahatan ini merupakan kemaslahatan umat yang utama, 
serta menyangkut hidup dan matinya umat, dan bersifat strategik. Ketiganya 
merupakan tiga dasar politik Islam, yang menyatukan cita-cita, tujuan, 
keutamaan dan masa depan orang-orang Islam. Sedangkan semua kemaslahatan yang 
lain, selain kemaslahatan ini dikira sebagai penyempurna atau pelengkap 
tuntutan-tuntutannya. Kemaslahatan tersebut dibentuk dalam bentuk 
matlamat-matlamat yang boleh dicapai. Untuk memenangkannya, secara amnya, 
dengan cara mendahulukan penolakan ke atas mafasid (kerosakan) disbanding 
mendapatkan manfaat. Sebab, wujudnya ancaman terjadinya mafasid ke atas umat. 
Di samping kerana umat pada masa kini, dalam keadaan tertindas, di mana mereka 
hidup dalam kegelapan malam dan dikelilingi dengan pelbagai keburukan dari 
setiap ceruk, sehinggakan hamper-hampir kemanfaatan tersebut tidak boleh mereka 
lihat sama sekali di depan mereka. 
  Adapun susunan kemaslahatan umat yang sebenar mengikut matlamat yang boleh 
dicapai adalah sesuai garis-garis besar seperti yang berikut:
  Pertama : Memberikan tumpuan kepada setiap wilayah Islam, di mana wilayah 
tersebut tunduk kepada cengkaman kuffar dalam setiap aspek kehidupan, iaitu 
ketenteraan, pendidikan, politik, ekonomi dan social serta membuktikan wujudnya 
ketundukan tersebut dengan pelabagai argument dan bukti, lalu menjelaskan 
bahawa ketundukan kaum muslimin kepada kuffar dan kekufuran itu hukumnya adalah 
haram. Setelah itu diterangkan bagaimana cara membebaskan diri dari cengkaman 
tersebut, dengan menjelaskan hukum-hukum syara' dalam pelbagai aspeknya yang 
dikaitkan dengan reality. Dengan demikian, permusuhan umat kepada kuffar serta 
alat-alat mereka, seperti kelompok penguasa, politikus~ahli politik~bayaran dan 
para intelektual yang tersesat lagi menyesatkan, akan menjadi sempurna. 
  Kedua : Mengobarkan perasaan benci kepada Amerika itu sendiri dalam diri 
seluruh umat Islam untuk menyatukan perasaan kebencian mereka di setiap pelusuk 
dunia terhadap Amerika, sebab ia merupakan satu kuasa yang wujud dalam setiap 
negara muslim, serta menjelaskan permusuhan Amerika ke atas bangsa-bangsa 
tersebut. Semuanya hendaklah disertakan dengan pembuktian, argumen dan bukti 
yang kukuh untuk memastikan bahawa Amerika sememangnya merupakan musuh nombor 
satu Islam dan kaum muslimin. Semuanya itu diperhatikan, ketika memonitor 
cengkaman dan aktiviti Amerika di setiap negara Islam. Di samping perlunya 
menunjukkan ancaman daripada pengaruh dan aktiviti-aktiviti tersebut. Kemudian 
mendorong bangsa-bangsa muslim tersebut agar menentang kewujudan Amerika dan 
meletakkan tanggungjawab terhadap kewujudan penjajah yang merbahaya tersebut 
dalam negara muslim ke atas para pemerintah yang telah menerima untuk mengikuti 
telunjuk Amerika, yang dengan itu mereka menanggung malu kerana
 tunduk kepadanya. 
  Ketiga : Terus-menerus memerangi idea Demokrasi kerana ia merupakan idea 
Barat yang paling merbahaya, yang digunakan oleh puak kafir barat untuk 
memerangi kita. Serbuannya secara bertubi-tubi dengan idea tersebut semakin 
meningkat, khasnya di negara Islam, sejak lebih daripada 30 tahun, semata-mata 
untuk membawa masyarakat Islam agar menerima idea tersebut dengan argumen 
bahawa ia tidak bercanggah dengan Islam dan oleh kerana sifatnya sebagai satu 
ketetapan yang tidak dapat diubah oleh seluruh masyarakat di dunia. Idea 
Demokrasi ini mestilah diserang; pertama sekali bahawa ianya merupakan bahagian 
daripada perang pemikiran Barat. Kedua, dari segi bahawa ianya hanyalah 
khayalan dan digunakan oleh pihak Kapitalis untuk memperdayakan masyarakat dan 
menguatkan cengkaman mereka ke atas bangsa-bangsa tersebut. Padahal, yang 
sebenar ianya tidak mungkin duterapkan. Dan ketiga, dari segi bahawa ianya 
merupakan ciptaan manusia, bukan dari Allah SWT. Kemudian menjelaskan makna
 kedaulatan dan kekuasaan dalam Islam, lalu menyerang pemikiran-pemikiran 
politik yang berkaitan dengannya seperti Pluralisme, berbilang-bilang parti, 
pergiliran kekuasaan dan hak-hak asasi manusia (HAM). 
  Keempat : Mengingatkan dengan keras terhadap ancaman daripada aktiviti 
syarikat-syarikat asing di negeri-negeri kaum muslimin dan menciptakan keraguan 
berkenaan dengan matlamat-matlamatnya. Kemudian mendorong orang ramai serta 
anggota masyarakat untuk menentangnya, sebab ia merupakan salah satu bentuk 
penjajahan ekonomi baru ke atas negeri-negeri tersebut. Juga merupakan naga 
ekonomi yang eujud di sebalik setiap kegoncangan kewangan dan ekonomi yang 
drastik, yang bergerak di negara-negara yang digelar sebagai negara sedang 
berkembang (sedang membangun). Kemudian menerangkan peranan syarikat-syarikat 
yang keji ini sebagai kepanjangan tangan daripada pemerintahannya dalam 
menentukan taktik baru penjajahan ke atas negara-negara yang lemah. Seterusya 
menerangkan hukum-hakam syara' yang menetapkan keharamannya serta keharaman 
menerimanya dan haram bermu'amalah dengannya, juga menetapkan bagaimana 
cara-cara yang diwajibkan menurut syara' ke atas orang Islam untuk
 menyelesaikannya. Kemudian memerangi kerakusan Kapitalis berkenaan dengan 
perdagangan bebas dan Liberalisme. 
  Kelima : Mendorong umat Islam di setiap pelusuk dunia untuk meninggalkan 
ikatan nasionalisme, perkauman, patriotisme, kesukuan, kemazhaban dan 
kedaerahan. Kemudian semuanya itu digantikan dengan ikatan ukhuwah Islam, dan 
menjadikan orang Islam merasakan wujudnya kekuatan mereka, menggantikan 
perikatan mereka berdasarkan ikatan-ikatan di atas. Mereka akan menyedari 
bahawa salah satu sebab utama kelemahan mereka adalah kerana perikatan mereka 
dengan ikatan-ikatan perkauman, bangsa, keturunan dan mazhab, dengan memberikan 
contoh-contoh yang nyata terhadap kesemuanya itu sebagaimana yang berlaku di 
Afghanistan, Parsi, Turki dan sebahagian besar negara orang Islam. 
  Keenam : Mengemukakan keadaan permasalahan umat Islam yang hangat ketika ini, 
umpamanya masalah Palestin, Kosovo, Iraq, Selatan Sudan, Algeria, Afghanistan, 
Tajikistan, Chechnya, Azerbaijan, Filipina, Indonesia, Malaysia, Sahara BArat 
dan lain-lain. Semuanya dengan menerangkan reality satu per satunya serta 
menjelaskan bentuk penyelesaian yang bersesuaian dengan hukum syara' dan 
mengangkat pandangan umum masyarakat mengikut penyelesaian syara' tersebut, 
sekiranya kenyataan tersebut realitinya berulang semula. 
  Keenam-enam perkara ini iaitu, ketundukan orang Islam kepada cengkaman kuffar 
serta bagaimana cara membebaskan diri dari kuasa tersebut, membangkitkan 
perasaan benci kepada Amerika, terus-menerus dalam memerangi idea Demokrasi, 
memperhebatkan kesedaran terhadap ancaman aktiviti syarikat asing dalam negeri 
orang Islam, mengajak masyarakat Islam agar meninggalkan ikatan perkauman, 
bangsa, puak, mazhab, kedaerahan dan mengemukakan persoalan orang Islam yang 
hangat ketika ini, sesungguhnya keenam-enam perkara ini dan dengan batasan ini, 
maka ianya merupakan perkara yang layak untuk menjadi asas kepada garis-garis 
besar yang dengannya kemaslahatan umat tersebut akan disusun dan diambil serta 
diperjuangkan dengan sempurnanya. 
  Pemilihan enam perkara ini diambil mengikut perhitungan bahawa ianya 
merupakan perkara yang lebih sering dicerna oleh akal dan diambil serta 
diperjuangkan oleh kalangan umat, meskipun ianyasangat merbahaya bagi orang 
Islam, sekiranya tidak diselesaikan dengan sempurnanya. Juga kerana ianya 
banyak menyita perhatian dan telahpun dimasukkan ke dalam pusat-pusat 
pemerhatian umat Islam di seluruh pelusuk negara, di samping kerana seluruh 
negara umat Islam sama-sama memandangnya sebagai priority kemaslahatan mereka. 
  Itulah garis-garis besar (panduan) yang kami anggap layak untuk menyusun 
kemaslahatan umum, yang menyangkut hidup dan mati dan amat dirasai di setiap 
negara muslim, dengan meneliti bahawa kemaslahatan tersebut tidak sepatutnya 
dipisahkan dari segi tiga kemaslahatan penting dan utama umat iaitu 'aqidah, 
khilafah dan jihad. Semuanya itu semata-mata untuk melengkapkannya dan 
memperkuatkannya untuk mewujudkannya dan menyempurnakan syarat-syaratnya. kita 
berdoa kepada Allah SWT agar kemaslahatan tersebut boleh terwujud. Sesungguhnya 
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa-doa. 
  Wallahu a'lam bissawaab
   

                
---------------------------------
Love cheap thrills? Enjoy PC-to-Phone  calls to 30+ countries for just 2ยข/min 
with Yahoo! Messenger with Voice.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke