----- Original Message -----
Sent: Sunday, October 10, 2004 3:21 PM
Subject: *^blalang^* Re: Masalah Anjing (Cucian)


Wa'alaikumsalaam Wr Wb

Saya kurang pasti tentang masalah yg saudara sebutkan dalam Mazhab Maliki,
saya perlu semak dulu.

Memang ada fatwa di Azhar, boleh mengantikan sertu dengan tanah kepada pakai
sabun, tak kiralah sabun biasa atau anti-bacteria. Fatwa itu kalau nak ikut
boleh ikut. Tetapi fatwa ini menerima banyak sangkalan.

Tetapi biar saya beritahu suatu peristiwa yg berlaku beberapa tahun yg lalu,
ulama Indonesia pernah mengambil 2 bejana, lalu kedua-dua bejana itu dijilat
oleh anjing.

Setelah itu, mereka membasuh kedua-dua bejana itu dengan 7 kali cucian. Cuma
perbezaan, satu bejana dicuci dengan sabun antibacteria serta 6 kali air
biasa, kemudian yg satu lagi dengan tanah serta 6 kali air biasa.

Selepas cuci mereka letak kedua-dua bejana itu dibawah microskop,
natijahnya..........

Yang dicuci dengan sabun antibacteria itu masih terdapat kuman dibejana itu,
yakni tidak dapat dihilangkan 100%.

Yang dicuci dengan tanah, tiada sedikit pun kotoran dan kuman, bersih
sebersih-bersihnya.

Masya-Allah, kata-kata siapa yg benar lagi tepat .... tidak lain ialah Nabi
Muhammad S.A.W., dimana beliau menerima petunjuk dari Allah secara direct.

Kita pada hemat saya, usah terpengaruh dengan diayah kuffar yg ingin
menafikan kebenaran ajaran Nabi kita. Yahudi, Nasrani dan musyrikiin, tidak
akan senang selagi kita tidak mengikut telunjuk mereka. Ulama perlu kukuh
pendirian, tidak mudah goyang. Kita jangan mudah terpengaruh dengan
'so-called' modernization, walaupun Islam tidak menghalang kemodernan, kita
perlu berpegang teguh pada ajaran ugama Islam.

Tiada Ugama selain Islam.

Pernah juga beberapa tahun lalu juga, orang kuffar tanya beberapa ulama
Islam, tentang 'air-pork'. 'Air-pork' ini dari Australia. Babi-babi ini
mereka kata bersih, makan-makanan yg baik, seperti bijiran, sayuran dan
sebagainya. Dijaga kebersihan mereka ke tahap optimal. Ladang mereka tiada
penyakit dan kuman. Tidak seperti babi-babi biasa, yang kotor, makan semua
kotoran termasuk najis mereka sendiri.

Pada asal mereka sangka Islam tak benar makan babi kerana ada kuman, nah
mereka kata babi 'air-pork' dah takde kuman, kenapa orang Islam masih tak
dibenar makan ? Ini strategi kuffar.

Jawapan ulama Islam senang sahaja, Allah kata haram .... tetap haram hingga
hari Kiamat. Full-stop.

Jadi nasihat saya yg hina ini, peganglah Islam pada gigi geraham kita bukan
gigi depan.

Syukran.

Wallaahu'alam.


Unzhur Maa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala
Al Haqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam
Abdul Manaf Bin Abdul Gani

----- Original Message -----
From: "ali baba" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Abdul Manaf" <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, October 08, 2004 10:11 AM
Subject: Re: Masalah Anjing


> assalamualaikum,
>
> Ustaz,
>
> Cuma nak dapatkan penjelasan lanjut..
>
> Saya ada terbaca dalam buku Fiqh 5 Mazhab yang
> diterjemahkan dalam bahasa Melayu menceritakan tentang
> najis anjing dan babi.
>
> Mengikut Mazhab Shafie, wajib samak dengan air + tanah
> dan air biasa( 6 atau 7 kali). Benarkah dalam mazhab
> Maliki, ia mengatakan bahawa perbuatan menyucikan
> dengan air bercampur tanah dan air biasa 6/7 kali itu
> adalah tidak perlu, tetapi jika dilakukan mendapat
> pahala (cara diceritakan dlm buu tersebut seolah-olah
> sunat). Benarkah?
>
> Dan juga saya terbaca dalam soal jawab agama di
> internet , ada juga ustaz yang mempersoalkan mengapa
> perlu cuci dengan tanah (e.g. baju putih), bukankah ia
> lebih 'mengotorkan'? Memadai cuci dengan sabun atau
> anti-bacterial liquid.
>
> Ada juga berhujah mengatakan bahawa sekiranya Islam
> itu mudah dan mengikut perkembangan semasa, tidakkah
> boleh kita menggunakan sabun dan anti0bacterial liquid
> saja untuk mencuci? Apa komen ustaz?
>
> Wallahuaklam. Sekadar ingin penjelasan.
>
> Wassalam.
>
>
>
> --- Abdul Manaf <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> > Wa'alaikumsalaam
> >
> > Anjing adalah salah satu makhluk Allah. Walaupun
> > tidak mendapat kemuliaan seperti binatang lain,
> > tetapi ia tetap ada hak dimuka bumi Allah. Kita
> > tidak boleh menganiaya anjing setakat ia bukan dari
> > golongan yg mendapat kemuliaan.
> >
> > Ulamak khilaf tentang najis anjing. Begini pendapat
> > mereka:
> >
> > 1) Ada mengatakan hanya air liurnya sahaja najis
> > lain tidak najis.
> > 2) Ada mengatakan semuanya dari anjing najis,
> > kecuali badannya ketika kering, yakni jika tidak
> > berpeluh anjing itu.
> > 3) Ada pula mengatakan semuanya najis baik kering
> > atau basah.
> > 4) Ada pula mengatakan anjing tidak najis sama
> > sekali. Pendapat ini ditolak oleh majority ulama'
> > ahlussunnah. Ada kaum Syi'ah pelihara anjing.
> >
> > Pendapat yg kata tidak najis ambil dalil dari surah
> > Al Ma'idah ayat 4, tetapi majority ulama menolak
> > hujjah ini dengan mengatakan air liur anjing
> > dikecualikan dalam masalah binatang buruan. Akan
> > saya jelaskan dibawah nanti.
> >
> > Kategori najis:
> >
> > Majority ulama' berkata ia adalah najis berat. Najis
> > berat wajib dicuci dengan 7 kali cucian dan salah
> > satu cucian itu dicuci dengan tanah. (Dalil hadith
> > sahih)
> >
> > Adakah boleh sebagai binatang peliharaan:
> >
> > Tidak boleh, hukumnya haram. (Dalil hadith sahih)
> >
> > Adakah boleh sebagai binatang keselamatan:
> >
> > Boleh, hukumnya harus. Tetapi tidak boleh masuk
> > ruang rumah, mesti adakan tempat khas untuknya,
> > umpama dilaman rumah, seperti contoh rumah banglo.
> > (Dalil hadith sahih)
> >
> > Adakah boleh sebagai binatang buruan terlatih ?
> >
> > Boleh, tetapi menyimpan anjing itu mesti ikut cara
> > diatas. Ketika anjing itu dilepaskan, sebutlah nama
> > Allah (baca Basmallah). Jika selepas ditangkap
> > binatang buruan itu, kena pastikan mesti ada hanya 1
> > gigitan, jika 1 gigitan, maka halal dimakan. Jika
> > lebih dari 1 gigitan, maka binatang buruan itu
> > dianggap bangkai (najis).
> > (Dalil surah Al Ma'idah ayat 4)
> >
> > Anjing hitam yang ganas atau lain tetapi ganas ?
> >
> > Khilaf ulama, pertama ada mengatakan wajib dibunuh.
> > Pendapat kedua mengatakan latih dahulu kemudian jika
> > tetap ganas maka wajib dibunuh. Saya lebih cenderung
> > pendapat kedua ini, sebab negara barat juga ambil
> > pendapat kedua ini.
> > (Asbabun nuzul surah Al Ma'idah ayat 4)
> >
> >
> > Saya harap dengan ini jelas masalah anjing yang
> > didalam bebrapa hari berlegar di Yahoogroups.
> >
> > Wallaahu'alam.
> >
> > Syukran.
> >
> >
> > Unzhur Maa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala
> > Al Haqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil
> > Islaam
> > Abdul Manaf Bin Abdul Gani
> >
> > ----- Original Message -----
> > From: "Nur, Azila [CRRM]" <[EMAIL PROTECTED]>
> > To: "Abdul Manaf" <[EMAIL PROTECTED]>
> > Sent: Tuesday, October 05, 2004 11:34 AM
> > Subject: FW: apa dah jadi nie...
> >
> >
> > Salam.
> >
> > Ustaz leh explain kepada saya Ustaz.. ttg
> > anjing...hukum nya...sy nak tahu...
> >
> > Tolong Ustaz.
> >
> > Salam
> > -----Original Message-----
> > From: [EMAIL PROTECTED]
> > [mailto:[EMAIL PROTECTED]
> > Sent: Tuesday, October 05, 2004 9:22 AM
> > Subject: apa dah jadi nie...
> >
> > Assalamualaikum...
> >
> > Anjing Tidak Lagi Najis?
> > Apakah anjing tidak lagi dianggap najis oleh orang
> > Melayu? Memang jika kita mahu mengikut hukum fiqah
> > yang diijtihad oleh ramai ulama terutama Imam
> > Asy-Syafi'i anjing itu dianggap najis. Tetapi dalam
> > al-Quran tidak begitu.
> > Gambar ini diambil dari The Star Metro keluaran 7
> > Julai lalu, kelihatan taboo lama mula terhakis di
> > kalangan pelajar UPM ini. Sila baca laporan penuh
> > akhbar berkenaan di bawah ini.
> >
> > Doc with a soft spot for animals.
> >
> > BY JOANNE LIM
> >
> > DR ZURIN Azlin Md Jinin may seem timid and shy but
> > her "patients'' appear to enjoy her attention and
> > appreciate her gentle nature.Whether it is a
> > 500-pound bull or a featherweight hamster, she
> > ensures that the animals under her care are well
> > treated and relieved of their pain fast.  "Animals
> > are like friends to me and I cannot bear to see them
> > suffer," said the 25-year-old Universiti Putra
> > Malaysia (UPM) Doctor of Veterinary Medicine
> > graduate.
> >
> > Dr Zurin (right) and her colleague Dr Farrah Alias
> > examining a dog during the UPM open day. The
> > Johor-born veterinarian is currently with the
> > university on a three-year internship. As a child,
> > she watched her father take care of about 20 horses
> > in Desaru,  Johor, where he worked. "I never dreamt
> > of becoming a doctor because my passion had always
> > been to work with animals," she said, adding that
> > her own pets include fish, cats and birds. She has
> > also no qualms about treating dogs although there
> > were religious taboos involved. "It is not a problem
> > if I follow the necessary cleansing procedures as
> > dictated by the religion after handling the dogs.
> > The important thing is to nurse the animals back to
> > health," she said. Dr Zurin was among other
> > veterinary graduates who gave a demonstration on
> > animal health examination during the university's
> > Faculty of Veterinary
> > Medicine open day at UPM in Bangi recently. Themed
> > "Animals and Vets: Up Close and Personal", the open
> > day was  launched by Higher Education Department
> > director Prof Datuk Dr Hassan Said and aimed at
> > increasing awareness of the profession and its
> > contributions to society. The programme included
> > surgery demonstrations, an exhibition of animals and
> > talks about the profession. Present were UPM
> > vice-chancellor Prof Datuk Dr Mohd Zohadie Bardaie
> > and  faculty dean Prof Dr Mohd Zamri Saad. Dr Hassan
> > said in certain aspects, veterinary studies were
> > more difficult than medicine. "Students interested
> > in becoming veterinarians should grab the
> > opportunity to pursue veterinary courses, ranging
> > from diploma to doctorate level at UPM as it is the
> > only public institution of higher learning which
> > offers such  programmes," he said.
> >
> > Dr Mohd Zohadie said the Faculty of Veterinary
> > Medicine of UPM is the first veterinary school in
> > the world to obtain the ISO 9001 certification in
> > 2000. A total of 70 students have enrolled for the
> > Doctor of Veterinary Medicine  programme this year.






$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
* Ajal itu tidak memilih seorang dara sunti atau seorang tua yang telah bertongkat kaki *

*************************************************************
  SUDAHKAH ANDA MENGERJAKAN SOLAT?
  SENDRIK MAU INGAT MAA...

**************************************************************

Cara nak join blalang_group, just send email kosong ke alamat ni:
[EMAIL PROTECTED]

Home page blalang_group:
http://groups.yahoocom/group/blalang_group/

untuk menghantar emel ke blalang_group (adress)
[EMAIL PROTECTED]


laman forum blalang_group:
http://clik.to/blalangz_forum

laman chat blalang_group:
http://pub43.bravenet.com/chat/show.php/3621091781

community group:
http://www.circles99.com/kenkawan_cyber1/

* SEGALA MESEJ YANG DIHANTAR KE blalang_group BUKANLAH PENDIRIAN SEBENAR MODERATOR.


                 _.-| |\ | / |_
                / \ _>-"""-._.'|_
               >`-.'         `./ \
              /`./ **blalang** \-<
              `-|               |_/
              /_|    Mari       |_\
              ) |   Berkongsi   | |
              `'_\  Maklumat    /`<
               |_/`.         '\_/
                \_/ >-.._..-'\_|
                  `-`_| \_\|_/
                   |   `' |  |
                   |      |  |
                   |      |  |
                   |  /\  |  |
                   | /| \ |\ |
                   |/ |/ \| \|
                JOIN blalang_group!





///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke