Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
   
  "Barangsiapa melepas tangan dari ketaatan (dari Khalifah) akan bertemu Allah 
pada hari kiamat dengan tidak punya hujjah. Dan barangsiapa mati sedang tidak 
ada bai’at pada lehernya maka ia mati seperti matinya orang jahiliyah.” 
  [HR. Muslim dari Abdullah bin Umar, Sahih Muslim dalam Kitabul Imarah: II/136]
   
  Pengenalan Kepada Hizbut Tahrir
   
  Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Menangani 
permasalahan politik merupakan kegiatan utamanya, dan Islam adalah ideologinya. 
Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat, dan bersama-sama mereka berjuang 
untuk menjadikan Islam sebagai  topik perbahasan utamanya, serta membimbing 
mereka untuk mendirikan kembali sistem Khilafah dan menegakkan hukum yang 
diturunkan Allah dalam realiti kehidupan.
   
  Sebagai sebuah parti politik, Hizbut tahrir bukan organisasi pengganas 
(terroris), bukan gerakan kerohanian (seperti tareqat), bukan lembaga ilmiah 
(seperti lembaga pengajian agama atau badan penelitian), bukan lembaga 
pendidikan (akademik), dan bukan pula lembaga sosial (yang bergerak di bidang 
sosial kemasyarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti, dan sekaligus 
mengaktifkan gerakan kelompoknya.
   
  Latar Belakang Berdirinya   
  Hizbut Tahrir didirikan dalam rangka memenuhi seruan Allah SWT:
   
  Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada 
kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, 
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang 
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya [TMQS Ali-Imran [3]: 104)
   
  Tujuan   
  Hizbut Tahrir bermaksud membangkitkan kembali umat Islam dari kemerosotan 
yang amat parah, membebaskan umat dari idea-idea, sistem perundangan, dan 
hukum-hukum kufur serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh 
negara-negara kafir. Hizbut Tahrir bermaksud juga membangun kembali Daulah 
Khilafah Islamiyyah di muka bumi sehingga hukum yang diturunkan Allah SWT dapat 
diterapkan kembali.
   
  Hizbut Tahrir bertujuan melanjutkan kehidupan Islam dan mengembang dakwah 
Islam ke seluruh penjuru dunia. Tujuan ini bererti mengajak kaum muslimin 
kembali hidup secara Islami dalam Darul Islam dan masyarakat Islam. Di mana 
seluruh kegiatan kehidupannya diatur sesuai dengan hukum-hukum syara'. 
Pandangan hidup yang akan menjadi pedoman adalah halal dan haram, di bawah 
naungan Daulah Islamiyah, iaitu Daulah Khilafah, yang dipimpin oleh 
se­orang Khalifah yang diangkat dan dibai'at oleh kaum muslimin untuk 
didengar dan ditaati agar menjalankan pemerintahan berdasarkan Kita­bullah 
dan Sunnah Rasul-Nya, serta mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia 
dengan dakwah dan jihad. Di samping itu Hizbut Tahrir bertujuan membangkitkan 
kembali umat Islam dengan kebangkitan yang benar, melalui pola pemikiran yang 
cemerlang. Hizbut Tahrir berusaha untuk me­ngembalikan posisi umat seper ti 
masa kejayaan dan keemasannya seperti dulu, di mana umat akan mengambil alih 
kendali
 negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia ini. Negara Khilafah akan kembali 
menjadi negara nombor satu di dunia sebagaimana yang terjadi pada masa silamnya 
­yakni memimpin dunia sesuai dengan hukum-hukum Islam. Hizbut Tahrir 
bertujuan pula untuk me­nyampaikan hidayah (petunjuk syari'at) bagi umat 
manusia, memimpin umat Islam untuk menentang kekufuran beserta segala idea dan 
peraturan kufur, sehingga Islam bisa menyelimuti bumi.
   
  WSL

engsian <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
  Sudah lama geng HT ni manapak di alFikrah, tapi kita lihat balik-
balik mereka ulang tayang perkara yang sama, khilafah, baiat, 
khilafah, baiat, khilafah, baiat.

Kita pun tak tau apa hala tuju mereka.

--- In [EMAIL PROTECTED], Ridhuan Hakim <[EMAIL PROTECTED]> 
wrote:
>
> SALAM~
>    
>   "Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian 
itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, 
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk 
mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak 
kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak 
Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk 
mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit 
(Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah 
mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah 
itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas 
kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki 
untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti 
jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau 
(Nabi) diam." [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari 
Hudzaifah]
>    
>   Khilafah Islam ialah kepimpinan umum umat Islam sedunia untuk 
melaksanakan syariat Islam secara kaffah (total) dan mengembang 
risalah Islam ke seluruh dunia. Sistem Pemerintahan Islam ini secara 
ringkasnya mempunyai 4 prinsip utama:- 
>    
>   1. Kedaulatan dari Allah iaitu Syariat Islam; TIDAK melalui 
mandat suara majoriti (demokrasi) atau kediktatoran 
(autokrasi/teokrasi)
>   2. Kekuasaan untuk melantik Khalifah ditangan umat; YAKNI 
melalui pemilihan calon DAN bai'at, BUKAN melalui sistem monarki 
atau komunis atau pemilihan wakil rakyat tanpa bai'at
>   3. Melantik khalifah adalah satu kewajipan setiap muslim; Bai'at 
BUKAN option (pilihan) via 'ijtihad' untuk keluar mengundi atau buat 
undi rosak seperti dalam waqi' demokrasi
>   4. Khalifah mempunyai kuasa eksklusif untuk melakukan tabbani 
hukum syariah; HANYA hukum syariah
>    
>   Adapun Khilafah memelihara maslahat umat sebagai penyelesai 
masalah kehidupan dengan :
>    
>   1. Menerap aqidah dan syariat Islam melalui perlaksanaan sistem-
sistemnya
>   2. Mempertahankan kesucian Islam dan martabat umatnya melalui 
perlaksanaan hukuman 'uqubat (Hudud, Qisas, Takzir, Mukhallafah)
>   3. Mengembangkan Islam melalui jalan dakwah dan jihad
>    
>   Khilafah BUKAN milik segolongan umat TAPI SEMUA !
>   Khilafah adalah wajib untuk mengembalikan kehidupan Islam, ia 
BUKAN KHILAF lagi
>   Khilafah adalah institusi politik umat Islam keseluruhan
>   Berpolitiklah untuk Khilafah, siapa pun wahai umat Muhammad
>   Politik Islam BUKAN untuk demokrasi !
>   
> WSL
>   
> abuamir_qalantani <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>   khilafah ala minhaj mana syeikh..HT punya ke?
> kalau yg tu,ana tawaqquf dahulu..
> kalau "khilafah ala minhaj".... IKHWAN..setuju benar...
> 
> --- In [EMAIL PROTECTED], "salafi2sunnah" <salafi2sunnah@> 
> wrote:
> >
> > --- In [EMAIL PROTECTED], "abuamir_qalantani" <qush76@> 
> wrote:
> > >
> > > Anta dah baca buku Dr Yusof AlQardhawi bertajuk :Membangun 
Ummat 
> > > Antara realiti dan angan angan"
> > > 
> > > Ada disebut 3 cara untuk kesatuan ummat:
> > > 1.Kesatuan Negara Islam
> > > 2.Kesatuan Hukum 
> > > 3.Kesatuan sistem pemerintahan tertinggi
> > > 
> > > Ada di sebut bab daulah dan khilafah.Bukan HT sahaja yang 
> > > menginginkan khilafah dan daulah.
> > > 
> > > wassalam.
> > 
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~reply
> > 
> > sapa pulak tolak khilafah? HT ni pulak siang malam nak khilafah 
ala
> > minhaj aje..sampai tak fikir benda lain. Q minat ke idea 
khilafah 
> ala
> > minhaj ni?
> >
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>   SPONSORED LINKS 
>         Sahih muslim 
>     
> ---------------------------------
>   YAHOO! GROUPS LINKS 
> 
>     
>     Visit your group "alFikrah" on the web.
>     
>     To unsubscribe from this group, send an email to:
>  [EMAIL PROTECTED]
>     
>     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of 
Service. 
> 
>     
> ---------------------------------
>   
> 
> 
> 
>             
> ---------------------------------
> New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC 
and save big.
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
>





    
---------------------------------
  YAHOO! GROUPS LINKS 

    
    Visit your group "alFikrah" on the web.
    
    To unsubscribe from this group, send an email to:
 [EMAIL PROTECTED]
    
    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. 

    
---------------------------------
  



                
---------------------------------
New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke