BIBLE MENCERITAKAN TENTANG NABI
Dalam surah Al-Baqarah ayat 146, Allah berfirman, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang Kami berikan Al-Kitab, yakni Taurat dan Injil, mengenali Muhammad sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.” Keturunan Kedar Akan Dikalahkan
Dalam The Revised Version of the Bible, terbitan British and Foreign Bible Society pada bab Isaiah ayat 14 hingga17
disebutkan: “The
inhabitants of the land of Tema
brought water to him that was thirsty,
they prevented with their bread
him that fled. For they fled
from the swords …Within a year,
according to the years of an hireling,
and all the glory of Kedar shall fail:
And the residue of the number of archers,
the mighty men of the children of
Kedar, shall be
diminished.” Terjemahan mengikut Bible Indonesia AlKitab (1993)
ialah: “Hai penduduk tanah Tema,
keluarlah, Bawalah air kepada orang yang
haus, Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan
roti! Sebab mereka melarikan diri terhadap
pedang….. Sebab beginilah firman Tuhan
kepadaku: “Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit
upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis.
Dan daripada pemanah-pemanah yang gagah
perkasa Daripada bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil
saja, Sebab TUHAN, Allah Israel
mengatakannya.” Ayat ini adalah sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema di bumi Arab yang disebutkan sebelum ini. Berhubung dengan Kedar, tokoh-tokoh Kristian dan Islam mengesahkan bahawa Kedar atau Qaidhar ialah anak Nabi Ismail as. Ibn Athir di dalam bukunya Al-Kamil fit Tarikh menyebutkan: “Kemudian Nabi Ismail mengahwini As-Saidah binti Madhadh Al-Jurhami dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua belas orang cahaya mata: Nabat, Qaidhar, Uzail, Misya, Masma’, Rima, Masy, Aazar, Qathura, Fakas, Thumayya dan Qidman. Daripada kedua-dua anak Nabi Ismail yang bernama Nabat dan Qaidhar, lahirlah bangsa Arab.” A.S. Fulton, di dalam The International Standard Bible Encyclopedia berkata, “Of the Ishmaelite tribes, Kedar must have been the most important, and thus in later times the name came to be applied to all the wild tribes of the desert. It is through Kedar that Muslim genealogists trace the descent of Muhummad from Ishmael,” yang bermaksud, “Berbanding kabilah-kabilah dari keturunan Ismail, Kedar boleh dianggap sebagai yang terpenting dan pada zaman-zaman yang kemudian nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang pasir. Daripada Kedar inilah pengkaji-pengkaji Islam mengaitkan keturunan Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail.” Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar ialah Quraisy yang begitu
berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy banyak menentang Nabi Muhammad
sehingga akhirnya berlakulah hijrah dan selepas itu Perang Badar.
Kalimat-kalimat Bible 'within a year,
according to the years of an hireling' yang bermaksud ‘dalam setahun lagi,
mengikut masa kerja perajurit upahan’ begitu signifikan dengan sejarah Perang
Badar, kerana ia berlaku pada tahun kedua hijrah, lebih kurang setahun selepas
Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Peperangan ini dimenangi oleh umat Islam dan
pemuka-pemuka Quraisy yang terbunuh di dalam peperangan ini berjumlah 70
orang. Kisah di dalam Bible ini amat selari dengan kisah
penghijrahan Nabi Muhammad dan peristiwa Perang Badar.
Nabi Isa as tidak mempunyai perkaitan sama sekali dengan anak Nabi Ismail as
yang bernama Kedar dan Baginda juga
tidak pernah berperang dengan keturunan Kedar. ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
|
<<attachment: Glacier Bkgrd.jpg>>