TEKNOLOGI CANGGIH DAN PERUBAHAN NILAI DI
AKHIR ZAMAN Kita berada di akhir zaman. Kejahilan
tentang agama serta sikap acuh tak acuh dengan agama wujud di mana-mana saja
pada hari ini. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, (Antara tanda kiamat ialah)
terangkatnya ilmu dan berleluasanya kejahilan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kejahilan tentang ilmu agama terutamanya di kalangan golongan muda amat ketara
pada hari ini. Sebagai contoh, keputusan PMR bagi tahun 1995 di sudut fardu ain
amat menyedihkan. 6779 pelajar gagal di dalam mata pelajaran ini. 616 daripada
mereka gagal di dalam aspek mengucap dua kalimah syahadah, 1553 gagal di dalam
aspek rukun islam dan 1901 pula gagal di dalam aspek rukun
iman. Kejahilan menyebabkan umat Islam mudah
terpedaya dengan muslihat musuh sehingga akhirnya nilai kehidupan dalam
masyarakat turut berubah. Yang batil menjadi hak dan yang hak menjadi batil.
Manifestasi perubahan nilai ini amat ketara di era Dajal. Nabi bersabda,
Sesungguhnya Dajal akan membawa air dan api. Apa yang dilihat manusia sebagai
air, sebenarnya ia adalah api yang membakar. Apa yang dilihat sebagai api,
sebenarnya itu adalah air yang sejuk lagi lazat.... (Riwayat Bukhari dan
Muslim) Hadis ini menunjukkan Dajal akan memalsukan
hakikat dan kebenaran bertujuan untuk mengelirukan masyarakat di dunia sehingga
api diperlihatkan sebagai air dan air sebagai api. Untuk mencapai tujuan ini
media massa di dalam bentuk TV, akhbar, majalah, video, cakera padat dan
sekarang internet dipergunakan sepenuhnya. Sebagai contoh, apabila berlaku
tragedi 11 September 2001, media massa di Barat menonjolkan Islam sebagai agama
keganasan walaupun tidak terdapat sebarang bukti yang menyokong pandangan itu.
Golongan Yahudi di Israel telah memanfaatkan suasana itu, justeru rakyat
Palestin yang selama ini ditindas dan dizalimi berjaya ditonjolkan sebagai
pengganas, dan sebaliknya pengganas Yahudi ditonjolkan sebagai mangsa keganasan.
Berhubung dengan isu ini wartawan akhbar Independent, London, yang terkenal,
Robert Fisk, ketika menyampaikan ucapannya di Universiti Concordia pada 17 November
2002 berkata, Ucapan saya pada malam ini tidak berkaitan dengan bahaya
kewartawanan sebaliknya saya ingin bercakap tentang bahaya yang diwujudkan oleh
kewartawanan. (Bahaya ini lahir) hasil dari tindakan melaporkan
kenyataan-kenyataan rasmi pihak kerajaan yang mengelirukan tanpa tapisan di
samping menerima tanpa persoalan kehendak golongan atasan... Sejak dari awal
lagi melalui tulisan-tulisan saya di dalam akhbar Independent, saya mengatakan peperangan
yang berlaku sekarang bukan bertujuan untuk menghapuskan keganasan sebaliknya
untuk menghancurkan musuh-musuh Amerika dan mungkin juga musuh-musuh
Israel.................................. Akhir zaman juga merupakan era kelahiran
pelbagai teknologi canggih terutamanya teknologi komunikasi dan maklumat.
Berhubung dengan ini Nabi bersabda, Demi Allah kiamat tidak akan berlaku
sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut
seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya
perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya. (Riwayat
Tarmuzi) Di akhir zaman manusia akan bercakap dengan
menggunakan alat komunikasi yang canggih dan dengan meledaknya teknologi
komunikasi maklumat, ramalan ini menjadi kenyataan. Antara produk yang berjaya
dihasilkan oleh teknologi ini ialah robot. Mengikut Robot Institute of America (1979), robot
ialah alat (mesin) pelbagai fungsi yang diprogram untuk menggerakkan barangan
serta alat melalui pergerakan-pergerakan tertentu. Dengan itu robot boleh
melakukan tugas-tugas tertentu (untuk membantu manusia). Mengikut Kamus Webster, robot ialah alat
automatik yang mampu melakukan kerja yang kebiasaannya dilakukan oleh manusia.
Ia adalah mesin dalam bentuk manusia. Pada tahun 1956, seorang
jurutera, Joseph F. Engelberger, bersama dengan beberapa orang yang lain, telah
menubuhkan sebuah syarikat pengeluar robot bernama Unimation. Mereka berjaya mengeluarkan
robot secara komersial dan robot pertama yang mereka hasilkan dinamakan Unimate. Dengan kejayaan itu Joseph F. Engelberger digelar sebagai
Bapa Ilmu Robotik. Pada hari ini
robot dicipta agar boleh bercakap kepada manusia. Antara syarikat yang mengeluarkan robot jenis ini pada
hari ini ialah The Robot
Factory. (Untuk perincian bacalah Majalah i bulan Julai atau terus sahaja ke: Rujukan: 'Empayar Minda Muslim' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)
Nukilan Dr. Danial Zainal Abidin (M.B.Ch.B. Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun, Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang) Selama 10 Tahun, Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah i, Pemudah Cara Pelbagai Korporat / Institusi Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Khidmat Runding Mantan
YDP JIM Negeri Pulau Pinang Selama 1
Dekad
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] ---- LSpots keywords ?> ---- HM ADS ?> YAHOO! GROUPS LINKS
|