HIJRAH DAN KISAHNYA DI DALAM BIBLE 

 

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 218 Allah berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah mereka itu mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

 

Bible berbeda dari Injil. Banyak isi-isi Bible telah disunting dan diubah suai sehingga tidak selari dengan ajaran Injil yang asal. Namun masih terdapat sedikit sebanyak dari isi Bible yang tidak bercanggah dengan ajaran yang asal. Sebenarnya dalam Bible terdapat kisah tentang nabi Muhammad dan kisah tentang Hijrah.

 

Di dalam The Revised Version of the Bible, terbitan British and Foreign Bible Society pada bab Isaiah ayat 13 hingga 15 disebutkan:

 

“The burden upon Arabia.

In the forest of Arabia shall ye lodge,

O ye travelling companies of Dedanim.

The inhabitants of the land of Tema

brought water to him that was thirsty,

they prevented with their bread

him that fled. For they fled

from the swords…”

 

Terjemahan mengikut Bible Indonesia AlKitab (1993) ialah:

 

“Ucapan Ilahi terhadap Arabia,

Di belukar di Arabia kamu akan bermalam,

Hai kafilah-kafilah orang Dedan!

Hai penduduk tanah Tema, keluarlah,

Bawalah air kepada orang yang haus,

Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti!

Sebab mereka melarikan diri terhadap pedang...”

 

Ayat ini menceritakan tentang kejadian yang akan berlaku di bumi Arab di mana segolongan manusia akan ditindas sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah untuk mendapatkan pertolongan di bumi Tema. Mengikut J. Hastings di dalam Dictionary of the Bible di halaman 897, Tema ialah nama bagi salah seorang anak Nabi Ismail. Justeru, kisah yang wujud di dalam Bible tentang Tema berkait rapat dengan keturunan Nabi Ismail as di bumi Arab. Seterusnya J. Hastings menyebutkan, Tema juga merupakan nama bagi sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian Barat bumi Arab.

 

Ayat ini amat secocok dengan penghijrahan Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda ke Madinah selepas ditindas dengan kejamnya oleh golongan Quraisy di bumi Mekah selama tiga belas  tahun. Di Madinah  mereka mendapat bantuan dan pembelaan sehingga akhirnya tertegaklah sebuah negara Islam yang berdaulat di sana. Tafsiran J. Hastings ini menampakkan kaitan di antara ayat ini dengan penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah. Nabi Isa tidak ada sebarang kaitan dengan Tema kerana Baginda adalah dari keturunan Nabi Ishak as. Baginda juga tidak pernah berhijrah ke bumi Arab di sebelah utara Madinah justeru, ayat ini lebih menepati sejarah hidup Nabi Muhammad yang berhijrah ke Madinah. Justeru, nabi Muhammad ialah rasul akhir zaman yang kisahnya memang terdapat di dalam Bible. Manusia sepatutnya beriman dengan ajaran Baginda.

 

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin,

Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd;

Untuk perincian tentang kisah nabi Muhammad di dalam Bible

Sila dapatkan buku 'Kerasulan Muhammad & Bukti Sejarah dan Sains.'

Karangan Dr. Danial.

Boleh didapati di:   http://www.formulacemerlang.com./



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

<<attachment: Glacier Bkgrd.jpg>>

Kirim email ke