Saintis dakwa air kola jejas tulang

http://www.jutawan2u.com

LONDON: Satu kajian saintis Amerika Syarikat mendakwa minuman ringan 
cola boleh melemahkan tulang wanita dan menambahkan risiko mendapat 
osteoporosis atau reput tulang.

Kajian itu mendapati dengan hanya meminum empat tin minuman 
berkarbonat berkenaan terbukti boleh memberi kesan yang buruk.

Bagaimanapun, tulang lelaki yang menyertai kajian sama didapati 
tidak terjejas langsung akibat pengambilan minuman kola.

"Lebih banyak minuman kola yang diminum wanita, lebih berisiko 
keadaan tulang mereka," kata Ketua penyelidik, Dr Katherine Tucker.

"Ini disebabkan lebih banyak minuman kola yang diminum wanita, lebih 
rendah kepadatan mineral dalam tulang mereka. 

"Kami dapati masalah itu tidak berlaku di kalangan wanita yang 
mengambil minuman lain," katanya.

Dr Tucker bagaimanapun menegaskan lebih banyak kajian perlu 
dijalankan untuk mengenal pasti sekiranya asid fosforik yang 
didapati dalam kola menjadi puncanya.

Persatuan Osteoporosis Kebangsaan berkata: 

"Kadar asid fosforus yang berlebihan boleh mengurangkan kadar 
kepadatan tulang tetapi kami belum mengetahui punca sebenarnya." 

Seperti juga kebanyakan jenis minuman kola lain yang diketahui 
mengandungi jumlah gula yang banyak. 

Minuman bergula misalnya boleh menyebabkan gigi reput serta 
peningkatan berat badan. – Agensi

http://www.jutawan2u.com  

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke