NOTA
   
  Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan MAPAN
  dengan ini merayu dan meminta kerjasama serta sokongan SEMUA RAKYAT MALAYSIA 
terutamanya umat Islam, ahli-ahli Kariah Masjid dan Surau, ahli dan kekanda 
PEKIDA, NGO, persatuan persatuan pengguna negeri, FOMCA, CAP, ACCIN, IIS, DPMM, 
JIM, CUEPACS, GPMS, keluarga FELCRA, FELDA dan RISDA, NUTE, PERKIM, KIMMA, 
PERMIM, PRESMA, UMNO, PAS, Barisan Nasional, PESAKA dan ahli-ahli Silat Gayung, 
Silat KALAM, Silat Cekak, persatuan-persatuan silat, para usahawan, ahli-ahli 
politik, para mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, para 
pensyarah dan ahli akademik, kakitangan kerajaan, para pekerja, para persatuan 
sukarela dan para pejuang keadilan yang prihatin dengan perjuangan kemanusian 
dan keadilan sejagat agar tidak lagi membeli UBAT GIGI COLGATE sehingga COLGATE 
belajar menghormati pengguna.
   
  Kita renung antara fakta-fakta berikut :-
   
  ·               COLGATE adalah sebuah syarikat yang TIDAK PRIHATIN kepada 
sensitiviti umat Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia 
tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk memperolehi sijil Halal JAKIM bagi 
menjaga hati para pengguna Islam atau menyatakan yang produk mereka HALAL;
   
  ·               Tanpa sijil halal ini sejak begitu lama dan tanpa sebarang 
tanda Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita menganggap 
Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun tidak mendakwa ianya halal 
atau ditanda sebagai HALAL;
   
  ·               COLGATE begitu angkuh sehingga tidak menghiraukan pertanyaan 
PPIM dan orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi sebarang keyakinan 
secara pro aktif kepada masyarakat Islam terhadap status halal produk mereka 
hingga ke hari ini; 
   
  ·               Ia dibuat di Thailand yang mana juga menyokong ekonomi 
Thailand yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan Thailand  
(PPIM telah melancarkan BOIKOT COLGATE sebagai bantahan kepada pembunuhan kejam 
rakyat Islam di Selatan Thailand);
   
  ·               Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh syarikat 
ini untuk pengiklanan  tetapi  kenapa tidak ada peruntukan  kewangan  untuk 
menjaga  hati masyarakat Islam,  contohnya  mendapatkan sijil halal daripada  
JAKIM. Kos untuk  mendapatkan   sijil halal   kurang RM 1,000 sahaja. Bukankah 
ini satu penghinaan besar di sebuah Negara yang agama rasminya Islam;
   
  ·               Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM untuk 
membuktikan sijil halal Thailand yang didakwanya ada serta membuktikan bahawa 
produk-produknya  HALAL.
   
  ·               Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang 
daripada China, Vietnam dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini? 
Bush...? 
   
  ·               Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang menghina 
dan tidak menghormati umat Islam. Kita sokonganlah produk-produk daripada 
syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam 
setiap kali kita membeli;
   
  ·               Kita bersatulah dalam memboikot Ubat Gigi Colgate serta 
menghantar isyarat jelas bahawa para pengguna Islam akan bersatu memulau produk 
yang tidak menghormati keperluan dan kepentingan umat Islam. 
   
  BERSATU KITA SEHATI SEJIWA sebarkan nota ini kepada seramai mungkin rakan dan 
taulan sebagai satu perjuangan melawan keangkuhan serta menunjukkan bantahan 
kepada syarikat multi-nasional  yang tidak menghormati serta mempermainkan para 
pengguna Islam sejak sekian lama.
   
   
  Cuba buat kali ini , kita buktikan bahawa kita pengguna juga MEMPUNYAI 
KEKUATAN JIKA BERSATU. Kita hantar isyarat jelas, para pengguna  tidak mengira 
Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu secara berterusan. Kita mahu mereka 
lebih prihatin dan bertanggungjawab.
   
   
   
  “BOIKOT PRODUK HINA PENGGUNA”
   
   
  PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA & MAPAN


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Media Dakwah.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke