Salam sejahtera, 

Pihak MAMPU akan menganjurkan "Anugerah Kajian Kes OSS"  bersempena
dengan Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON)
2010 yang dijangka akan dilangsungkan pada 2-3 November 2010.

Tujuan Anugerah Kajian kes OSS ini diadakan adalah untuk Menggalakkan
perkongsian ilmu dan pengalaman pelaksanaan OSS di agensi Kerajaan dan
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dan juga merangsang pembangunan
dan penggunaan aplikasi perisian sumber terbuka (OSS) di Malaysia bagi
menyokong Pelan Induk Kerajaan. 

Pertandingan ini dikategorikan kepada dua kumpulan :
I)Kumpulan 1 : Agensi Sektor Awam
II)Kumpulan 2 : Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Justeru itu kami amat berbesar hati jika agensi dan IPTA dapat menyertai
pertandingan ini dan menghantar seberapa banyak Kajian Kes OSS
berkaitan. Terma & Syarat Pertandingan serta Borang Masuk Pertandingan
boleh dimuat turun dari laman web
http://www.oscc.org.my/content/view/194/128/.

Semua pemenang dan finalis akan diberi pengiktirafan dan dianugerah
dengan sijil semasa MyGOSSCON 2010. 

Sila hantar penyertaan Kajian Kes OSS anda sebelum tarikh tutup.
Sekiranya fail kajian Kes OSS terlalu besar untuk dihantar melalui emel,
sila sediakan pautan bagi fail tersebut. 

Terima kasih




-- 
Yang benar

Stanly Tan
Open Source Competency Centre, MAMPU
Lot E302-E304, Enterprise Building 3,
63000 Cyberjaya, Malaysia.
Tel. 603 83191200, Fax: 603 83193206
URL: http://opensource.mampu.gov.my



-- 
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://www.oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss

http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214

"OSCC Discuss Mailing Lists is intended to solely promote, discuss and announce 
OSS related topics and promotion of non-OSS matters is strictly prohibited. 

The implementation of the Malaysian Public Sector OSS Master Plan brings 
strategic, technological, economical and social benefits to Malaysia."

Kirim email ke