Dari Metro (Malaysia) Ahad, 27 Februari 200

Sila baca artikel bertajuk "Edisi Nasional: RM11,000 upah baca Yassin",
di alamat http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20050227082350/Article/indexm_html


Edisi Nasional: RM11,000 upah baca Yassin
Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
[EMAIL PROTECTED]

BOMOH PALSU CUBA CABUL

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu mengubati penyakit misteri dialami, seorang suri rumah kerugian lebih RM11,000 selepas menjadi mangsa tipu bomoh palsu yang mendakwa memiliki keupayaan luar biasa.

Malah, bomoh lelaki terbabit didakwa cuba mencabul kehormatan mangsa, selain melakukan pelbagai gangguan seksual sewaktu menjalani rawatan di sebuah bilik hotel.

Mangsa, Azizah Ahmad, 50, berkata, bomoh terbabit mengenakan caj rawatan tidak munasabah mencecah ribuan ringgit yang didakwa digunakan untuk memberi makan kepada beratus-ratus orang buta, selain upah untuk membaca Yassin.

Katanya, pertemuan dengan bomoh terbabit bermula November tahun lalu selepas dia cuba mendapatkan khidmat lelaki itu yang mengiklankan perkhidmatannya di akhbar.

Saya yang mengalami sakit misteri sejak sekian lama segera menghubungi pembantu wanita bomoh itu melalui nombor telefon bimbit yang tertera di iklan bagi mengatur temu janji.

Saya kemudian diarahkan hadir bagi sesi rawatan di sebuah bilik hotel di ibu kota yang disewa bomoh berkenaan,katanya kepada Metro Ahad.

Azizah berkata, selepas menunggu 30 minit, dia bertemu bomoh berkenaan di dalam sebuah bilik lain.

Bomoh itu yang berpakaian jubah hitam kemudian berpura-pura membaca mentera sebelum memberitahu, saya terkena buatanorang yang memusuhi saya.

Bomoh itu mengambil sekeping gambar saya sebelum menggulungnya menjadi bentuk bulat. Dia menjolok hujung lubang gambar itu menggunakan kayu kecil sebelum mengeluarkan objek hitam dari gulungan gambar itu,katanya.

Azizah berkata, bomoh itu mendakwa berjaya mengeluarkan patung sihir berwarna hitam yang kemudian ditunjukkan kepadanya.

Saya terkejut apabila bomoh itu melurut jari tangannya dari ubun kepala saya melalui muka, leher dan tubuh hingga ke bahagian bawah. Saya yang terkejut dengan tindakannya segera mengelak apabila jarinya menghampiri bahagian sulit.

Tidak cukup dengan itu, bomoh itu turut bertanyakan soalan lucah seperti awak terasa tak berdenyut pada bahagian sulit pada waktu malam?,katanya.

Azizah berkata, dia yang terkejut dengan soalan itu enggan menjawab dan berdoa supaya sesi rawatan itu segera selesai.

Dia kemudian memberikan mata kail, biji selasih, pulut hitam, jintan manis dan pelbagai barangan lain yang didakwa perlu dimasukkan di dalam bantal tidur sebagai kaedah berubat seterusnya.

Saya diminta membayar caj perubatan sebanyak RM2,772 selepas selesai menerima rawatan,katanya.

Azizah berkata, duit pengeras itu didakwa akan digunakan untuk majlis membaca Yassin oleh 44 orang, selain memberi makan golongan orang buta.

Saya kemudian diminta datang semula untuk rawatan susulan pada Sabtu lalu dengan membawa wang RM8,800. Jumlah itu terlalu banyak dan saya memberitahu sukar mendapatkannya, namun pembantu bomoh terbabit menyuruh saya meminjam daripada rakan atau berikhtiar dengan apa cara bagi memastikan sakit saya sembuh,katanya.

Duit itu dikatakan bakal digunakan uintuk memberi makan 109 orang buta dan upah membaca Yassin selama 13 malam.

Namun saya akhirnya sedar ditipu selepas mendapati sakit yang saya alami tidak berkurangan, walaupun menerima pelbagai rawatan daripadanya sejak empat bulan lalu,katanya.

Azizah yang kerugian semua wang simpanan kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, semalam.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak mengesahkan menerima laporan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, pengamal perubatan tradisional, Desa Othman, 60, menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpedaya pada golongan bomoh atau tabib palsu.

Katanya, golongan bomoh palsu mudah dikenali dengan ciri-ciri kerap bercakap takbur, membesar-besarkan keupayaan diri melebihi kekuasaan Tuhan, meletakkan caj rawatan atau pengeras tidak munasabah, selain teknik rawatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Golongan musang berbulu ayamitu harus diambil tindakan undang-undang kerana menipu orang ramai yang benar-benar mengharapkan perubatan alternatif,katanya.

Internal Virus Database is out-of-date.
Checked by AVG Anti-Virus.
Version: 7.0.300 / Virus Database: 265.8.7 - Release Date: 2/10/2005
____________________________________________________

Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: 
http://rantaunet.org/palanta-setting
------------------------------------------------------------
Tata Tertib Palanta RantauNet:
http://rantaunet.org/palanta-tatatertib
____________________________________________________

Kirim email ke