Ya, betul dan saya sokong usul ini. Saya syorkan agar Kerajaan Negeri 
kelantan melalui MPKB-BRI teruskan usaha murni ini dengan mengambil
pengalaman yg 15 tahun lepas. Apabila Kerajaan Pas memerintah
macam-macam ada tohmahan. Akhirnya mereka (pusat) juga yang telan balik
tohmahan itu semua. Contoh Cuti 2 hari, bersalin, pajak gadai Islam dan
mcm-mcm lagi. Jadi insyaAllah saya akan cuba sampaikan kepada yg dok
berdengung lg tu..... Takdop masa dah nak berlembut dalam bab ini hampir
50 tahun doh merdeka.

Saya harap pihak MPKB-BRI akan terus memantau apabila ianya telah
berkuatkuasa kerana takut nanti bila sudah lama ianya akan kembali
kepada asal, Wallahua'lam.

Mengenai pandangan Presiden Caucus, ianya adalah melanggar hak wanita.
Memang betul itu hak wanita tapi saya nak bg satu contoh seperti kita
semua (terutama Islam) Allah bagi semua apa yang kamu nak tapi yang
menunggu kelak adalah balasan yg amat pedih. Saya pun kalau nak
diikutkan hak, saya nak pakai seluar pendek aje walau kemana pergi dan
isteri saya takpayah pakai tudung dan pakai 'short' aje juga. Peduli apa
orang nak kata kerana itu adalah hak kami tapi itu hak dunia. Cuba kita
fikir hak selepas kita mati iaitu Hak Akhirat (kalu percaya ada hari
akhirat), apa yang kita akan dapat dengan hak dunia yang dipertahankan
itu. Adakah selaras dgn arahan AlQuran dan Hadith atau Perlembagaan
Hadhari. Fikirlah sendiri dengan fikiran yang waras dan keislaman.



--- In perakan@yahoogroups.com, abu hafizd <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Biarkan Kelantan dengan Islamnya
>
> Kata Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Jalil dalam THE STAR hari
ini wanita di Kelantan akan menentang langkah MPKB-BI menguatkuasakan
kod pakaian untuk jurujual, pelayan dan peniaga di Kelantan. Kata beliau
lagi:
>
> It is so disrespectful to the women there
> (Ianya amat tidak menghormati wanita di sana)
>
> Siapa yang tidak menghormati siapa? Siapa yang serius mahu
melaksanakan Islam dan siapa yang berlakun dan mempermainkan syariat
Allah?
>
> Saya sertakan di bawah gambar Shahrizat ketika beliau mengunjungi Iran
baru-baru ini. Gambar menunjukkan beliau bersama Pengarah Pusat Hal
Ehwal Keluarga dan Wanita Republik Islam Iran, Puan Zohreh Nouri.
>
>
>
> Mengapa Shahrizat berpakaian demikian? Baiklah ia majlis rasmi, tetapi
mengapa perlu berpakian demikian? Ini bukan pakaian biasa Shahrizat,
mengapa perlu berpura-pura?
>
> Jawabnya kerana di Iran ada dress code yang perlu dipatuhi, apakah
Republik Islam Iran disrespectful towards their women? Mereka ada Vice
President wanita, Malaysia ada Timbalan Perdana Menteri Wanita?
>
> Di Kelantan kedua-dua Senator atau ahli Dewan Negara yang dilantik
oleh kerajaan negeri mewakili Kelantan di Senat adalah wanita (diwaktu
Umno perintah tak pernah begitu)(seorang peguam macam Shahrizat juga),
Kelantan ada ADUN wanita, Kelantan buat pertama kalinya hari ini ada
Penghulu-penghulu wanita, and who are you to tell the Kelantanese that
they are disrespectful towards their women?!
>
> Apa yang mahu diperkenalkan adalah peraturan yang pada perkiraan
kerajaan negeri akan dapat mengawal warga negerinya, mempertahankan
keselamatan dan maruah mereka, adakah itu menganggu sangat Shahrizat?
>
> Terus-terang sejak kerajaan PAS memerintah Kelantan 16 tahun lalu,
cuba berikan satu usaha mereka yang disokong atau menerima endorsement
dari Shahrizat? Sesungguhnya kerajaan negeri tidak memerlukannya pun,
malah kalau mahukan popularity (sebagaimana yang BN sering mahukan)
logiknya kerajaan negeri tak perlulah perkenalkan peraturan ini.
>
> Kalau mahu undi dan rakyat Kelantan sebagaimana kata Shahrizat
menentang usaha-usaha ini maka lebih baik kerajaan PAS membisu sahaja.
Punggah sahaja kekayaan negeri masukkan ke kocek masing-masing dan duduk
diam-diam sebagaimana diamalkan di negeri-negeri lain. Tambahan akalau
ada ADUn yang macam Zakaria dari pelabuhan Kelang tu. Masalah moral
masalah akhlak itu hak peribadi, tetapi mengapa kerajaan PAS sanggup
melawan arus sebegini?
>
> Jawabnya tuntutan kepada agama mengatasi ukuran populariti yang
Shahrizat dan kawan-kawan sekutunya pentingkan. Keselamatan dan
kesejahteraan rakyat Kelantan dunia dan akhirat lebih penting dari
melayan gangguan mereka yang memang tidak pernah senang hati seperti
Shahrizat dan yang seangkatan dengannya.
>
> At least they are being honest and truthful unlike the Hadhari
government that allegedly adores Islam but has done nothing to uphold
and protect it.
>
> Roslan SMS
>
> Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com
>



Kirim email ke