Hok kawe highlight kuning kat bawah ni betul ke? Kalu betul kita sebagai anak kelantan perantauan kena buat sesuatu. Kawe cadangkan anak2 kelate ni kalu nak bayar zakat (bukan saja zakat fitrah) kita pakat bayar kat kelate. Lagu mano buleh ko?

 

Petikan :

Annuar yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata
masalah sosial turut membimbangkan apabila kadar kemiskinan mencecah
18,000 keluarga dengan 12,000 keluarga adalah dalam kemiskinan tegar.



From: perakan@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of abuhafizd
Sent: Monday, November 06, 2006 9:04 AM
To: perakan@yahoogroups.com
Subject: [perakan] Umno Kelantan Mulakan Kempen Wujud "Kelantan Baru"

 

KOTA BAHARU, 4 Nov -- Umno Kelantan, walaupun kini berfungsi sebagai
pembangkang, telah pun memulakan perancangan 10 tahun "Kelantan Baru"
2015 yang akan membolehkannya setanding dengan negeri maju yang lain
seperti Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang, kata Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa.

"Antara ciri Kelantan Baru yang kami impikan ialah mempunyai
rangkaian jalan dan lebuh raya yang elok, ekonomi masyarakat kukuh
dan masalah sosial tidak berlaku," katanya ketika berucap pada
perasmian Tour De NFC FESPIC, KL'06 di sini, hari Sabtu.

Kira-kira 3,000 peserta mengambil bahagian dalam program itu yang
dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Kelantan di Komplek Sukan Negeri
di sini.

Annuar berkata kini Kelantan berada pada tahap yang membimbangkan
dengan kadar kemiskinan tinggi, pendapatan per kapita rendah dan
masalah ekonomi yang ketara.

Dari segi fizikal pula, katanya, ia membimbangkan banyak pihak dengan
kesesakan lalu lintas yang ketara, hubungan dengan dunia luar terhad
dan sistem rangkaian selular yang tidak meluas.

"Kami rancang pembangunan 10 tahun pertama melibatkan pembinaan
rangkaian jalan raya timur-barat, Kota Baharu-Kuala Krai dan Gua
Musang serta Jalan Jeli-Jelawang dan Gua Musang.

"Kami juga merancang pembinaan lapangan terbang antarabangsa dan
perkhidmatan telefon selular ke seluruh pelosok negeri," katanya.

Annuar yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata
masalah sosial turut membimbangkan apabila kadar kemiskinan mencecah
18,000 keluarga dengan 12,000 keluarga adalah dalam kemiskinan tegar.


"Masalah sosial, sumber pekerjaan yang terhad, pengangguran yang
tinggi dan lepasan Pusat Pengajian Tinggi yang ramai tapi menganggur
kerana kurangnya peluang pekerjaan ditawarkan di Kelantan,
membimbangkan kita semua termasuk ibu bapa," katanya.

Beliau berkata Umno merangka pelan pembangunan yang seiring dengan
pembangunan fizikal agar Kelantan berada "duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi" dengan negeri lain.//Bernama

__._,_.___


SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia

Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke