12 masjid Parlimen Jeli dibaiki, naik taraf Oleh Mohamed Sahidi Yusof
JELI: Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan lebih RM2 juta bagi melaksanakan projek membina dan membaik pulih 12 masjid dalam kawasan Parlimen Jeli akhir tahun ini. Sebahagian besar peruntukan itu digunakan bagi pembinaan masjid baru Kampung Seberang Jeli serta menaik taraf masjid bandar Jeli dengan membabitkan kos masing-masing setengah juta ringgit. Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed, berkata masjid lain yang akan dibaik pulih termasuk masjid Kampung Lubok Bongor yang menelan belanja RM150,000; masjid Ayer Lanas (RM120,000); masjid Jedok (RM100,000) dan RM50,000 bagi masjid Kubur Datu, Ayer Chanal, Lawang serta Belimbing. Beliau berkata, setakat ini pelaksanaan projek masjid berkenaan berjalan lancar kecuali pembinaan masjid Seberang Jeli yang dijangka dapat dimulakan awal tahun depan. "Kebanyakan projek yang akan dilaksanakan membabitkan kerja mengubah suai dan menambah struktur termasuk pembinaan pagar, tandas, mengganti bumbung serta mengecat semula bangunan masjid. "Kami akan memastikan kontraktor yang melaksanakan projek berkenaan dapat menyiapkannya selewat-lewatnya akhir tahun ini," katanya selepas menyerahkan peruntukan tambahan RM10,000 bagi kerja mengecat pagar masjid Kampung Jakar, dekat sini, baru-baru ini. Mustapa berkata, pembangunan agama dan dakwah turut menjadi agenda utama dalam usaha membawa Jeli menjadi bandar yang membangun menjelang 2010. Sehubungan itu, katanya, sejumlah peruntukan besar akan terus disalurkan dalam bidang berkenaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). "Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Pusat untuk meningkatkan syiar Islam selaras dengan matlamat ke arah pembinaan tamadun masyarakat yang maju dalam pelbagai bidang. "Selaras dengan itu, rakyat harus menyokong segala usaha membawa perubahan menjadikan Jeli maju dalam tempoh kira-kira tiga tahun akan datang," katanya.//BHarian 31 Okt Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/