KOTA BHARU, 15 Dis – Lebih 2,000 peserta luar Kelantan akan menyertai 
Larian Amal Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) 2006 yang bakal 
diadakan di sini pada 24 Disember ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, 
Abdul Fattah Mahmood berkata, larian amal itu akan bermula jam 7.30 
pagi di Padang Perdana, dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik 
Abdul Aziz Nik Mat. 

Jarak larian ditetapkan kira-kira lima kilometer bermula di Padang 
Perdana. 

Bercakap pada sidang media semalam katanya, syarat penyertaan ialah 
lelaki sahaja yang berumur 12 tahun ke atas. 

Antara jalan-jalan yang terlibat iaitu Jalan Mahmood, Jalan Hospital, 
Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Dusun Muda dan 
Jalan Bayam. 

Abdul Fattah juga berkata, 5,000 peserta pertama akan diberi `t-
shirt' percuma. Borang penyertaan larian amal itu boleh didapati di 
akhbar Kosmo atau Jabatan Perhubungan Awam MPKB-BRI. 

Cabutan nombor bertuah juga diadakan dengan tawaran hadiah-hadiah 
menarik antaranya 10 keping baucer penginapan di hotel-hotel 
terkemuka di Kota Bharu, tiga tv berwarna 29 inci, 10 mesin basuh, 10 
pemain DVD, 10 kipas angin, lima basikal dan 100 hamper. 

Fattah juga berkata, acara berkenaan bukan berkonsep pertandingan 
semata-mata sebaliknya simbolik kepada sokongan warga kota. 

Beliau berharap larian berkenaan berjalan lancar biarpun sekarang 
musim tengkujuh di Pantai Timur. Turut hadir pada sidang media itu 
Yang Dipertua MPKB-BRI, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman.//Hrkh
 


Kirim email ke