KOTA BAHRU, 23 Mei - Benarkah Kelantan meminggirkan kegiatan
kebudayaan, sehingga Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
terpaksa memartabatkan seni budaya di negeri ini.
Namun, anggapan itu sebenarnya jauh meleset apabila kerajaan negeri
sentiasa memastikan seni budaya itu terus berkembang selagi
kegiatannya tidak bercanggah dengan landasan agama.

Selain itu ada juga persatuan kesenian yang turut disalur bantuan
modal. Antaranya, Koperasi Dikir Barat Kelantan Berhad (KDBKB)
mendapat bantuan bagi mempergiatkan lagi aktiviti dikir barat di
negeri ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terus
mengulangi kenyataannya sambil berkata, kerajaan Kelantan tidak
pernah menutup persembahan dikir barat, sebaliknya membaiki selaras
dengan kehendak Islam.

"Kita ubah sikit khususnya pada liriknya untuk mendekatkan diri
dengan Allah. Oleh itu, kita tetap memberi perhatian seperti memberi
bantuan modal kepada koperasi dikir barat," ujarnya ketika merasmikan
Majlis Makan Malam dan Penganugerahan Tokoh Dikir Barat 2006, di
sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Sebelum ini kerajaan negeri memberi bantuan modal sebanyak RM25,000 
untuk menubuhkan koperasi berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan
Masyarakat, Dato' Anuar Tan Abdullah berkata, pendikir di negeri ini
boleh mengenengahkan unsur-unsur positif dalam persembahan dikir
barat.

"Kita galakan kegiatan seni seperti dikir barat berteraskan Islam.
Oleh itu, diharap seni ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat
dengan lirik-lirik yang menyeru mengingati kebesaran Allah," katanya.

Beliau juga berharap, Kelantan dikenali sebagai Kota Budaya yang
berteraskan kepada agama Islam.

Sementara itu, Pengerusi KDBKB, Zulkepli Mohamad berkata, koperasi
itu ditubuhkan hampir setahun lalu dan mendapat sokongan padu
daripada penggerak dikir barat dan seni budaya di negeri ini.

Katanya juga, seramai 200 ahli mendapat dividen sebanyak RM100 setiap
seorang daripada keuntungan koperasi.

Pada majlis pengnugerahan itu, seramai tujuh penggiat seni dikir
barat diberi penghoramatan iaitu Jusoh Kelong, Daud Bukit Abal dan
Pak Nik Lah Tok Deh dianugerah Tokoh Dikir Barat 2006.

Manakala Megat Nordin dinobatkan sebagai Tok Jogho Popular 2006 dan
Cikgu Sulizi mendapat anugerah Tukang Karut Popular 2006. Mail Anak
Kala dan Mamat Keretapi pula dinobat sebagai Tok Jogho dan Tukang
Karut Berpotensi Popular.//hrkh









YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke