AKSB mahu butiran penuh pengadu

SAYA merujuk aduan daripada Nurhidayu dari Peringat, Kelantan yang 
mendakwa air paip di Taman Desa Peringat berkeladak.

Kami sudah membaca aduan itu malangnya kami memerlukan butiran seperti 
nama, alamat dan nombor telefon pengadu untuk memudahkan tindakan 
segera diambil seterusnya menyelesaikan masalah air di kawasan taman 
perumahannya.

Saya harap pengadu dapat menghubungi pejabat kami melalui talian 
097472288 untuk tindakan selanjutnya.

HAZWAN HASSAN,
Eksekutif Pusat Perkhidmatan 
Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd 
(AKSB).


Kirim email ke