Kota Bharu, 22 Jan - Rombongan misi bantuan banjir ke Johor dari 
Briged Amal Kerajaan Negeri Kelantan diarah keluar dari Kota Tinggi 
semalam oleh pihak Pejabat Daerah Kota Tinggi.

Menurut maklumat yang diterima oleh unit berita PAS Kelantan dari PAS 
Johor dan wakil TV PAS yang turut menyertai misi tersebut melaporkan 
bahawa rombongan telah bertemu secara tidak sengaja dengan Menteri 
Luar, Dato' Seri Syed Hamid Albar dan Menteri Pertanian & Industri 
Asas Tani, Tan Sri Muhyidin Yasin di Kota Tinggi. 
Pada hari Sabtu, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah memaklumkan kepada 
ketua rombongan, Yuganu Yunus meminta agar rombongan misi Kerajaan 
Kelantan keluar dari Kota Tinggi dengan segera. 

Difahamkan bahawa tindakan tersebut dibuat atas arahan pihak atasan 
yang ada kaitan dengan Menteri Luar Negeri yang juga Ahli Parlimen 
Kota Tinggi. 

Tindakan ini begitu dikesali kerana di saat rakyat Johor memerlukan 
bantuan dan menghadapi musibah besar, UMNO masih cuba untuk 
mempolitikkan isu banjir dan menyekat bantuan banjir daripada 
Kerajaan Kelantan. 

Inilah sikap UMNO yang sebenar, lebih rela rakyatnya mati dan merana, 
takut kepada bayang-bayang sendiri dan takut rakyatnya beralih 
sokongan kepada PAS. 

Tindakan ini jelas cuba menidakkan sistem demokrasi dan hak 
menentukan pilihan sendiri di kalangan rakyat Johor serta cuba 
menafikan hak rakyat Johor daripada mendapat bantuan. 
 
 


Kirim email ke