KUALA LUMPUR 19 Julai – Kementerian Pengajian Tinggi memutuskan untuk 
memilih Bachok sebagai lokasi pembinaan kampus utama universiti awam 
Kelantan manakala Jeli pula sebagai lokasi kampus cawangannya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, sebagai 
permulaan, kumpulan pelajar pertama yang akan diambil bermula sesi 
pengajian Julai 2007/2008, ditempatkan di Institut Pendidikan Guru 
Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

"Sebanyak 500 pelajar kumpulan pertama akan ditempatkan di sana 
sementara menunggu kedua-dua kampus universiti itu siap,'' katanya 
dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, nama bagi universiti itu masih belum ditetapkan 
dan beberapa nama sedang dipertimbangkan oleh pihak kementerian.

Dalam pada itu, katanya, KPT telah menubuhkan sebuah jawatankuasa 
carian bagi mencari calon-calon sesuai untuk menyandang jawatan Naib 
Canselor universiti berkenaan.

Diumumkan

Mustapa memberitahu, nama Naib Canselor universiti itu dijangka 
diumumkan September depan bersama tenaga penggerak lain agar segala 
persiapan dapat dibuat dengan rapi.

Universiti itu kelak, katanya, berteraskan kekuatan perniagaan, 
keusahawanan, industri kecil dan sederhana, nilai-nilai Islam dan 
kemahiran bahasa asing.

Ujarnya, program yang bakal ditawarkan akan diperinci oleh pakar-
pakar akademik sebelum ditawarkan kepada pelajar.

"Butir-butir terperinci program dan kursus ditawarkan akan 
dimuktamadkan oleh Naib Canselor,'' katanya.

Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri, 
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac lalu dan mendapat 
kelulusan Kabinet.//Utusan






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke