Alhamdulillah...

Rupanya kembali bertaut kenangan lama setelah dipaparkan 'rindu itu sudah 
berlalu'...bermacam kisah pahit manis dipaparkan sekadar kenangan lalu, namun 
segalanya pasti mempunyai memori yang tersendiri dan insyaAllah gamitan memori 
daripada 'rindu itu sudah berlalu' akan menjadi suatu paparan yang penuh dengan 
nilai-nilai sentimental hasil daripada sentuhan kreatif para penulis yang 
melalui pengalaman tersebut khususnya. 

 

Saya pun demikian, tak lama di C4 masa tu tahun 1975 - 1977. Saya berada di 
Tktn. 1 (belajar di SMKB, Kota Bharu) dan sudah semestinya sinonim dengan bas 
No. 19 (KB - Tumpat) & bas No. 27 (KB - Pkln. Kubor). Alhamdulillah ada 2 buah 
bas untuk kemudahan kita di C4, masa balik sekoah dari KB krn belajar pada sesi 
petang saya selalu sahaja dapat 'last bus' (biasanya 7.00 @ 7.30 ptg dari KB). 
Sesungguhnya C4 banyak meninggalkan nostalgia pahit manis yang tidak terpapar 
dengan luahan kata-kata. Jauh dari itu disudut hati ini merasakan C4 telah 
banyak mengajar erti manusia dan kemanusiaan. Manakan tidak krn pengalaman 
belajar di Kota Bharu (bukan tak sudi) belajar di C4 namun keadaan menuntut utk 
terus belajar di KB. Saya mengikuti arwah ayah yang menjadi Wakil Rakyat di 
kawasan Simpangan dan kami bermastautin di C4 untuk berada di tengah2 kawasan 
pilihanraya untuk memudahkan rakyat bertandang bagi meluahkan segala 
permasalahan....(namun tidak ada yang kena pada diri seorang pemimpin - inilah 
fenomena biasa yang terpaksa diterima oleh seorang pemimpin). Mereka terpaksa 
menerima hakikatnya, disanjung dan dipuja apabila diperlukan dan dihentam serta 
difitnah apabila tidak diperlukan.

 

Kemuncak tinggal di C4, setelah berlakunya Pilihanraya Umum ke-5 (1978). Pada 
masa sebelumnya timbul krisis di antara BN-PAS di Kelantan sehingga memunculkan 
parti BERJASA yang dipimpin oleh YAB Mohamad Nasir. Rentetan peristiwa 
sebelumnya menunjukkan bahawa Kumpulan Geng 16 @ Geng 20 'memakan' balak (tidak 
dinafikan kebenarannya) namun saya sebagai seorang anak ADUN yang digolongkan 
dalam kumpulan tersebut (walaupun kami sekeluarga tak pernah merasai kemewahan 
sebagaimana yang difitnahkan) sehingga akhir usia ayahanda kami tidak mempunyai 
tanah pun untuk tapak rumuh dan rumah yang didiami atas tanah arwah datuk pun 
akhirnya dirobohkan sehingga ke hari ini ibu masih menumpang dengan anak-anak) 
namun kuasa Tuhan mengatasi segalanya, dalam keadaan demikian anak-anak (kami 
adik beradik) meneruskan perjuangan hidup dengan berbekalkan semangat dan 
iltizam yang tidak pernah pudar, akhirnya kami berada pada kedudukan 
masing-masing walaupun tidak senang lenang. Namun cukup untuk meneruskan 
sisa-sisa kehidupan yang bersifat sementara ini.

 

Kembali kepada peristiwa di C4, kemuncak kemarahan rakyat kepada pemimpin 
akhirnya rumah yang kami sewa di C4 (sekarang dah jadi klilnik swasta - lupa 
pula namanya) telah dikepung dan cuba dibakar oleh penduduk yang telah terhasut 
dengan dakwaan kononnya arwah ayah adalah seorang pemimpin yang tergolong ke 
dalam golongan yang disebutkan tadi. Alhamdulillah gerak geri Tuhan membawa 
kepada kami anak beranak berpindah dari rumah tersebut terlebih awal. Namun 
usaha 'perusuh' pada masa itu telah diredakan oleh 'ketua'2 mereka diperingkat 
tempatan...lalu mereka tidak jadi membakar rumah tersebut. Tetapi yang paling 
menyedihkan ialah segala barang-barang berharga telah habis dicuri oleh 
'perusuh'2 berkenaan termasuklah beberapa bilah senjata lama yang menjadi 
koleksi arwah ayah seperti keris, kelewang, lembing dll. Saya sebagai pewaris 
tidak akan menghalalkan perbuatan itu dan tunggulah kita akan berguam di 
Mahsyar, insyaAllah janji Tuhan adalah 'benar' dan 'nyata'. 

 

Mengambil pengajaran daripada apa yang telah dilalui itu maka kami anak beranak 
akan terus mendepani hidup ini dengan jalan dan liku yang pernah dialami oleh 
arwah ayah. Kami lebih terarah kepada bidang pendidikan dan saya merasakan 
lebih tenteram berada dalam zon ini walau pun tidak 100% menjanjikan 
keselesaan, namun saya akan terus memperhambakan diri untuk mendidik generasi 
pewaris bangsa agar menjadi seorang yang berguna untuk Alif, Ba, Ta.... (Agama, 
Bangsa dan Negara).

 

Ooopppsss....sy nak kena masuk mesyuarat pkl 11.00, mohon mengundurkan 
diri...dan untuk berkongsi pahit manis dengan Tuan Man akan saya coretkan 
nanti, insyaAllah. (untuk pengetahuan saya pun baru pulang dari Johor Bharu - 
menghadiri mesyuarat untuk merealisasikan perjuangan memartabatkan Bahasa 
Melayu di persada dunia. InsyaAllah jika diizinkan Allah SWT akan diadakan 
Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia di PERSADA Johor Bharu 
nanti pada 28-30 September 2009). Jemputlah datang beramai-ramai. Maklumat 
lanjut boleh dilihat melalui:

http://peabad2009.synthasite.com/

http://apm.um.edu.my/

http://upsi.edu.my/

http://ywj.gov.my/

http://dbp.my/

 

Sekian,

Saiful, APM,UM.


 


To: Pesisir@yahoogroups.com
From: merpatiputih...@yahoo.com
Date: Sun, 19 Jul 2009 09:13:58 +0800
Subject: Re: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu

  





Saya tak lama di cbg 4. Cuma mak orang asal Anal. Banyak kisah manis lalu yang 
diceritakannya kepada kami. Saya sendiri pindah dari KL ke Anal tahun 1998. 
Sekolah agama di Pasir Pekan. Masa tu bas pertama di cbg 4 pukul 6.40 pg (bas 
no 19). Bas kedua pukul 7.00. Kalu naik bas kedua, tok de nak sampai sekolah 
sebelum jam 7.20 macam dalam peraturan. Nak tak nak kena kejar bas pukul 6.40. 
Lepas subuh terus turun dari rumah. Sebab takut nak lalu bendang sorang- 
sorang, berpakat dengan Rozi anak Pok Jak drebar bas (Kg Anal). Masa tu dia di 
Falahiah.Sama- sama naik motor. Tumpang letak motor kat kedai gunting rambut 
tepi jalan tu. Pah tu jalan gi tunggu bas. Lo ni kalau lalu di cbg 4 atau 
tengok bas no 19 atau 27, teringat zaman tu. Tahun 1998 tahun perjuangan, tapi 
terbayar dengan kecemerlangan dalam SPM. Sekarang Rozi anak Pok Jak dah 
bergelar Dr Rozi. Saya cuma guru biasa yang tercampak di pedalaman felda. 
Walaupun tak lama di cbg 4, bila diimbas kenangan lalu di sana, saya rindukan 
tempat tu. Teringat cerita- cerita mak, dan pengalaman yang sedikit di sana.





Daripada: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo.com>
Kepada: Pesisir@yahoogroups.com
Dihantar: Sabtu, 18 Julai, 2009 5:46:59
Subjek: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu

  





Pembetulan: Bukan paip 7, tapi Paip enam. Hahaha. silap sebut. Lama ak jalan2 
kat situ. dulu tiap2 petang bawa anak jalan2 tengok anak ikan melompat sambar 
umpan. Tengol arwah Palcu Kodir heret lembu dan Pok Win sulat anak padi. Sekali 
sekala, ralek tengok mokcik joh bawa baung umpan anak ayam hidup. Katanya, nak 
tangkap ibu haruan. 

--- Pada Sab, 18/7/09, hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com> menulis:


Daripada: hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com>
Subjek: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu
Kepada: pesi...@yahoogroups .com
Tarikh: Sabtu, 18 Julai, 2009, 11:44 AM


  





sdr.. manzaidi seorang yang baik.  saya mengenalinya sejak dia berada dalam 
pesisir.  kerana kebaikkannya kami mukimkan dia dalam mukim pesisir.  banyak 
jasa dia pada cbg 4 dan tumpat amnya.

dalam SH dia banyak tolong kami  9stringer).  sayang, orang baik tak kekal lama 
di sesuatau tempat.  masa dia edisi kel.  banyak dia bantu kami, kemudian 
beralih ke sgor dan utara.  apa pun budi dna jasa tetap di kenang.

masa  d radio KADA banyak dia siarkan cerpen saya.  dalam bidang surat khabar 
(berita) dia juga beri ruang saya supaya jadi stringer kosmo.  tapi saya 
sayangkan SH.  saya sama jadi dengan SH tapi akhirnya dia menjadi warfga SH.

apa pun masa dan rindu itu sudah lama berlalu.  bila sebut paip 7 ada kenangan 
d situ.  sebenanrya bukan paip 7 D, kalbok 7.  apa pun terima kasih kerana 
menjadi warga tumpat meskipun saya terpaksa tinggalkan daerah kelahiran saya 
dan menjadi warga TM.

JATI DIRI AYA TIDAK BERUBAH KERANA TANAH KELAHIRAN SAYA HANYA SATU SAHAJA DALAM 
DUNIA INI.  

--- On Sat, 7/18/09, Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com> wrote:


From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com>
Subject: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu
To: pesi...@yahoogroups .com
Date: Saturday, July 18, 2009, 10:54 AM


  






Tak mengapa, mungkin kerana sy tidak berapa masehur makanya sy tidak dikenali 
di cbg empat. Sy mula jadi warga cbg empat ni sejak 1982, ketika itu berkenalan 
rapat dgn sdri Wilai Ah Jok. Krn dialah sy mengenali cbg empat yang saling tak 
tumpah mcm pekan koboi. Dari situlah berputiknya sy utk berjinak dgn pesisir 
dan tak sangka tahun 1989 bertemu jodoh dgn org Kg Talak, cbg empat (sbb Tuan 
Ipul ada sebut nama Kg Talak lah membangkitkan semangat sy utk turut sama 
mengakui org cbg empat. Hahaha.
 
Skg ni pun, masa tulis coretan ini sy di cbg empat. Pusat internet. Baru sampai 
dari Shah Alam kul 6 pagi tadi. Solat Subuh, tidur sekejap. Kemudian anak 
sulung yg belajar di UiTM Dungun (kebetulan balik cuti dua hari) kejutkan minta 
hantarnya ke stesen bas KB. Dari situ, lepas htrnya, on the way balik Kg Talak, 
sy singgah di pusat internet. Kebetulan, esok sy kena isikan pojok Yeop utk 
page Sinar Harian Edisi Perak, makanya sy ambil kesempatan di pusat ini utk 
siapkan pojok dan coret kenangan ini kat sini. Maaf ye Tuan Ipul.
 
Nak cerita pasal kenangan kat cbg empat ni mmg banyak. Tak tertulis. Cuma sy 
dpt nyatakan tajuk utama atau tajuk penting sy kenangan pahit manis sepanjang 
menjadi warga cbg empat.
 
1. Bekas YB ADUN Wakaf Bharu, Ramli Abu Bakar - Umum dalam ceramah politiknya 
di pekarangan Masjid Kg Talak mendakwa sy ni kafir. (Sbb kebetulan dua hari 
sebelum dia ceramah, sy bawa Datuk Ibrahim Ali ke rumah utk bertemu penduduk. - 
Sebenarnya tujuan sy bawa Datuk Ibrahim Ali ke situ kerana nak peruntukan bina 
surau, jalan tar ke Tanah Perkuburan Kg Talak dan pagar sekeliling tanah 
perkuburan itu - Alhamdulillah, semua yg sy minta, dapat. Kalau Tuan Ipul 
singgah di Cbg Empat, Tuan Ipul dpt tengok surau konkrit sebelah Ayu Fesyen, 
jalan ke tanah kubur yang bertar dan tanah kubur yang sudah dipagari).
 
2. Di marahi anak Allahyarham Abe Awang (bekas tentera) krn sy terbitkan 
artikel Cbg Empat saling tak tumpah mcm pekan koboi. Tiga artikel sy mainkan. 
Akhirnya dalam tempoh enam bulan, JKR dan MDT perbesarkan jalan simpang empat 
dan sediakan lampu isyarat. Kemudian syarikat Telekom sediakan kemudahan talian 
internet.. Akhirnya anak Allahyarham Abe Awang vs Makcik Yam  dapat buka pusat 
internet. Dulu tak boleh buka. Mohon talian telefon rumah pun kena tunggu satu 
atau dua tahun baru dapat. (Talian ke rumah saya sendiri kena tunggu tiga 
tahun).
 
3. Kebetulan bekas DO Tumpat, Datuk Mohammad Jamil adalah kawan rapat sy, 
makanya saya gunakan kesempatan itu minta dia benarkan penduduk Kg Talak jual 
buah-buahan tepi jalan dan dia tanam pokok (lupa nama pokok) sepanjang jalan. 
Pokok itu skg dah besar tinggi dan jadi tempat berteduh musafir serta penduduk 
yang jual buah-buahan (Tuan Ipul) boleh tengok fenomena ini berhampiran bendang 
Paip 7.
 
4. Sekolah Kebangsaan Chabang Empat dulu bangunannya kayu yang reput dan buruk. 
Cikgu Besarnya, Abe Wil (bukan Ayah Wil Pengerusi Pesisir), benarkan sy 
dedahkan keuzuran bangunan sekolah itu dgn syarat cerita sy itu 'seperti tidak 
diketahui Guru Besar'. Lepas keluar artikel itu, kementerian lulus sejumlah 
peruntukan dan bina bangunan baru tiga tingkat. Saya jadi tetamu kehormat oleh 
pengurusan sekolah pada majlis perasmian bangunan sekolah itu. (Skg ni kalau 
tak silap cikgu Wil dah tukar ke SK Morak).
 
5. Bendang Paip 7 yang dulunya terbiar... Sy dedahkan dan kondem agensi 
pertanian, Kada. Sy kritik agensi itu. Akhirnya PPK (Pertubuhan Peladang 
Kawasan) Bunga Raya ambil inisiatif sediakan subsidi kepada petani dan tanah 
sawah itu diusahakan. Skg kembali terbiar. Sedihnya...
 
Itulah dulu kenangan pahit manis sy di cbg empat sepanjang hampir atau lebih 20 
tahun.

--- Pada Sab, 18/7/09, Muhammad Saiful Haq Hussin <ipu...@hotmail. com> menulis:


Daripada: Muhammad Saiful Haq Hussin <ipu...@hotmail. com>
Subjek: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu
Kepada: "pesisir ediramle" <pesi...@yahoogroups .com>
Tarikh: Sabtu, 18 Julai, 2009, 1:02 AM


  

O ye ke? maaf banyak2 Tuan Man....mungkin sy tak ada maklumat sebelum 
ini,,,,kalau macam tu, sila lah Tuan Man celotehkan sedikit sebanyak ttg c4 
walau pun sebagai musafir kelana di sana?
 


To: pesi...@yahoogroups .com
From: manzai...@yahoo. com
Date: Fri, 17 Jul 2009 21:04:40 +0800
Subject: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu

  






Saya oun Tuan Ipul, ore cabe pat jugok. ore kg talok (bini la).

--- Pada Rab, 15/7/09, Muhammad Saiful Haq Hussin <ipu...@hotmail. com> menulis:


Daripada: Muhammad Saiful Haq Hussin <ipu...@hotmail. com>
Subjek: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu
Kepada: "pesisir ediramle" <pesi...@yahoogroups .com>
Tarikh: Rabu, 15 Julai, 2009, 9:07 AM




terbangkit jua kenangan silam setelah dinostalgiakan oleh saudara hashim latif, 
"rindu yang berlalu" berjaya menggamitkan kenangan silam yang barangkali 
mungkin antara kita ada persamaan tempoh masa yang dilalui bersama....kenangan 
di pekana cabang 4 bukan sahaja mengimbau kenangan lalu namun. 
 
Ya, pada masa itu 1960-an & 70-an adalah sisa-sisa masa yang begitu 
menyeronokkan. ..mendayung di tali air kg talak, cari anok ka'reng bulat (bende 
padi), bidah burung di kg puyok dan mengambil buah-buahan spt pauh, mokte dll 
yang di'pacar' tapi ternyata zaman remaja tak reti takut itu semua kan? lepas 
cedong atau 'buat padi' remaja, teruna, tua muda, kecik besar, tino 
jate...berduyun duyun menyaksikan roye kulit n dikir barat dale baroh padi di 
belake sekolah arab. selain kedai keling jual rojak n roti canai dan kedai eh 
hung hak jual bare runcit (penuh dengan penipuan) itu ada lagi rasanya kedai 
nasik berlauk rata riti dale pada tu jugak ada lagi nama-nama hak sinonim denge 
cabe 4 tu sediri serupo, mejo awe,abe sin janggut (tok wakil) kawase simpenge, 
tok gawo mat nor jal, tok ngulu mat dll...
 
...dan hari ini nama-nama dari cabe 4 telah tersebar keluar yang diwakili oleh 
asmui, hashim latiff, azli lee dan banyak lagi hak mungkin sy pun tak terhitung 
dan terlepas pandang.
 

 


To: pesi...@yahoogroups .com
From: hazafl17570@ yahoo.com
Date: Tue, 14 Jul 2009 13:29:35 -0700
Subject: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu










bangun pukul 3.30 pagi.  buka laptop.  kembali menulis seperti biasa.  kisah 
lama hadir dalam ingatan.  saat berada di daerah kelahiran.  terkenangkan kisah 
zaman persekolahan.  kisah mencedung padi di bendang kampung anal.  bidah 
burung di banggol beta.  makan buah cenerai.  mencari buah kerian.  menjaja 
nasi kerabu.  seronok.  

makan jemput malas di warung pak la chabang empat.  ada kenangan selepas makan 
jemput itu.  tanya asmuin dan shafie.  makan rojak di kedai jaki.  macam-macam 
ada.  pekan chabang empat kebanggaan kami.  biarpun hanyalah sebuah pekan kecil 
yang serba kekurangan (cuma ada kedai roti canai mamat keling dan kedai runcit 
eh huang) namun kami tetap bangga dan itulah pekan terbaik buat kami ketika itu 
(tahun 60an) 

terjun sungai jal.  mandi air parit selepas cari siput.  dinasihatkan pasukan 
polis kerana mengambil upah menampal postal dan cogan pati musim pilihanraya.  
belajar betulkan percakapan bahasa inggeris dengan pelancong yang melawat 
sleeping buddha.  macam-macam.  pendek kata tersenyum sendirian mengenangkan 
saat itu.  sesekali mengalir air mata teringatkan kepayahan bersekolah.  apa 
pun masa itu sudah berlalu.  rindu itu sudah jauh.  

cita-cita nak masuk maktab tentera.  tidak kesampaian.  nak jadi pegawai polis. 
 pun tidak tercapai cita-cita itu.  apa pun, kalau tidak dapat jadi orang hebat 
atau anak raja atau pemimpin sesiapa sahaja, jadilah penulis.  alhamdulillah.  
rindu itu sudah berlalu.  jadilah penulis, asalkan penulis yang terbaik.        
 

rakan-rakan tentu ada kisah menarik.  jom!  hilangkan boring dari kekangan 
kerja.  sama-sama masuk ke dalam rumah rindu itu sudah lam berlalu.  kalaupun 
karya itu bukan untuk dirterbitkan kepada umum, biarlah ianya dihidangkan 
kepada penulis pesisir, setidak-tidaknya group akan membaca dan tersenyum 
sendirian.  






Chat online and in real-time with friends and family! Windows Live Messenger 


Dapatkan alamat E-mel baru anda! 
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya! 





See all the ways you can stay connected to friends and family 



Dapatkan alamat E-mel baru anda! 
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!





Sertai keseronokan di Yahoo! Messenger dengan semua rakan anda
Hanya tambah mereka dari e-mel atau rangkaian sosial anda hari ini!




Nama E-mel baru untuk anda! 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!








_________________________________________________________________
What can you do with the new Windows Live? Find out
http://www.microsoft.com/windows/windowslive/default.aspx

Kirim email ke