http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm


Media Indonesia boikot KPK

JAKARTA 5 Feb. - Sekumpulan wartawan yang ditugaskan membuat liputan tentang 
Komisi Pembanterasan Rasuah (KPK), mengambil keputusan memboikot badan 
antirasuah itu berikutan tindakannya menyediakan laluan alternatif kepada 
individu berpengaruh yang dipanggil KPK dan mahu mengelak daripada media.

Wartawan hari ini enggan menghadiri satu sidang akhbar yang diadakan oleh 
Timbalan Pengerusi KPK, M. Jasin.

"Kami akan terus memboikot sehingga KPK menutup laluan masuk alternatif itu," 
kata seorang wartawan seperti yang dipetik tempointeraktif.com.

Dalam insiden terbaru, KPK menyediakan laluan alternatif kepada penggubal 
undang-undang Parti Demokratik, Amrun Daulay dan bekas ketua risikan di Pejabat 
Peguam Negara, Wisnu Subroto, ketika mereka diarahkan ke KPK sebagai saksi 
dalam kes rasuah berasingan semalam. -AGENSI

Seorang lagi Timbalan Pengerusi KPK, Bibit Samad Rianto dalam satu kenyataan 
berkata, KPK telah menyediakan satu pintu keluar daripada ibu pejabat KPK bagi 
mana-mana individu yang mahu mengelak daripada liputan media.

Wartawan menyifatkan, polisi itu telah menafikan hak rakyat dalam mendapatkan 
maklumat, terutamanya berhubung kerugian wang rakyat daripada kes-kes rasuah 
terlibat. - AGENSI


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke