Mengapa Doa Tidak Dikabulkan

--------------------------------------------------------------------------------

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah,
telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang
bertanya: "Ya Aba Ishak ! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah
kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami ?"
Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan
sepuluh perkara:

  • Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
  • Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  • Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
  • Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  • Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
  • Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
  • Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.

 
 
 

Kirim email ke