Wa'laikum salam wa rahmatullahi wa barakaatuhu,

tarimo kasih sanak Chaniago atas saran2 ko sarato mak Sati, mak Aziz, sanak
Riri, sanak Muhammad Syahreza, sanak Darul, sanak Novend, sanak Ahmad Riza.
Ambo mohon maaf kalau ambo indak mamanggia gala sanak sadonyo. Walaupun kito
alun panah batamu didarek, namun di dunia maya ko rasonyo ambo alah kenal jo
mamak2, dunsanak2, uni2, uda2 jo  adiak2 sadonyo. InshaAllah kalau ambo
pulang kampuang summer nantik ko, ambo usahokan untuak batamu jo niniak
mamak disitu. Nan ambo inginkan adolah untuak yad supayo kaluarga tsb diajak
barundianglah dulu kalau pekarangan balakang rumahnyo kadipakai untuak
baburu. Tapi satahu ambo indak ado kandiak dibalakang rumah tu doh, walaupun
parnah dulu kecek urang2 disitu ado nampak saikua, tapi kan ko ndak bisa
dijadikan ukuran bhw tampek tu banyak kandiaknyo. Disampiang tu tantu urang
nan punyo rumah nan tahu kalau memang disitu banyak kandiaknyo, dan salamo
ko kaluarga tu ndak parnah komplain doh tantang kandiak disitu. Akhirnyo
manuruik ambo aktifitas PBB tu kan ndak masuak diaka tuh baburu dibalakang
rumah urang nan indak ado kandiaknyo, kalaupun ado mungkin ciek atau duo
ikua kandiak disitu. Akan tetapi apokah untuak mambunuh duo ikuak kandiak
mambutuahkan banyak urang????? dan nyatonyo marusak pakarangan urang tu
malah, bukan magiah manfaat ka kaluarga tu. Kato urang barat pulo: It
doesn't make any sense karajo jadinyo.

Kaduo nan kaambo sampaikan nanti InshaAllah jo niniak mamak disitu adolah
kalau masyarakaik disitu diinformasikan jauah2 hari, diajak barundiang
tantang aktifitas pbb ko, jadwal2 bilo kadiadokan, ditampek ma, dlsbgnyo,
supayo masyarakaik ikuik pulo mambantu palaksanaannyo  dengan jalan maagiah
aia minumlah sapanjang ndak malanggar tatertib tadi tu. Apolagi kito urang
Islam harus hati2 jo aia liur anjiang, baitu juo jo babi, nan alah jaleh
kaharamannyo, kalau anjiangnyo dimandikan dikolam rumah urang, tantu iko
ndak bisa ditolerir kan.

Ambo badoa sajo ka Allah SWT samoga urang2 nan talibat dalam perusakan rumah
keluarga tsb ditunjuki kajalan nan luruih satiok saat inyo ndak malakukan
kagiatan pbb tu dima sajo. Dan semoga Allah SWT sanantiasa melindungi
keluarga tsb dan diberi ketenangan dalam dalam hidup handaknyo. Amiin. Ambo
ndak malarang aktifitas tuh doh, Kagiatan pbb itu baiak disampiang salah
satu kegiatan olah raga juo dlm rangka utk mambunuah kandiak nan ka marusak
hasil ladang masyarakaik  disitu, tapi iyo handaknyo mamatuhi aturan2lah
sarato Adab2 baburu. Supayo kedamaian salalu terjaga satiok saat. Amiin

Untuak maakhiri topik ko, dibawah ko ambo copykan satu artikel tentang "Hak
Azazi Manusia dalam Islam" nan ado hubungannyo jo topik nan kito bahas
diateh, Insha Allah


Wassalam

Aswita

======================
 Hak Asasi Manusia Dijamin Oleh  Islam
   Khutbah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam haji terakhir
(Hajji Wada`) pada tahun 10H. di hadapan lebih kurang sejuta umat Islam
sering kali dirujuk sebagai khutbah paling bermakna dan terpenting. Ia cukup
penting kerana disampaikan pada penutup risalah Rasulullah SAW dan sarat
berisi wasiat berhubung dengan hubungan manusia dengan Tuhan Maha Pencipta
dan hubungannya dengan sesama manusia (*Hablun minnaallahi wa hablun
minannaasi)*
 Menyentuh tentang hubungan dengan Allah SWT ** Rasulullah SAW menegaskan
keesaan dan ketaqwaan kepada-Nya sementara hubungan dengan manusia pula,
antara lain, Rasulullah SAW menekankan hak dan kedudukan wanita sebagai
amanah selain penghapusan amalan riba daripada masyarakat Islam. Bahkan sama
pentingnya juga, Rasulullah SAW mengungkap kesucian jiwa, kehormatan diri
dan maruah dan keselamatan harta, iaitu, "Sesungguhnya darah kamu, harta
kamu dan kehormatan kamu adalah suci sebagaimana sucinya hari kamu ini, pada
bulan kamu ini (Zulhijjah) dan di negeri kamu ini (Makkah)...."

Penegasan Nabi Muhammad s.a.w. ini dikatakan merupakan pernyataan terulung
berkenaan dengan hak asasi manusia yang berasaskan maqasid al-syari`ah.
Lebih khusus lagi, jika dilihat dari segi pentadbiran kemasyarakatan dan
pelaksanaan tatacara keadilan, Baginda telah juga meletakkan asas bagi sikap
berhati-hati atau berjaga-jaga dan mengelakkan darar (kerosakan) daripada
menimpa orang lain. Darar ini misalnya boleh ditafsirkan sebagai merujuk
kepada kemudaratan atau kecelakaan yang menimpa seseorang dan menyebabkannya
mengalami kerugian sama ada dari segi kewangan, kesusutan nilai atau
faedahnya. Selain, kewangan, darar juga boleh menimpa tubuh badan seperti
mengakibatkan kecederaan dan kehilangan manfaat tubuh badan.

Setiap individu bertanggungjawab untuk berhati-hati bagi mengelakkan
berlakunya kecelakaan atau kemudaratan terhadap orang lain, sama ada secara
sengaja mahupun tidak, atau secara langsung atau melalui perantaraan. Ini
berdasarkan keterangan dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa`id
al-Khudri, Ibn `Abbas dan `Ubadah ibn Samit r.a. bahawa Nabi s.a.w.
bersabda, maksudnya, "Janganlah kamu memudaratkan dan saling memudaratkan."
Hadith ini menjadi asas perundangan bagi larangan menggugat kepentingan dan
kedamaian dan ketenteraman hidup orang lain. Larangan dalam Hadith ini
membawa maksud perbuatan memudaratkan atau menyusahkan orang lain adalah
haram. Begitu juga dengan perbuatan saling balas-membalas kemudaratan antara
satu sama lain.

Kewajipan berjaga-jaga atau berhati-hati banyak disebut dalam kitab-kitab
fiqh melalui pelbagai contoh tentang kehidupan harian. Contoh yang paling
kerap dikemukakan ialah berkaitan dengan penggunaan jalan raya. Dalam
konteks berhati-hati di jalan raya, al-Sarakhsi misalnya menjelaskan, iaitu
"Adalah menjadi hak bagi setiap individu untuk menggunakan jalan raya dan
hak bersama ini boleh diguna pakai oleh semua orang dengan syarat (mereka)
mengutamakan keselamatan. Ini kerana, hak itu boleh dilaksanakan oleh semua
pihak dan (tindakan) mengelakkan kemudaratan daripada menimpa orang lain
adalah wajib."

Penggunaan jalan raya secara tidak wajar seperti menjadikannya tempat
berlomba atau menonton perlombaan haram dianggap sebagai perbuatan
menyalahgunakan kegunaan jalan raya. Ini diistilahkan sebagai ta`adi, iaitu
perbuatan melampau yang tidak harus atau tidak dibenarkan oleh syarak.
Selain itu, al-Sarakhsi turut menjelaskan bahawa kewajipan berhati-hati
hanya tertakluk pada keadaan yang mampu dijaga dan dijangka. Oleh yang
demikian, sikap kurang berhati-hati sehingga berlaku kemalangan menjadi
unsur penentu kewujudan tanggungan sekiranya seseorang tidak berusaha
mengelakkan berlakunya sesuatu kemalangan, iaitu dalam keadaan sesuatu
kemalangan boleh dijangka akan berlaku.

Pada asasnya, pelanggaran terhadap kewajipan berjaga-jaga yang ditetapkan
memberi maksud bahawa seseorang telah bertindak secara cuai dalam keadaan ia
memiliki tanggungjawab - sama ada dari segi syarak atau juga berasaskan akad
- untuk melaksanakan sesuatu atau juga untuk tidak mengakibatkan sebarang
kerusakan atau kecederaan. Dengan yang demikian, kegagalan dalam
melaksanakan kewajipan yang ditetapkan atau kegagalan mengambil langkah
berjaga-jaga (kecuali) untuk mengelakkan berlakunya kerusakan akan
menyebabkan pelakunya dikenakan tanggungan (sivil dan jinayah).

Dalam suatu peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan `Umar r.a.,
seorang lelaki telah datang ke sebuah rumah dan meminta diberikan air tetapi
penghuni rumah itu enggan memberikannya sebarang minuman. Kemudian lelaki
tersebut meninggal dunia akibat dahaga. `Umar memerintahkan agar penghuni
rumah tersebut membayar diyat kerana menyebabkan kematian. Peristiwa ini
menunjukkan bahawa sesiapa yang mengabaikan urusan makan dan minum orang
yang berada di sekelilingnya yang berada dalam kesusahan, sedangkan ia mampu
berbuat demikian, maka ia mesti dipertanggungjawabkan kerana menjadi
penyebab bagi kematian mangsa. Menurut pengarang kitab Mu`in al-Hukkam, hal
yang sama turut terpakai terhadap seorang ibu, sekiranya ia meninggalkan
bayinya bersendirian tanpa penjagaan dan berlaku kemalangan seperti terjatuh
ke dalam api atau sebagainya, maka si ibu tetap boleh dipertanggungjawabkan
atas kemalangan tersebut.

Perlu ditekankan di sini bahawa memandangkan prinsip penentuan hukum Islam
lebih menekankan soal niat pelaku dalam menentukan tanggungan yang akan
dikenakan, maka adalah penting - dalam konteks pembuktian - untuk dipastikan
sama ada seseorang telah melakukan sesuatu perbuatan secara sengaja, tidak
sengaja, tersilap, cuai atau sebagainya. Implikasinya ialah walaupun kesan
perbuatannya sama, namun hukumannya berbeza. Selain itu, dalam konteks darar
(kerusakan), jelas bahawa tanggungan sivil dalam Islam berasaskan kerusakan
sebenarnya (actual damage) dan ia bertentangan dengan prinsip tanggungan
keras (strict liability) atau tanggungan tanpa sebab (liability without
fault) yang menjadi sebahagian daripada intipati undang-undang tort moden.

Ringkasnya dapat disimpulkan bahawa hak setiap individu untuk menikmati
kehidupan tenteram, sejahtera dan selamat (jiwa atau nyawa, kehormatan serta
harta), dijamin oleh dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam agama Islam.
Rujukan bagi dasar-dasar berkenaan pastinya terkandung dalam al-Qur'an serta
Hadith; dua sumber yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah
di Padang Arafah dalam haji terakhir Beliau itu sebagai panduan yang tidak
akan menyebabkan umat Islam tersesat selagi berpegang teguh pada
kedua-duanya.


On Nov 30, 2007 12:59 AM, Z Chaniago <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Assalamu'alaikum Ww
>
> Rangkayo Aswita...
>
> Untuak palapeh uweh-uweh cubo pendekatan baiko :
> Baok mamak tungganai untuak barundiang sudahtu baok ka Niniak-mamak dan
> wali nagari setempat  dan taruih cubo minta masukan ka Kapolsek
> setempat....., bukan untuak mangadu mambuek surek laporan, tetapi maliek dan
> mambari informasi....
> baraso ado event .... dek karano mungkin para 'pimpinan' awak tu mamakai
> prinsip " No news is good news "....
>
> Wassalam
>
> Z Chaniago - Palai Rinuak
>
>

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
Website: http://www.rantaunet.org 
=============================================================== 
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN: 
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply. 
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan 
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku. 
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
=============================================================== 
Berhenti, kirim email kosong ke: 
[EMAIL PROTECTED] 

Webmail Mailing List dan Konfigurasi teima email, lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe 
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di
https://www.google.com/accounts/NewAccount
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke