Assalamu alaikum warahmatulLahi wabarokatuh,

   

Saya ingin berbicara setakat untuk memudahkan fahaman sausra/i
keadaan politik semasa di Malaysia 
enam bulan kebelakangan ini. 

   

Pilihan raya tiga bulan dahulu, tiga gabungan partai politik
Chinese-based Democratic Action Party(DAP), Islamic Malay-based Partai Islam Se
Malaysia(PAS) dan political centrist Partai Keadialn Rakyat yang di pelopori
dan di asaskan oleh Saudara Anwar Ibrahim telah berjaya mendapat 82 kerusi
Parliman Malaysia dari jumlah 199 kerusi , dan sekali gus berjaya mengambil
alih pentadbiran empat negari yaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor
serta mempertahankan pentadbiran negeri Kelantan. 70% jumlah pelaburan asing
tertumpu di lima 
buah negeri ini. Ma’nanya jumlah terbesar GDP Malaysia boleh di tafsirkan dating
dari lima wilayah
negeri tadbiran Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim ini.

   

Semenjak peristiwa political tsunami tiga bulan lalu partai
yang memerintah, Barisan Nasional, telah 
tidak mampu mempertahankan two thirds majority rule di parlimen. Sdr.
Anwar terus menerus berkempen menyatakan bahwa beliau telah pun mendapat 
sekurang
kurannya 30 wakil rakyat dari barisan Nasional vrossing over ke Pakatan Rakyat.
Berdasarkan jaminan ini beliau terus berkempen dan memberitahu /(mendidik)  
rakyat yang pakatan Rakyat berhasrat mengambil
alih teraju pemerintahan pusat. Untuk mempusatkan perhatian rakyat secara
saikologi dan bersungguh sungguh memberi komitmen kepada rakyat beliau
mengumumkan tarikh peralihan kuasa akan berlaku pad 16 hb. September/hari
kemerdekaan Malaysia .
Pakatan Rakyat akan melakukan peralihan kuasa ini secara demokratis,
berdasarkan perlembagaan dan tidak akan menggangu atau menyusahkan rakyat
biasa. Teralihan kuasa ini akan begitu tertib dan penuh sofan. 

   

Langkah pertama politis beliau ialah memperkutakan barisan
Pakatan rakyat di peringkat negeri terutama di kelima lima negeri tadbiran 
Pakatan Rakyat. Keduanya
beliau menjadi wakil rakyat melalui pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Pulau
Pinang serentak itu menjadi Ketua Pembangkang/Mr. Parliamentary Opposition. 
Kawasan
Parlimen Permatang Pauh ialah kawasan Parlimen beliau sebelum di “terajang
kelaur” oleh Dr. Mahathir sepuluh tahun dahulu. Isteri beliau Doctor mata Wan
Azizah berjaya  mempertahankan kerusi
Anwar di Permatang Pauh. Dr. Wan Azizah meletakkan jawatan wakil rakyat
Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Sdr. Anwar secara resmi
memasuki kembali politik resmi.

   

Selama tiga bulan ini beliau telah dapat memberi keyakinan
kepada pelabur pelabur asing akan kestabilan politik Malaysia 
terutama di kelima lima 
negeri pakatan Rakyat. Sambutan pelabur asing sunguh mengghairahkan. Selain itu
Sdr. Anwar telah di tuduh melakukan hubungan liwat. Beliau metros menafikan
tuduhan ini. Melebihi 70% rakyat tidak percaya akan tuduhan ini dan bagi rakyat
telah meyakinkan tidak bersalah. Rakyat telah melihat kesemua angkara durjana
ini adalah pakatan jahat Ketua Pokis Negara, Attorney General Malaysia dan
Pernama Menteri dan Timbalan nya juga terlibat dalam nonspirasi ini. 

   

Untuk lebeh mengetahui dan memantau lebeh lanjut lagi sila
ke halaman Anwar Ibrahim Blog di 
http://anwaribrahimblog.com/2008/09/16/malaysias-anwar-says-he-will-soon-seize-power/

   

Atau Malaysia-Today di http://mt.m2day.org/2008/

   

Walaupun telah dan sudah mendapat dukungan paling minima 30
anggota wakil rakyat dari Barisan Nasional, Anwar Ibrahim masih berbicara secara
santun dan dengan pengertian dan semangat demokrasi ala alam Melayu. Hari ini
beliau dengan pimpinan Pakatan Rakyat akan berbicara terus dengan Perdana 
Menteri
Abdullah Badawi dan topic perbicaraan ialah peralihan kuasa. Sdr. Anwar Ibrahim
telah menyatakan kepada khalayak ramai bahwa dateline 16 hb. Sept. itu ultimatum
pakatan rakyat yakni tarikh peralihan kuasa yang bisa di dilakukan dengan 
mengajukan
undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di parlimen boleh di longgarkan atau
di tundakan semingu atau dua untuk memberi peluang  atau kesempatan kepada 
Perdana Menteri untuk
bersiap mengundurkan diri secara terhormat.  

   

Sementara itu sila membaca petikan di bawah yang saya dapatkan
dari Anwaribrahimblog.

   

Pakatan
Rakyat Sedia Mengambil Alih

16 hb. September 2008 

Hari ini rakyat Malaysia 
menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya
bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan
sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada
diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu
padukan rakyat Malaysia 
sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin
dekat.


Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi
yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap.
Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh
media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan
jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.


Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan
politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab,
menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan
keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.


Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah
kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia 
yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi
untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman.
Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang 
dikirimkan jam
2.30 petang semalam.


Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang
aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil
alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri
di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.


Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak
menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan
yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee
selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah
Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA
terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan
dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.


Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi
untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman.
Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang 
dikirimkan jam
2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap
beberapa perkara seperti berikut :


1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak
menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang
mereka buat tanpa paksaan.

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli
parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen
Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu.

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau
menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka
untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan
menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi
kerajaan lainnya.


Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya
berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan
memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip
demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan
sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur 
perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami
semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa 
jangan lagi berada
di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita
sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan 
tabiat lama dan mengambil
iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan. 

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan
gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di
dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.



ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat 

   

Anwar:
Lebih 31 MP BN sertai Pakatan

17hb. September 2008

Dari Malaysiakini

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih daripada 31 ahli
parlimen Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan
undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa.
 

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar yang penuh sesak di
pejabat PKR di Tropicana pada jam 2 petang tadi.
 

Beliau bagaimanapun tidak mendedah sebarang nama ahli parlimen BN yang
menyertai Pakatan.

“Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak
menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke
Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka
daripada menyertai Pakatan Rakyat,” katanya.
 

Kerana itulah, tegas mantan timbalan perdana
menteri itu, pihaknya mengambil pilihan yang lembut.
 

“Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh
dan bersedia untuk melakukannya. Jika selepas beberapa hari, tidak ada respons,
pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya,” katanya.
 

Semalam, Pakatan Pakatan yang diketuai Anwar telah menghantar surat kepada 
Abdullah
semalam untuk mengadakan pertemuan.
 

Anwar berkata, mereka memberi masa kepada perdana menteri untuk berbincang
dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menerima kehendak rakyat.
 

“Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau
esok,” katanya sambil menambah bahawa Abdullah kini merupakan ahli politik yang
kini dalam keadaan genting.
 

“Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak,”
katanya. 

Pakatan mempunyai 81 daripada 222 kerusi parlimen. Anwar berusaha supaya
ahli-ahli parlimen BN melompat menyertai Pakatan untuk mendapatkan majoriti di
Dewan Rakyat.
 

“Ia mungkin berlaku beberapa hari lagi (peralihan kuasa dalam kerajaan),”
katanya. 

Menurut Anwar, pertemuan telah tertunda beberapa hari untuk memberi ruang
kepada perdana menteri menyelesaikan beberapa perkara.
 

“Jika perdana menteri menolak sekarang, kita akan memberi sedikit ruang
kerana beliau ada masalah parti, kita beri ruang untuk kepentingan nasional,”
katanya. 

Anwar berkata, dalam keadaan sekarang, perdana menteri tidak perlu risau
untuk mengadakan rundingan.
 

Katanya, tindakan mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas
Teresa Kok adalah untuk menyekat perubahan rakyat.
 

“Saya minta kerajaan tidak halang termasuk mengadakan sekatan jalan raya dan
sekatan-sekatan lain untuk bergerak ke Parlimen dalam tempoh ketika yang
ditetapkan. 

“Sebaik selesai mesyuarat dengan perdana menteri, kita akan patuh
perlembagaan termasuk mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk
kerajaan ,” katanya.
 

Ketika ditanya mengapa enggan memberikan nama-nama ahli parlimen BN yang
menteri Pakatan, Anwar berkata, jika nama tersebut diberikan, mereka akan
ditahan serta merta.
 

Beliau berkata, nama-nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan akan
diberikan dalam pertemuan dengan perdana menteri.
 

“Saya sudah mempunyai jumlah yang cukup, untuk mendapatkan tandatangan
mereka bukan satu masalah,” katanya.
 

Anwar berkata, ramai orang tidak percaya, sama dengan yang mereka kata
mustahil Pakatan menang di Pulau Pinang ,
Selangor dan Perak.
 

Katanya, seperti mereka kata mustahil, beliau boleh menambah majoriti di
Permatang Pauh. 

   

   

   




      
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
UNTUK DIPERHATIKAN:
- Wajib mematuhi Peraturan Palanta RantauNet, mohon dibaca & dipahami! Lihat di 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi anda pada setiap posting
- Dilarang mengirim email attachment! Tawarkan kepada yg berminat & kirim 
melalui jalur pribadi
- Dilarang posting email besar dari >200KB. Jika melanggar akan dimoderasi atau 
dibanned
- Hapus footer & bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Jangan menggunakan reply utk topik/subjek baru
=============================================================== 
Berhenti, kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] 
Daftarkan email anda yg terdaftar pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id
Untuk dpt melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke