Assalammu alaikum warahmatulLahi wabarokatuh,

Sanak saudara di pelanta RN,

Dibawah saya kembarkan kenyataan Takziah Sdr. Anwar Ibrahim.

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Shamsiah Fakeh.


Saya berada di Parlimen tatkala dimaklumkan sabentar tadi akan pemergian 
kerahmatullah Allahyarham Shamsiah Fakeh.

Allahyarham merupakan antara tokoh pejuang kemerdekaan yang hebat dan cekal. 
Melalui penglibatan beliau sebagai ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), semangat 
pemuda-pemudi Malaya ditiup dalam menjana kesedaran menentang penjajah.

Saya dan Azizah merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham 
khususnya buat anak-anak dan cucu-cucu beliau. Semoga rohnya diberkati dan 
dirahmati oleh Allah swt serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang 
soleh.

ANWAR IBRAHIM
http://anwaribrahimblog.com/

Kalau tidak silap saya pada tahun 1985 wartawan Fatni Yaakub telah ke negara 
China Komunis mewancara Shamsiah Fakeh. Hasil wawancara Fatni dengan Shamsiah 
Fakeh telah di siarkan dalam semua surat khabar tempatan Malaysia. Sebelum itu 
telah ada perjanjian diantara anggota Parti Komunis Malaya dengan kerajaan 
Malaysia. Perjanjian ini membenarkan anggota PKM meletakkan perlawanan 
bersenjata dengan kerajaan Malaysia. Pertukaranhnya ialah mereka di benarkan 
bermaustatin semula di Malaysia. 

Temu bual dan rencana tentang Shamsiah Fakeh telah merubah total penulisan 
sejarah zaman dharurat dari semenjak 1945 hingga 1960 tarikh resmi pembubaran 
emergency rule di Semenanjung. Penulisan sejarah zaman dharurat ini banyak 
terpengaruh dengan penglihatan dan kepentingan dan propaganda penjajah Britain. 
Malaysia cukup beruntung dengan kehadiran semula Shamsiah Fakeh di Semenanjung. 
Walaupun beliau tidak dibenarkan
 aktif berpolitik (mungkin salah satu syarat dengan  penguasa Malaysia) tetapi 
para akademis dan penyelidik sejarah telah dapat membetulkan penulisan sejarah 
dharurat melalui sumber utama/primary source mereka, Shamsiah Fakeh dan 
beberapa teman seangkatan dengan beliau. 

Militansi perjuangan politik beliau dan puak Kiri ketika itu ialah bukan kerna 
anutan doktrin Komunisme atau menjadi anggota PKM saperti yang di dakyahkan 
oleh penjajah Britain atau British Colonial government of Malaya. Tujuan utama 
puak Kiri ialah menghalau keluar penjajah British dan menuntuk kemerdekaan. 
Shamsiah Fakeh tidak pernah a doctrinaire communist nor a Comintern 
internationalist nor a marxist. Ibu Shamsiah tetap Muslim jati dan masih 
berpegang teguh dengan Islam. Sekiranya, ada penulisan sejarah yang menyatakan 
demikian, beliau menolak fitnah ini. Keteguhan beliau dengan dinul Islam masih 
kental. Semenjak di Cina, beliau meminta di pindahkan ke Hainan di mana
 ramai penduduk Islam. Semasa membuat perlawanan hatta di hutan rimba sekali 
pun, keIslaman beliau tetap di pelihara.

Saperti yang telah di ceritakan tempoh hari, Shamsiah Fakeh adalah keturunan 
Minangkabau lahiran Negri Sembilan. dan lepasan Diniyah School. Ramai sekali 
keturunan Minangkabau mengaggotai perjuangan politik puak Kiri menentang 
penjajahan Mat Saleh. Telah ada buku menceritakan penglibatan keturuan 
Minangkabau dalam perjuangan menentang penjajahan British. 

Sdr. Fatni Yaakub pernah memberitahu saya bahwa pemergian beliau ke Cina untuk 
mewancara Shamsiah Fakeh adalah dengan pengetahuan dan inisiatif Sdr. Anwar 
Ibrahim.

Dalam parkara tertentu kita perlu sekali mengkaji dan melakukan penulisan 
semula sejarah agar kebenaran terserlah dan kebathilan tersingkir. Agar 
khazanah sejarah yang benar benar dianggapkan sejarah berterusan dan bisa 
menjadi objek tauladan dan pendidikan untuk generasi sekarang adan mendatang.
 

Perjuangan politik
 Shamsiah Fakeh menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan bisa 
mendidik jiwa merdeka untuk keturunan mendatang. 

Saya mempunyai keyakinan ada diantara dun sanak kita di Semenanjung dapat bahan 
bahan lanjutan tentang sejarah perjuangan Shamsiah Fakeh ini.  

  

    




 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
UNTUK DIPERHATIKAN:
- Wajib mematuhi Peraturan Palanta RantauNet, mohon dibaca & dipahami! Lihat di 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi anda pada setiap posting
- Dilarang mengirim email attachment! Tawarkan kepada yg berminat & kirim 
melalui jalur pribadi
- Dilarang posting email besar dari >200KB. Jika melanggar akan dimoderasi atau 
dibanned
- Hapus footer & bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Jangan menggunakan reply utk topik/subjek baru
=============================================================== 
Berhenti, kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] 
Daftarkan email anda yg terdaftar pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id
Untuk dpt melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke