Kanda..

Iko ambo copyan dari Oom Wiki seputar baliau ko kanda
http://id.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Muhammad_Saleh_Al-Minankabawi
Mungkin bisa jadi PR kanda lo tuak mancari2 nan tasuruak disinan dengan
tambahan info ko.

Salam.

SYEIKH MUHAMMAD SALEH AL MINANKABAWI SYEIKHUL ISLAM PERAK DARUL REDZUAN

MENGENAI ulama yang berasal dari Minangkabau ini, masih terdapat beberapa
perkara yang masih bersimpangsiur. Terdapat dua nama mengenai orang tuanya,
iaitu Abdullah dan Muhammad Thaiyib. Ayahnya yang bernama Abdullah digunakan
pada tiga buah karyanya yang telah ditemui. Nama Muhammad Thaiyib pula
digunakan sewaktu beliau menjadi Syeikh al-Islam Perak Darul Redzuan.Syeikh
Muhammad Saleh dilahirkan di Kampung Tungkar, Luak Tanah Datar, Minangkabau,
Sumatera Barat. Muridnya bernama Muhammad Saleh Mandahiling, penulis buku
biografinya yang menyebut bahawa Syeikh Muhammad Saleh lahir kira-kira pada
tahun 1266 Hijrah. Penulis masih meragui tahun andaian itu, kerana beberapa
fakta bertentangan dengan jalan sejarah yang ada hubungan dengannya. Syeikh
Muhammad Saleh meninggal dunia pada 17 Zulkaedah 1351 Hijrah/12 Mac 1933
Masihi di Kuala Lumpur. Dalam buku muridnya itu diceritakan bahawa Syeikh
Muhammad Saleh bersahabat dengan Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau (lahir 1276
Hijrah), Syeikh Mukhtar Jawa/Bogor (lahir 1278 Hijrah) dan Syeikh Nawawi
Bantan (1230 Hijrah). Berdasarkan perbandingan tahun kelahiran ulama-ulama
yang tersebut dengan kelahiran Syeikh Muhammad Saleh (1266 Hijrah) itu,
penulis berkesimpulan bahawa Syeikh Muhammad Saleh bukan sahabat Syeikh
Nawawi Bantan tetapi beliau adalah muridnya. Kelahirannya yang diandaikan
tahun 1266 Hijrah itu masih perlu dikaji semula, sekurang-kurangnya agak
berdekatan dengan tahun kelahiran Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau (1276
Hijrah) dan Syeikh Mukhtar Jawa/Bogor (1278 Hijrah) itu.

PENDIDIKAN

Syeikh Muhammad Saleh berangkat ke Mekah sejak berumur 6 tahun mendapat
pendidikan daripada orang tuanya, Syeikh Muhammad Thaiyib @ Syeikh Abdullah,
seorang Syeikh haji di Mekah. Beliau sempat belajar kepada ulama-ulama besar
Mekah yang terkenal, iaitu Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Abu Bakar
Syatha, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh Abdul Hamid
asy-Syarwani, Saiyid Umar Ba Junaid, Saiyid Muhammad Said Babshail dan
Saiyid Abdullah Zawawi.Dalam buku biografinya tidak disebut seorang pun
gurunya yang berasal dari dunia Melayu secara jelas, tetapi memperhatikan
jalan ceritanya, Syeikh Muhammad Saleh juga belajar kepada ulama-ulama dunia
Melayu yang terkenal di Mekah pada zaman itu. Diceritakan dalam buku itu
bahawa sewaktu Syeikh Muhammad Saleh akan memperdalam ilmu falak bersama
beberapa orang kawannya. Kawan-kawannya hanya belajar empat kali saja kerana
guru tersebut terlalu keras. Nama guru falak yang diceritakan dalam buku itu
tidak dinyatakan. Syeikh Muhammad Saleh sempat khatam belajar kepada guru
yang keras itu. Demi lebih memperoleh kefahaman, beliau belajar pula kepada
seorang pemuda yang berusia 16 tahun, juga tidak disebut namanya.Daripada
cerita di atas penulis berpendapat kemungkinan yang dimaksudkan guru falak
yang terlalu keras itu ialah Syeikh Ahmad al-Fathani. Sedangkan pemuda ahli
falak yang berusia 16 tahun itu, ialah Syeikh Muhammad Nur al-Fathani.

PENGEMBARAAN DAN AKTIVITI

Setelah belajar selama 17 tahun di Mekah, Syeikh Muhammad Saleh pulang ke
Minangkabau. Selama kira-kira empat tahun di Minangkabau, digunakan untuk
mengembara ke segenap pelosok wilayah itu, dan pada waktu-waktu tertentu
membantu gurunya, Syeikh Muhammad Jamil mengajar. Pengembaraan di
Minangkabau dimanfaatkannya pula berdakwah dan mengajar melalui pembacaan
kitab, sama ada kitab bahasa Arab mahu pun bahasa Melayu. Sewaktu berada di
Minangkabau selama empat tahun itu, Syeikh Muhammad Saleh berkesempatan pula
belajar ilmu persilatan dan beberapa jenis ilmu hikmat untuk pertahanan diri
yang diperlukan pada zaman itu. Diceritakan bahawa dalam ilmu persilatan,
beliau telah mencapai martabat seorang pendekar. Dalam ilmu perubatan beliau
berkemampuan pula mengubati berjenis-jenis penyakit. Syeikh Muhammad Saleh
berangkat lagi ke Mekah kerana masih dirasakan kekurangan ilmunya dalam
bidang-bidang tertentu, seperti ilmu falakiyah, ilmu manthiq, ilmu tafsir
dan lain-lain. Setelah beberapa tahun belajar dan mengajar di Mekah, sahabat
dan muridnya, Engku Kudin, putera Raja Deli-Serdang mengajak beliau
menyebarkan Islam di kerajaan di Sumatera Timur itu. Selesai menunaikan haji
tahun 1309 Hijrah/1892 Masihi, Syeikh Muhammad Saleh bersama jemaah haji
menaiki kapal dari Jeddah ke Pulau Pinang.Selanjutnya Syeikh Muhammad Saleh
mengembara di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, mulai Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Pahang, Terengganu dan Johor. Di mana saja beliau pergi, beliau
terus mendapat sambutan bukan hanya rakyat jelata tetapi juga para sultan
setiap kerajaan yang tersebut itu.Daripada pergaulan dengan sultan-sultan
Melayu, Syeikh Muhammad Saleh berkesimpulan bahawa Sultan Abdur Rahman
Mu'azzam Syah, Sultan Riau-Lingga adalah sultan yang paling garang. Beliau
mementingkan keindahan pakaian dan perhiasan serta menyukai kelazatan
makanan dan minuman. Sultan Abu Bakar, Sultan Johor, adalah sultan yang
cerdik, mengasihi rakyat dan mengutamakan kepentingan kerajaannya. Sultan
Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, adalah sultan yang sangat alim
pengetahuan Islamnya dan sangat bertakwa kepada Allah. HAKIM DI KERAJAAN
RIAU-LINGGA Sebelum Syeikh Muhammad Saleh menjadi Syeikh al-Islam Perak,
beliau pernah memegang jawatan Hakim di kerajaan Riau-Lingga. Pelantikan
beliau sebagai Hakim Riau-Lingga adalah atas kehendak Yam Tuan Muda Raja
Muhammad Yusuf al-Ahmadi.Sebab-sebab Syeikh Muhammad Saleh diminta oleh Yam
Tuan Muda Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi menjadi Hakim Riau-Lingga adalah
untuk menjaga kewibawaan putera baginda, Sultan Abdur Rahman Mu'azzam Syah,
Sultan Riau-Lingga ketika itu. Yam Tuan Muda Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi
dalam beberapa tahun merasa gelisah kerana beberapa perkara di mahkamah
banyak yang tidak dapat diselesaikan. Ada yang tertangguh sekurang-kurangnya
tiga tahun. Syeikh Muhammad Saleh dapat menyelesaikannya, beliau adalah
seorang ulama yang bijaksana, amanah. Semuanya dapat beliau
selesaikan.Syeikh Muhammad Saleh terpaksa berpindah dari Riau, Pulau
Penyengat ke Pulau Lingga untuk menjalankan tugasnya sebagai Hakim. Sewaktu
Syeikh Muhammad Saleh memegang jawatan Hakim Riau-Lingga itulah salah
seorang Kerabat Diraja Kerajaan Perak bernama Engku Raja Mahmud atau digelar
dengan Imam Paduka Tuan Perak mengenalinya.Engku Raja Mahmud mengkagumi
kebijaksanaan Syeikh Muhammad Salehdalam menyelesaikan pelbagai isu, apatah
lagi ulama yang berasal dari Minangkabau itu dapat menggabungkan pengetahuan
yang bercorak duniawi dan ukhrawi. Dengan bermacam-macam cara Engku Raja
Mahmud memujuk ulama itu supaya berkhidmat di negerinya di Perak Darul
Redzuan.

MENJADI SYEIKH AL-ISLAM

Engku Raja Mahmud akhirnya berhasil mengajak Syeikh Muhammad Saleh berpindah
ke Perak setelah dua tahun beliau bertugas sebagai Hakim di Riau-Lingga.
Manakala Engku Raja Mahmud kembali ke Perak, beliau dilantik menjadi Kadi
Besar Kerajaan Perak. Syeikh Muhammad Saleh mulai mengajar pelbagai
kitab-kitab Islam terutama kitab-kitab Melayu/Jawi di Kuala Kangsar pada
tahun 1318 Hijrah/1900 Masihi. Sejak awal kedatangannya di Kuala Kangsar,
beliau telah mendapat restu daripada Sultan Idris, Sultan Perak Darul
Redzuan ketika itu.Selain mengajar kitab untuk pengajian orang tua-tua,
Syeikh Muhammad Saleh juga berhasil mendirikan Madrasah Ihsaniyah yang
menurut sistem pendidikan persekolahan di Teluk Anson.Cita-cita Sultan Perak
untuk melantik seorang Syeikh al-Islam bermula tahun 1922 Masihi, namun
secara rasminya Syeikh Muhammad Saleh al-Minankabawi memegang jabatan itu
pada 6 Jamadilakhir 1343 Hijrah/1 Januari 1925 Masihi.

KARYA KARYA

1. Mawa'izhul Badi'ah, diselesaikan pada 24 Muharam 1335 Hijrah. Dicetak
Mathba'ah Al-Ahmadiah, 1344 Hijrah. Kandungannya merupakan nasihat dan
akhlak yang diringkaskan daripada Mawa'izhul Badi'ah karya Syeikh Abdur Rauf
bin Ali al-Fansuri.

2. Kasyful Asrar, diselesaikan pada hari Selasa, 27 Safar 1344 Hijrah.
Cetakan yang pertama hingga cetakan yang ke 29 oleh Maktabah wa Mathba'ah
Al-Ahmadiah, Singapura. Kandungannya membicarakan tentang tasawuf haqiqat
atau tasawuf falsafi. Karya ini pernah ditahqiq oleh Syeikh Haji Muhammad
Wali al-Khalidi dengan judul Tanwirul Anwar fi Izhhari Khalal ma fi Kasyfil
Asrar, diterbitkan oleh Al-Maktabatut Taufiqiyah, JalanPerdagangan No. 4
Atas, Banda Aceh. Kasyful Asrar juga pernah diubahsuai ke dalam bahasa
Indonesia dengan judul Menyingkap Rahsia Agama Dan Tasawuf, diterbitkan oleh
Yayasan Dakwah Islam, Surabaya.

3. Jalan Kematian, diselesaikan 14 Jamadilakhir 1344 Hijrah. Dicetak pada
bahagian akhir Kasyfur Asrar oleh Maktabah wa Mathba'ah Al-Ahmadiah,
Singapura.

4. Nashihatul Mubtadi, tanpa tarikh. Cetakan yang pertama Maktabah wa
Mathba'ah Al-Ahmadiah, 1346 Hijrah/1927 Masihi. Kandungannya merupakan
berbagai-bagai nasihat ke arah keteguhan pegangan dalam beragama Islam dan
iman.

Murid-murid

Murid beliau sangat banyak di seluruh Semenanjung, di antaranya termasuk
Sultan Iskandar Syah, Sultan Perak. Yang pernah menulis riwayat hidup beliau
ialah murid yang lama berhubungan dengannya, ia adalah Muhammad Saleh
Mandahiling, Tapanuli. Buku tersebut diberi judul Izalatul Hairan fi Qshshah
Syaikhil Islam Darir Ridhwan, judul dalam bahasa Melayu adalah Menghilangkan
Kehairanan Pada Menyatakan Cerita Syeikhul Islam Perak Darul Redzuan.


________________________________

From: RantauNet@googlegroups.com [mailto:rantau...@googlegroups.com] On
Behalf Of Lies Suryadi
Sent: 25 Desember 2008 13:40
To: RantauNet@googlegroups.com
Subject: Bls: [...@ntau-net] Re: Ini Dia tokoh Minang yang terdaftar, kok
'namo awak-awakdi Rantau Net' ngak ada ya


"Muhammad Saleh Al-Minankabawi" tu sia tu?
 
Salam,
Suryadi

Akademisi





--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi/dibanned:
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi di setiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tidak dengan mereply email lama 
- DILARANG: 1. Email attachment, tawarkan disini & kirim melalui jalur pribadi; 
2. Posting email besar dari 200KB; 3. One Liner
=============================================================== 
Berhenti, kirim email kosong ke: rantaunet-unsubscr...@googlegroups.com 
Daftarkan email anda yg terdaftar disini pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id
Untuk melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke