*Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini
*
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh
dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara 'keras kin'.
Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat
istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk
dirujuk.

<http://1.bp.blogspot.com/_hi0nllTBV5U/SY-tPoAhnaI/AAAAAAAAE-8/davd38iSk9s/s1600-h/Sultan+Isdris+Shah.jpg>
Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan
Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah
disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut
keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan,
kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai,
diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah
kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada
kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi
atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan
relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya,
Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun
1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun
suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk
melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas
habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan
berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris
Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana
Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi
alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh
Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; "Sultan Perak mempunyai hak
melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi
setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut
Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan
jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari
Menteri Besar, ialah Presiden UMNO."

<http://4.bp.blogspot.com/_hi0nllTBV5U/SY-sTm1sHrI/AAAAAAAAE-s/EJ9Itj4I4yg/s1600-h/Ghazali.jpg>
Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan
bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali
tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan
berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanakan nazarnya, tidak
mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar
baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah
beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar
Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat
perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin
yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat
kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI *blog* beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

*DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang
ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah
memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung
UMNO. *

***Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat
(Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian.
Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi
Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar
pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan
melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

<http://2.bp.blogspot.com/_hi0nllTBV5U/SY-wxRhf4AI/AAAAAAAAE_E/e35QcTNh2zQ/s1600-h/Mokhtar+Petah+1.jpg>
*
*Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah
dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih
Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas
Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala
pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya
anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji
Mohamad.

MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak,
di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu'ud bin Untoi dan Ismail
Abdul Rauf, Dato' Abdul Malik Ahmad, Dato' Seri Haji Wan Mohamed bin Haji
Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO
dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah
menggunakan Ishak Tadin menjadi 'perunding' antara Saultan Idris dengan Haji
Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan
Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda,
bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji
Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama
dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri
yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH
*
*Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi
kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan
melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang
jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong,
Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda,
di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah
memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak
termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama
dua tahun.

PARTI POLITIK

" Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri
Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum
akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun," kata saya kepada
Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji
Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku
krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah
setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri
Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah
menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang
ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah
titah Sultan Idris Shah dengan berkata, "Tidak ada dalam perlembagaan Negeri
Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri
Besar selama dua tahun."

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan,
sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor,
iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan
terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani
sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan
Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco
Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan
kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh
Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977.
Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin
Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis,
di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau
dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai
Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke
Republik Arab Bersatu, Masir.*

---
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438
*myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke