Wakil surau dan masjid di Bandar Tun Razak yang menerima 46 ekor lembu
korban daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari
ini mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan terhadap beliau yang
didakwa telah menyalahgunakan dana kerajaan Selangor untuk tujuan tersebut.

[image: khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 06]Kira-kira 60
orang menyertai perhimpunan tersebut di hadapan Pejabat Khidmat Komuniti
ahli Parlimen Bandar Tun Razak, kira-kira jam 3 petang tadi.

Abdul Khalid adalah ahli Parlimen kawasan tersebut.

Mereka membawa sepanduk berbunyi "BN dikejar roh 46 ekor lembu" dan "Prinsip
kami dari rakyat untuk rakyat" sambil melaungkan "Hidup Tan Sri Khalid"
beberapa kali.

Manakala kain rentangnya antaranya berbunyi, "Sedekah lembu adalah jariah
bukan rasuah" dan "YB Tan Sri Khalid Ibrahim terima kasih kerana memberikan
kami lembu untuk korban Aidiladha"

[image: khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 05]Perhimpunan aman
selama sepuluh minit itu turut diawasi oleh kira-kira 20 anggota polis.

Penduduk kecewa

Sebelum ini, Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (Gerak) membuat laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Khalid
menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban
untuk mengedarnya kepada penduduk di situ sewaktu Hari Raya Korban Disember
lalu.

Sementara itu, Pengerusi Surau Firdaus, Ghazally Salim, melahirkan rasa
kecewa kerana pemberian lembu tersebut dipersoalkan dan dipolitikkan.

[image: khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 03]"Kami kecewa
mengapa amalan baik Tan Sri Khalid Ibrahim ini dipersalahkan dan dituduh
mengamalkan rasuah?

"Padahal ini adalah sumbangan terus oleh PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor) dan anak syarikat kerajaan negeri.

"Amalan sebegini sepatutnya digalakkan bukan dipersoalkan," tegas Ghazally
dalam sidang media tersebut yang turut dihadiri kira-kira 15 wakil surau dan
masjid di parlimen tersebut.

Ghazally mendakwa ramai penduduk di parlimen tersebut adalah anak jati
negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan.

Adakan solat hajat

[image: khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 ghazally salim]"Adakah
kerana Bandar Tun Razak telah dijadikan Wilayah Persekutuan, maka kami tidak
lagi berhak berkongsi sedikit kekayaan dan manfaat dari Selangor?

"Sebahagian besar daripada kami masih anak Selangor!" tegas Ghazally.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli politik dari BN, Pakatan Rakyat,
Gerak, SPRM dan rakayat Malaysia agar tidak mempolitikkan soal agama.

"Kalau kita tidak mampu untuk bersedekah, janganlah disekat orang lain
daripada bersedekah," kata Ghazally.

Menurutnya, penduduk di situ juga akan mengadakan solat hajat dalam masa
terdekat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan menteri besar
Selangor itu.

---
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438
*myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke