Tunjukkan wajah Azilah dan Sirul sebelum keputusan diumumkan
Dilulus terbit pada Thursday, February 19 @ 15:52:29 MYT oleh TokBatin
*http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2770*


Oleh hermansamsudeen

"Debaran menanti tarikh keputusan hakim pada 9 April 2009 berhubung kes
pembunuhan Altantuya begitu begitu terasa kini. Pastinya Cif Inspektor
Azilah Hadri, 33, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37 lebih berdebar menantikan
keputusan hidup dan mati mereka.

Namun sebelum kes ini ditutup, rakyat diluar khususnya keluarga mangsa
pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu. Sebelum ini, hanya
wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda
sahaja yang dapat dilihat.


Ini adalah kes pembunuhan kejam. Kalau wajah Razak yang hanya dituduh
bersubahat boleh diambil oleh media, kenapa Azilah dan Sirul sebagai
tertuduh pertama tidak didedahkan wajahnya.

Kalau masih ingat kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri
Pahang, Datuk Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang
diambil oleh wartawan.

Begitu juga dengan kes yang melibatkan Datuk Mokhtar Hashim, seorang mantan
Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah dijatuhkan hukuman gantung
sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan
Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah
pimpinan Umno Negeri Sembilan.

Jadi rakyat dan masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik
dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng
ketika muncul dikhalayak ramai.

Jika mereka bersalah mahkamah boleh hukum jika tidak bebaskan sahaja, tapi
apa yang penting rakyat mahu tahu siapa dia.

Malah ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan
diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain
disebalik kes ini.

Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang
tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang
sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka.

Kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum
dihantar ke luar negara. Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak
akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi
selepas Hanif Basri dibebaskan. Menariknya rakyat tak boleh kata apa-apa
kerana mahkamah telah jalankan tanggungjawabnya, Polis juga begitu dan pada
mata rakyat dipaparkan bahawa  'Sirul' dan 'Azilah' sudah dihukum.

Kalau baca teori itu, nampak macam plot cerita Hollywood. Malas nak percaya,
tak perlu percaya pun. Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus
yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis. Dalam apa jua keadaan
rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya
bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu
sahaja.

*
<http://dajjal.wordpress.com/2008/06/12/rahsia-misi-dajjal-di-timur-tengah/>
*
---
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438
** <http://myrm10.com/3618>*myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke