Dr M: Mohd Ali patut letak jawatan KM
*http://www.malaysiakini.com/news/100582*
Jimadie Shah Othman | Mar 19, 09 6:39pm

Setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan
mengamalkan politik wang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan
jawatan ketua menteri Melaka, kata mantan perdana menteri.

"Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli Umno pun. Tetapi itu pandangan
saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan
digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.

"(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh
seseorang, jadi dia patut digantung.

"Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung.
Kita tidak boleh cakap macam itu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan presiden Umno itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali
patut kekal sebagai ketua menteri ekoran keputusan lembaga disiplin Umno
semalam.

Dr Mahathir mengulas perkara itu dalam sidang media di pejabatnya di Menara
Berkembar Petronas di ibu negara petang ini.

Hadir sama ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan penyokong Mohd Ali akan
memindahkan sokongannya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno,
Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

"Ada kemungkinan mereka (penyokong Mohd Ali) akan menyokong Muhd Taib. Muhd
Taib akan menang. Tetapi keputusan yang sebenar akan dilihat dalam
pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sokong Muhyiddin

"Apabila rakyat mendapati parti (Umno) memilih orang sebegitu, mereka akan
membuat keputusan (dalam pilihanraya). Jadi terpulang kepada parti untuk
memikirkan.

"Perwakilan (Umno) mesti memikirkan tanggungjawab mereka. Kalau mereka
memilih orang yang tidak dihormati rakyat terbanyak dan pengundi, akhirnya
parti akan kalah dalam pilihanraya," katanya.

Beliau juga mengisytiharkan sokongan terbukanya kepada seorang lagi calon
timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya rasa, apa yang tinggal, orang yang tidak boleh membaca dan bercakap
dalam bahasa Inggeris.

"Itu sebab dia buat kesalahan di Australia, kerana dia tidak baca Inggeris.

"Pilihan saya Muhyiddin," kata Dr Mahathir dengan sinis.

Pada 1999, Muhammad dilaporkan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak
RM2.4 juta di Australia.

Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan
alasan tidak memahami bahasa Inggeris, dan  kemudiannya didapati tidak
bersalah.

Mengulas peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir menyatakan
sokongannya terhadap kepimpinan timbalan presiden Umno itu, tetapi dengan
syarat "tidak melantik pemimpin yang korup dalam kabinetnya".

Beliau turut membidas kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Zaid Ibrahim yang memohon Yang di-Pertuan Agong yang sedang bersidang
supaya tidak melantik Najib sebagai perdana menteri.

"Kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong, saya tak mahu baca apa pun pasal
ni. (Pandangan) bodoh sangat. Siapa dia (Zaid) yang gamak dia nak? Dia nak
Pak Lah balik?" katanya.*
*
---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993** <http://goog_1236819696194/>* *
*http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke