Agong digesa tidak lantik Najib jadi PM
Mar 18, 09 7:47pm

Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa Yang di-Pertuan Agong supaya membuat
pilihan yang betul - jangan lantik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana
menteri akan datang.

 "Ini adalah masa yang amat sukar. Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang
akan menyatupadukan negara ini yang sedang berdepan dengan kesukaran.
Berpecah kita lemah.

 "Saya keberatan untuk menyatakannya tetapi untuk sebab-sebab yang telah
saya katakan, saya terpaksa menyebut bahawa Najib pasti akan memecahbelahkan
kita dan dalam berbuat demikian, akan menolak kita semakin hampir ke
tepian," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

 Berucap di majlis makan tengahari Royal Rotary Club di ibu negara hari ini,
bekas ketua bahagian Umno itu berkata, terdapat ahli-ahli parlimen parti itu
yang berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri.
 Sehubungan itu, demi negara, kata Zaid, beliau menggesa Seri Paduka Baginda
supaya mengambil kira keperluan dalam pelantikan bagi jawatan tersebut serta
kebimbangan rakyat.

 "Tidak ada obligasi perlembagaan bagi Seri Paduka untuk melantik presiden
Umno sebagai perdana menteri," katanya dalam ucapan yang agak keras itu.

 Najib dijadual mengambil alih jawatan perdana menteri lewat bulan ini
apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersara.

 Menurut Zaid lagi, tidak pernah dalam sejarah negara ini di mana pemilihan
perdana menteri menjadi begitu genting.

 "Malaysia", tegasnya, "kini dalam krisis" apabila negara sedang berdepan
dengan cabaran-cabaran ekonomi yang besar yang akan memberi kesan
sosio-politik yang teruk, yang tidak dapat dielakkan.
*
*
---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993** <http://goog_1236819696194/>* *
*http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke