"Pada tahun 1972 Allahyarham P.Ramlee barangkali telah meramalkan apa yang
bakal terjadi di Perak pada tahun ini. Peristiwa Sidang DUN bawah pokok pagi
semalam telahpun dikisahkan oleh P.Ramlee dalam filem Laksamana Do Re Mi.
 Pemerintah sah kerajaan negeri Pasir Dua Butir bersama beberapa menteri
yang masih setia terus mendirikan kerajaannya di bawah pokok selepas negeri
tersebut di landa huru hara angkara Menteri Pasola yang membuat khianat.

 Menteri Pasola ialah bekas Menteri Pertahanan yang ingin memperisterikan
puteri Tuanku pemerintah negeri Pasir Dua Butir,tetapi lantaran tidak
diperkenankan ,Pasola bertindak merampas kuasa dan melarikan puteri Tuanku.
 Menteri yang huru harakan Perak sekarang pun bekas Menteri Pertahanan juga!
 Dengan bantuan 3 pendekar ,Laksamana Do Re Mi yang diutuskan Raja Damsyik
Jani dari negeri Pasir Berdengung telah dapat membantu mengembalikan
pemerintahan yang sah kepada kerajaan negeri Pasir Dua Butir.

  "Dinding dinding istana pun habis dikopak sampai bumbung pun tak de lagi
,ada ka patut?",cerita seorang Menteri yang terselamat."Tak patut,tak
patut",jawab ketiga tiga Laksamana Do Re Mi."Sungguh kejam Menteri Pasola
,akai pun tak dak!",tambah menteri tersebut Angkara Menteri Pasola lah,DUN
Perak dikunci dikawal polis,nak bersidang pun tak boleh,bersidanglah dibawah
pokok .Ada ka patut?Tak patut ,tak patut!

 "Kenapa Tuanku tak lari bersembunyi?",tanya salah seorang Laksamana."Dato
Laksamana Kalau Tuanku lari beerti negeri ini tak bekerajaan lagi,kami dato
dato yang tertunggul di sini menjadi batu asas menandakan kerajaan Dua Butir
ini dok ada lagi,kalau tidak kamipun dah lama blah!".

 Tahniah kepada Menteri Besar Perak YAB Hj Nizar serta seluruh Exco dan YB
Pakatan Rakyat yang terus bertahan walaupun di bawah pokok.Maka tahu lah
rakyat Perak mereka masih ada kerajaan negeri lagi.

 Bersabarlah,terus pertahan kerajaan yang sah,sampai masanya Menteri Pasola
yang ada kekebalan itu akan mati juga .Carilah buluh runcing dan cucuk pada
kakinya.Akan tamatlah riwayat Menteri Pasola itu.

 Tiga orang,Laksamana Do Re Mi juga bakal turun ke Perak untuk
membantu.Siapakah mereka?Adakah akan ada wakil rakyat Umno yang akan terbang
ke Pakatan Rakyat.Tungguu..
 Dari blog
http://tukulbesi.blogspot.com





kedudukan SPAMMER paling rajin hantar emel kepada saya:
1. maz_lan...@yahoo.com
2. rm1po...@yahoo.com.my
3. mindakel...@yahoo.com.my
4. deason...@gmail.com
5. missnariza...@gmail.com



---
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438
*myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke