Prestasi SPM membanggakan Oleh HELMI MOHD. FOAD
utusanputraj...@utusan.com.my

 NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama
Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan bersama bapanya, Nik
Mohd. Kamal Husin dan ibu, Mariani Omar.
------------------------------

PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau
lebih dalam mata pelajaran yang diambil.

Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam
semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16
1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang).

Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi
mendapat 8 A.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan
keputusan peperiksaan itu hari ini berkata, daripada jumlah keseluruhan
calon, seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM.

Selain itu, katanya, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan
cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki
berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada 2007.

Menurut beliau, pada keseluruhannya, pencapaian calon SPM terutama calon
sekolah di bawah kementerian adalah membanggakan dan mengatasi pencapaian
tahun sebelumnya.

‘‘Pencapaian mereka meningkat dari segi peratusan bilangan memperoleh sijil,
mendapat semua A dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki.

‘‘Pencapaian tersebut adalah stabil seperti mana pencapaian tahun-tahun
sebelumnya,” kata beliau pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2008 di
pejabatnya di sini.

Dalam peperiksaan tersebut, seramai 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon
sekolah kementerian, manakala selebihnya adalah calon sekolah kerajaan
negeri, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kementerian Pertahanan, sekolah
swasta dan persendirian.

Mengenai prestasi mata pelajaran teras, Alimuddin berkata, Bahasa Melayu
mencatatkan kenaikan kepada 25.4 peratus bagi calon yang mendapat gred A1
dan A2 berbanding tahun 2007 (23.7 peratus).

Katanya, mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral, masing-masing mencatat
peningkatan 2.8 peratus dan 3.8 peratus.

Tambah beliau, subjek Matematik pula mencatatkan sebanyak 26.5 peratus
pelajar mendapat gred 1A-2A dengan peningkatan 1.1 peratus, manakala Sains
meningkat ketara iaitu 3.1 peratus apabila 6.9 peratus pelajar mendapat gred
1A-2A.

Bagaimanapun, jelas beliau, prestasi pencapaian Bahasa Inggeris menurun
sebanyak 1.6 peratus bagi calon yang mendapat gred 1A-2A, manakala
Pendidikan Islam menurun 5.4 peratus.

Alimuddin seterusnya berkata, keputusan SPM 2008 turut menunjukkan jurang
perbezaan pencapaian antara murid bandar dan luar bandar telah dapat
dirapatkan.

‘‘Ini dapat dilihat daripada kenaikan prestasi mata pelajaran daripada 2007
ke 2008 yang lebih tinggi di luar bandar berbanding bandar.

‘‘Begitu juga penurunan peratus bilangan calon mendapat gred 9C (Gagal)
lebih tinggi di kawasan luar bandar berbanding bandar,” katanya.



---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993
** <http://myrm10.com/?ref=1210>*http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke