Zakat ekspres RM3,000 seorang
LZS bukan sahaja membantu fakir miskin dan golongan diberhentikan kerja
tetapi juga menolong selebriti yang ditimpa musibah seperti pelakon Azean
Irdawaty.
------------------------------

KUALA LUMPUR - Mereka yang diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi dan
kehabisan wang simpanan kini boleh mendapatkan bantuan Kaunter Ekspres
Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan nilai maksimum RM3,000.

Agihan itu akan dikeluarkan kepada orang Islam yang layak menerima zakat
dalam tempoh dua jam selepas permohonan dikemukakan.

Langkah itu diperkenalkan bukan sahaja untuk meringankan beban orang Islam
yang kehilangan pendapatan tetapi juga mencegah mereka daripada menjerat
leher sendiri dengan meminjam daripada ah long.

Ketua Jabatan Pembangunan Korporat LZS, Akhtar Sahari berkata, para pemohon
yang benar-benar layak akan terus diberikan wang bantuan.

"Kita membantu golongan yang benar-benar kesempitan wang untuk menyediakan
keperluan asas seperti makanan, persekolahan, perubatan dan sewa rumah,"
katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan *Kosmo!* semalam mengenai pandangan Penasihat Majlis
Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut yang mengatakan orang Islam yang
kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi boleh dikategorikan sebagai asnaf
dan layak menerima bantuan zakat.

"Setiap hari, LZS menyediakan peruntukan bantuan sebanyak RM50,000 tetapi ia
tidak pernah habis kerana kita hanya menerima purata 10 hingga 15 permohonan
sehari, itu pun bukan semua lulus," kata Akhtar.

Beliau memberitahu, selain memenuhi beberapa syarat kelayakan memohon, para
pegawai LZS juga akan memeriksa ketulenan dokumen pemohon.

---
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438
*myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke