TERIMA KASIH KEPADA SEMUA DI ATAS SOKONGAN KEPADA PROJEK RAYUAN RAMADHAN 
1427H ANJURAN JIM
      2006-10-30 

      Segala kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala 
rahmatNya. Alhamdulillah, di antara kurniaan Allah SWT kepada hambaNya ialah 
bulan Ramadhan, bulan yang berkah dipenuhi rahmah dan keampunan Allah SWT.

      Di bulan Ramadhan yang mulia ini, antara amalan yang dianjurkan selain 
berpuasa ialah membuat banyak amal-amalan sunat dan juga bersedekah kepada yang 
memerlukan.

      Di atas dasar keprihatinan kepada umat Islam yang memerlukan di seluruh 
dunia, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menganjurkan Projek Rayuan 
Ramadhan 1427H bertemakan “Tajaan Berbuka Puasa dan Sedekah kepada Yang Lebih 
Memerlukan”.

      Alhamdulillah, sejumlah RM150,000 telah disumbang oleh umat Islam seluruh 
Malaysia kepada projek ini. Wang tersebut telah disalurkan kepada umat Islam 
melalui NGO-NGO Islam di Selatan Thailand (Narathiwat), Selatan Filipina 
(Mindanao), Sri Lanka, Palestin, Kampuchea, Indonesia (Aceh, Jogjakarta dan 
Poso) dan Afghanistan. Sedikit sumbangan disalurkan di negara kita kepada 
golongan Saudara Baru (melalui Hidayah Centre).

      Program-program Iftar hasil dari sumbangan umat Islam Malaysia sedang dan 
akan dilaksanakan. Sebahagian dari laporan program pelaksanaan dari beberapa 
daerah juga sudah diterima dari Selatan Thailand.

      Akhir sekali, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) ingin mengucapkan 
jutaan terima kasih dan jazakumullahukhairankathiira kepada semua umat Islam 
yang prihatin terhadap kesengsaraan umat Islam di negara-negara lain. Kami 
berharap agar umat Islam Malaysia akan mendokong projek kebajikan kami 
seterusnya iaitu ”Projek Qurban-Aqiqah kepada Yang Lebih Memerlukan”


      Sekian, terima kasih. Wassalam wbt. wth.



      Hj. Mohd. Rashid b. Hasnon
      Pengarah Projek Rayuan Ramadhan JIM 1427H
      Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)



      Lampiran:

      Senarai NGO-NGO Islam Luar Negara


        1.. Selatan Thailand:Maahad Muhammadi 
        2.. Filipina (Mindanao):Ittihadun Nisa Foundation (INFO) 
        3.. Sri Lanka:Muslim For Cultural Development (MFCD) 
        4.. Indonesia:Komite Kemanusiaan Indonesia (KKI) 
        5.. Afghanistan:Hj. Muhammad, Perkampungan Pelarian Baluchistan 
        6.. Palestin

        7.. Kampuchea:Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja 
        8.. Saudara Baru:Hidayah Centre 
     



Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com


[Non-text portions of this message have been removed]



=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment .... 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke