another mbel in the walls...

--- In wanita-muslimah@yahoogroups.com, aznan hamat 
<aznanham...@...> wrote:
>
> Demo intifadah anti Israel-AS lepas solat Jumaat esok! 
> Mohd Rashidi Hassan 
> Thu | Jan 08, 09 | 12:57:25 pm MYT  
> KUALA LUMPUR, 8 Jan (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,
> Salahuddin Ayub mengarahkan seluruh anggota pemuda PAS dan mengajak
> umat Islam menyertai demonstrasi intifadah besar-besaran di hadapan
> kedutaan Amerika Syarikat (AS) esok. 
> 
> 
> Iklan   
> 
>     
>     
> Dalam kenyataan yang diberikan sebentar tadi, beliau berkata, umat
> Islam tidak harus membiarkan AS, yang secara terang-terangan 
menjadi
> pelindung kepada kekezaman tentera zionis Israel terhadap umat 
Islam
> Palestin. 
> 
> 
> Katanya, beliau beserta AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad
> Nawawi beserta pimpinan PAS yang lain, bergegas pulang ke ibu kota 
dari
> kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, untuk menyertai 
demonstrasi
> selepas solat Jumaat esok. 
> "Kita akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kita 
akan berarak daripada situ ke kedutaan AS," tegasnya. 
> Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh umat Islam dan rakyat
> Malaysia yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin, untuk sama-
sama
> bangkit menyatakan bantahan terhadap AS. 
> Katanya, dewan-dewan Pemuda PAS di peringkat Negeri dan Kawasan
> diarahkan untuk membawa sepanduk, kain pemidang dan placard 
(poster)
> sebagai bantahan ke atas sokongan AS terhadap kezaliman tentera 
Yahudi. 
> Terdahulu daripada itu, Syed Azman yang juga Pengerusi Lujnah
> Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat berkata, pihaknya akan
> menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang menjadi medan 
berdarah
> akibat di bom Israel. 
> Katanya, selain daripada umat Islam membaca qunut nazilah pada
> setiap solat untuk mendoakan kekuatan umat Islam Palestin 
menghadapi
> kekejaman Yahudi, pihaknya turut melancarkan dana sumbangan yang 
akan
> dihantar seberapa segera. 
> "Sebelum ini pun kita (PAS), terus menerus memberikan sumbangan
> yang termampu untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat
> Palestin. 
> "Jika ada yang sudi membantu, sila salurkan sumbangan anda
> melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin atas nama PARTI
> ISLAM SEMALAYSIA di akaun Maybank 564070703248," ujarnya. - mks._  
> 
> 
>       
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
>


Kirim email ke